Monday, November 28, 2011

Status Semasa Projek Nov 2011



Pada masa sekarang, tanaman² yang sedang kami tanam dan jayakan adalah seperti berikut:-

1. Terung bulat / Seluas 4 ekar / Penghujung musim-hasil hingga akhir Dis 11
2. Terung bulat / Seluas 10 ekar / Baru dipindahkan-hasil keluar akhir Dis 11
3. Peria / Seluas 2 ekar / Mula berbuah - hasil keluar minggu ke-2 Dis 11
4. Timun / Seluas 2 ekar / Baru ditanam - hasil keluar minggu ke-2 Dis 11
5. Cili / Seluas 2 ekar / Penyedian tapak - hasil keluar hujung Feb 12


Selain daripada itu pada awal tahun hadapan kami merancang akan membina dan menambah junjung baru sekurang-kurangnya seluas 4 ekar lagi di tapak tanaman TKPM Kg. Bunian dan TKPM Kg. Serengkam. Adalah menjadi matlamat kami pada awal tahun hadapan untuk mempunyai 10 ekar kawasan tanaman yang berjunjung secara kekal.



Kawasan Tanaman Baru

Kami sudah memulakan projek tanaman nangka madu dan sayuran di TKPM Kg. Serengkam, kawasan yang baru mengambil masa yang agak lama untuk dijayakan lebih² lagi kawasan tersebut pada asalnya merupakan kawasan hutan. Kami telah mula menanam nangka madu di kawasan tersebut pada awal tahun ini tetapi kami tidak menanam sayur-sayuran kerana kawasan tersebut perlu dibersihkan dan pelbagai kemudahan perlu dilengkapkan sepenuhnya.

Penyediaan tapak untuk kawasan tersebut juga mengambil masa hampir 3 bulan, tunggul² kayu perlu dicabut, ranting dan kayu² perlu dibuang dan tanah perlu dibajak berulang-ulang kali agar ia betul² sesuai untuk di tanam sayur-sayuran. Penyediaan sistem siraman untuk kali pertama juga memerlukan masa dan amat memenatkan. Untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar saya terpaksa tinggal bersama-sama dengan pekerja di "rumah kongsi", di mana setiap 3 atau 4 hari baru saya akan pulang ke rumah....... Alhamdulillah... kawasan tanaman ini telah berjaya di tanam dengan nangka madu sepenuhnya dan 10 ekar kawasan tersebut juga telah di tanam dengan terung bulat, untuk posting akan datang kami akan review projek tersebut di dalam blog ini.



Watermark Baru

Jika anda perasan kami menggunakan watermark yang baru pada gambar² di dalam blog ini, watermark menggunakan QR Code.... so anda boleh scan menggunakan handphone atau software QR Reader......





Tanaman Cili & Nangka Madu

Harga cili melambung sehingga RM15 untuk 1kg... untunglah sesiapa yang ada mengeluarkan cili pada masa sekarang, mengikut perancangan kami sepatutnya menanam cili sekitar bulan ogos dahulu dan hasilnya boleh dipasarkan bermula okt yang lalu. Malangnya kerana terlalu sibuk menjayakan tanaman sayur dan nangka madu dikawasan yang baru di Kg. Serengkam seluas 20 ekar menyebabkan kami tidak cukup masa dan pekerja untuk menanam cili seperti yang dirancangkan.

Bermula pada bulan ini kami kami melakukan kerja² penyediaan tapak untuk tanaman cili di tapak tanaman nangka madu di Kg. Paya Bedong, kawasan tanaman nangka madu adalah seluas 5 ekar, sebelum ini kami pernah juga menanam cili di kawasan ini, dimana 2 batas dibina antara baris² pokok nangka madu. Memandangkan pokok nangka madu makin membesar hanya 1 batas sahaja dapat dibina antara baris² tersebut. Mengikut anggaran hampir 2 ekar sahaja pokok cili yang boleh ditanamam dikawasan tersebut. Cili dijangka akan mengeluarkan hasil pada penghujung feb atau awal mac tahun hadapan.




Timun Update Nov 2011


Pada bulan ini kami memulakan projek tanaman timun seluas 2 ekar dan dijangkakan hasil akan mula dipetik pada minggu ke-2 bulan disember nanti. Jangkaan hasil sekitar 500kg hingga 800kg setiap hari. Kebiasaan timun akan mengeluarkan hasil selama 1 bulan tetapi kami berharap tanaman timun kali ini mengeluarkan hasil lebih 1 bulan seperti tanaman timun yang terakhir kami tanaman dahulu.

*musim hujan nih cepat sungguhlah rumput naik......






Terung Bulat Update Nov 2011

Terung bulat yang ditanam hampir seluas 4 ekar dan hasil telah pasarkan semenjak ogos 2011 yang lalu dan sehingga kini terung bulat masih lagi mengeluarkan hasil. Sudah 3 bulan lebih terung mengeluarkan hasil dan pada masa sekarang merupakan penghujung musim untuk tanaman terung tersebut, walaubagaimana pun kami menjangkakan terung bulat akan mengeluarkan hasil sehingga penghujung tahun ini.

Pada peringkat awal tanaman terung ini mampu mengeluarkan hasil sekitar 1,000kg hingga 1,240kg setiap hari tetapi pada masa sekarang hampir 40% pokok terung mati akibat 2 kali tumbang dilanda ribut pada sept dan okt yang lalu selain itu banyak juga pokok mati akibat penyakit. Akibat daripada masalah tersebut pada masa ini hasil telah berkurangan sekitar 50% daripada biasa. Bila tanaman terung ini berakhir penghujung tahun ini, tanaman terung bulat seluas 10 ekar yang kami tanam di tapak TKPM Kg. Serengkam pula akan mengeluarkan hasil sekitar 3,000kg hingga 3,500kg setiap hari.... INSYAALLAH.




Peria Update Nov 2011

Sudah lama rasanya tak update blog.... walaubagaimanapun projek tetap berjalan seperti biasa. Ini adalah tanaman peria seluas 2 ekar yang kami tanam pada pertengahan bulan oktober yang lalu. Pada masa sekarang peria sudah mula berputik dan mengikut jangkaan selewat²nya 2 minggu lagi peria akan dipasarkan. Jangkaan kami berdasarkan rekod pengeluaran yang lalu, tanaman ini akan mengeluarkan purata hasil sekitar 600kg hingga 800kg setiap hari. Sekarang adalah musim hujan, kebun agak semak sedikit ini kerana disebabkan rumput yang tumbuh subur selapas hujan. Pada musim hujan juga seperti kebiasaan tanaman banyak terdedah dengah serangan kulat, diharapkan kami dapat mengharungi musim hujan ini dengan jayanya.


Related Posts with Thumbnails