Sunday, April 23, 2006

Jentera & Peralatan Agroville


Anda memerlukan jentera-jentera pertanian untuk membuat kerja² pertanian seperti membajak, menuai padi dan lain² yang berkaitan sila hubungi kami.



Saturday, April 22, 2006

Projek Fertigasi

Jenis Tanaman : Rock Melon, Timun, Cili, Tomato dan lain² lagi

Koleksi gambar projek ini semasa Kursus Inkubator Usahawan Tani setahun belajar fertigasi di Pusat Kecemerlangan Serdang (CoE), Jabatan Pertanian Malaysia di Selangor. Banyak perkara yang diperlajari di situ termasuklah penggunaan Smart Valve Autoport, penggunaan hormon, sistem pembajaan, kawalan penyakit dan lain² lagi. Semua hasil tanaman dipasarkan ke Tesco, One Utama, Carrefour, Pasar Borong Selangor dan jualan secara terus ke Pasar Tani sekitar Serdang dan Putrajaya.

Antara pengalaman dalam bidang Fertigasi ialah bila memasang dan menyiapkan sistem Teknik Smart Valve Autoport untuk Tun Dr. Mahathir Mohammad di kediaman beliau di Putrajaya. Selain itu memasang, menyiapkan dan menanam menggunakan sistem Teknik Smart Valve Autoport di atas bangunan IRIS Corporation Berhad di Technology Park dan projek tersebut di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bergambar bersama Tun Mahathir semasa memasang dan menyiapkan sistem fertigasi (autoport) di kediaman beliau.
.
.

Lokasi Projek

Tapak : 1
Lokasi : TKPM Kg. Bunian, Chenor, Maran Pahang
Keluasan : 10 Ekar

Tapak projek


Kolam takungan air


Pam air


Sistem siraman titisan (drip)



Sistem tapisan Air (filter)




Peta Lokasi Tapak projek
* lokasi projek adalah di kawasan bertanda "biru"


View Larger Map


Klik - Untuk Zoom Out
Klik + Untuk Zoom In

Biodata Pengusaha


Nama : Mohd Taufek B. Mohd Yunus
Tarikh Lahir : 25 Feb. 1984
Umur : 25 Tahun
Email: Taufiku.san@gmail.com

Pendidikan :

Sek. Men. Teknik Pertanian Chenor, Pahang











Politeknik Kota Bharu, Kelantan.
(Kejuteraan Mekanikal - Pertanian)















Kursus : Program Inkubator Usahawan Belia Tani
Anjuran : Jabatan Pertanian Malaysia
Tempat : Pusat Kecemerlangan Serdang (CoE), Selangor.
Tempoh : Setahun
Bidang : Fertigasi

















.
.
.
.
.
.

Farmer Leader’s Training Program In Japan 2006-2007,
Tempat : Fukuoka & Ibaraki Agricultural Training Center
, Japan.
Bidang : Tanaman Sayur-Sayuran, Fertigasi, Padi Dan Lain² Lagi.


Pengalaman
.
Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pertanian serta telah terlibat dengan pertanian semenjak berumur 16 tahun dengan membantu keluarga mengusahakan tanaman sawit, dusun durian, tanaman balak (Jati Mas & Sentang) dan mengusahakan tanaman padi secara komersil lebih 135 ekar di Seberang Chenor sehingga sekarang.

• Boleh mengendalikan dan menyelenggara jentera berat seperti traktor, Excavator, JCB, Jentuai Padi dan lain-lain lagi.

• Mahir dalam bidang pertanian berorentasikan Fertigasi

• Terlibat memasang dan menanam menerusi Teknik Smart Valve Autoport untuk Tun Dr. Mahathir Mohammad di Putrajaya.

Memasang dan menanam menerusi Teknik Smart Valve Autoport di atas bangunan IRIS Corporation Berhad di Technology Park dan projek tersebut di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Badawi.

• Terlibat dalam kempen bumi Hijau 2006

Maklumat Syarikat

Nama Syarikat : AGROVILLE (since 2006)
No. Pendaftaran Syarikat : CA0110817-A
Status : Perseorangan
Jenis Perniagaan :
• Pertanian
• Penternakan
• Sewaan Jentera Pertanian

Pendahuluan

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sektor pertanian akan dipergiat semula untuk menjadi jentera pertumbuhan ketiga. Penekanan akan diberikan kepada Pertanian Baru yang melibatkan pertanian komersil berskala besar, penggunaan teknologi moden yang meluas, pengeluaran yang berkualiti dan mempunyi nilai tambah yang tinggi, memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi, penggabungan dengan teknologi maklumat dan komunikasi dan penglibatan usahawan tani dan tenaga mahir.

Agroville adalah sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kami dalam bidang pertanian serta kejuteran jentera pertanian, memberanikan diri menyahut seruan kerajaan bersama membangunkan sektor pertanian dan mensasarkan akan penjadi pemain penting dalam sektor ini di Negeri Pahang khususnya suatu hari nanti.

Kami tenaga muda yang berbesar hati menyemai cita-cita memajukan sektor ini dan ia akan tumbuh subur disirami dan dibajai dengan semangat dan kekuatan untuk maju, agar membuahkan hasil suatu hari nanti. Dituai sebagai tanda kejayaan abadi……….. Insyallah.
Related Posts with Thumbnails