Wednesday, May 18, 2011

Nangka Madu Update May 2011

Status Semasa Projek

Sebelum ini kami menanam cili diantara baris² nangka madu, tanaman cili tersebut telah berakhir pada minggu lepas dan mulai semalam kami melakukan kerja² pembersihan seperti mencabut pokok cili, membuang plastik penutup batas, mengumpulkan kayu pancang dan sistem siraman. Kami merancang selepas ini untuk menanam pokok pisang diantara baris² pokok nangka madu tersebut.


pokok cili dicabut


kerja² pembersihan sedang dijalankan


sistem siraman dikumpulkan


kayu pancang dikumpul untuk digunakan semula




Koleksi Gambar Nangka Madu



Tanaman Terung Bulat

Pada masa sekarang kami sedang melakukan kerja² penyediaan tapak seluas 4 ekar untuk tanaman terung bulat. Kerja² membajak sedang rancak dijalankan, setelah dibajak kami akan membina batas dan seterusnya menabur baja asas (tahi ayam). Setelah selesai kami akan memasang plastik penutup batas dan menyiapkan sistem siraman. Proses ini mungkin akan mengambil masa yang lama kerana keluasan kawasan tanaman seluas 4 ekar dan pada masa yang sama kami perlu menguruskan tanaman peria seluas 4 ekar dan tanaman cili seluas 4 ekar.





Semaian Sawit

Jarang sebenarnya kami cerita pasal kelapa sawit, biasanya cerita pasal sayur sahaja cuma ada satu artikal sebelum ini yang kami bercerita pasal kebun sawit milik keluarga. Alang² ambil gambar nangka madu kami ambil gambar anak pokok kelapa sawit yang kami semai. Projek tanaman kelapa sawit ini merupakan projek keluarga iaitu ayah dan adik beradik kami, kami merancang akan menanam seluas 40 ekar kelapa sawit. Memandangkan pada masa sekarang harga anak pokok sawit telah meningkat sehingga RM12 sepokok kami mengambil keputusan untuk menyemai sendiri anak pokok sawit ini dengan tujuan untuk mengurangkan kos. Benih sawit tersebut kami beli daripada Felda-Research, semai sendiri memang boleh jimat kos tetapi perlukan penjagaan. Kerana terlalu sibuk kadang² tak sempat juga nak maintain anak pokok sawit nih sampai naik semak.



Cili Update May 2011

Cili Tapak 1

Cili sudah mula merah dan kutipan hasil cili sudah mula meningkat sekitar 200kg setiap hari dan hasil akan terus meningkat selepas ini kerana semakin banyak cili yang merah. Pertumbuhan pokok cili juga amat baik baik tiada jangkitan penyakit yang serius dan semuanya masih lagi dalam kawalan.







Cili Tapak 2

Cili ini telah dipindah ke batas tidak sampai 1 bulan, pertumbuhannya juga amat baik. Kami cuba membandingkan tanaman cili kami ini dengan tanaman cili seorang pekebun cina berhampiran yang menanam cili lebih awal daripada kami, secara perbandingan pokok cili kami lebih cepat pertumbuhannya... syukur kepada ALLAH s.w.t. Ini kerana pada peringkat awalnya, peringkat semaian anak pokok cili ini menghadapi sedikit masalah dimana pertumbuhannya tidak sekata, batangnya terlalu lembut sehingga terlalu mudah condong dan patah. Diharapkan pokok cili ini tumbuh dengan baik dan tiada serangan penyakit yang serius.




Peria Update May 2011

Peria Tapak 1

Tanaman peria sudah penghujung musim, walaubagaimanapun ia masih mengeluarkan hasil dan hasil yang terakhir dituai pada isnin (16 may) lepas sebanyak 20 bakul (800kg). Sehingga kini lebih 30,000kg (30 tan) hasil peria telah dipasarkan dan kami menjangkakan hasil peria boleh dituai sekurang-kurangnya untuk tempoh 14 hari lagi dengan jangkaan hasil sebanyak 8,000kg hingga 10,000kg. Ini kerana walaupun sudah penghujung musim pokok peria masih mengeluarkan tunas dan putik yang baru, tetapi disebabkan pokok sudah tidak produktif kami tidak lagi melakukan kerja² pembajaan dan kawalan penyakit terhadap pokok tersebut kerana ia akan meningkatkan kos.








Peria tapak ke 2

Tanaman peria di tapak yang kedua seluas 2 ekar telah mengeluarkan hasil dan hasil yang pertama mula dipetik pada isnin (16 may) yang lepas sebanyak 80kg. Pertumbuhan peria kami ini sebenarnya lebih cepat dari jangkaan kami dan selama kami menanam peria, tanaman peria kali ini yang paling cepat mengeluarkan hasilnya. Kami menjangkakan dalam tempoh 10 hingga 14 hari lagi peria ini akan menghasilkan peria yang banyak sekitar 500kg hingga 1,000kg setiap hari.



Related Posts with Thumbnails