Wednesday, September 19, 2012

Tapak Baru, Membina Junjung & Penyediaan Tapak



Tapak Baru & Penyediaan Tapak 

Tapak projek baru ini di kawasan tanaman projek tanaman nangka madu Kg. Paya Bedong, sebelum ini kami menanam hanya 5 ekar kawasan untuk tanaman sayur-sayuran dan pada sekarang kami cuba untuk menambah keluasan tanaman sayur-sayuran sekurang-kurangnya 10 ekar lagi.



 



Membina Junjung 

Membina junjung untuk tanaman seperti timun dan peria, berdasarkan pengalaman yang lepas untuk membina junjung kami memerlukan kayu yang besar ini kerana untuk mengelakkan daripada runtuh dan ianya juga boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.






 mana lagi laju traktor atau skyline R35... sambil bawak traktor berangan bawak R35..hehehe


Tapak Baru - Jengka 11

Tapak projek baru dengan keluasan 8 ekar di Jengka 11, pada peringkat awal kami menanam bendi dan cili. Bendi telah habis mengeluarkan hasil dan pada masa sekarang cili sedang berbunga dan mengeluarkan putik.






Tanaman Timun

Gambar sebahagian daripada tanaman timun yang kami tanam baru² ini, bermula dari bulan mac yang lepas sudah 3 pusingan tanaman timun kami telah tanam di tempat yang berbeza. Kelainan tanaman timun kali ini, kami telah menggunakan pukat / jaring sebagai medium junjung. Penggunaan pukat / jaring untuk menjimatkan masa dan tenaga kerja. Pada masa sekarang kami sedang menyiapkan tapak tanaman baru untuk tanaman timun.



Terung Bulat

Ini koleksi tamanam terung bulat, terung ini sudah dipenghujung musim tetapi masih lagi mengeluarkan hasil. untuk masa akan datang kami akan menanam terung bulat lagi, kemungkinan besar kami akan menanam di tapak projek TKPM Kg. Serengkam. 




Akhirnya Update Juga

Assalamualaikum semua.... sudah lama rasanya tak update blog, alasannya masih sama.. tiada masa nak ambil gambar dan nak mengarang kat blog. Selama blog ini wujud rasanya tahun ini merupakan tahun paling tak aktif.....paling kurang post. Kami ingin meminta maaf jika tidak sempat hendak menjawab sebarang komen atau email anda semua. Untuk entry blog ini dan 2 atau 3 entry lagi adalah sebahagian koleksi² gambar dan aktiviti² 3 atau 4 bulan yang lepas dan sempat dirakam...itu pun pakai handphone jer....jika sebelum ini kalau nak update blog kami menggunakan dslr untuk memastikan kualiti gambar dan memberi kepuasan kepada pembaca sekalian. Kerana sibuk juga kadang apabila hasil tanaman keluar... sehingga 50 bakul sehari pun tidak sempat nak diambil gambar untuk dibuat simpanan lebih² pada masa itu kena kejar trip lori........... sedikit kisah dan aktivi sepanjang 4 bulan terakhir ini:-

Tanaman - Kami menanam tanaman seperti timun berapa pusingan, terung dan bendi, Pada masa sekarang pula terung bulat masih lagi mengeluarkan hasil dan timun pula baru habis mengeluarkan hasil. Tanaman cili pula telah berbunga dan dijangka akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi.



Tapak baru - kami telah meneroka tapak baru iaitu di Jengka 11, pada masa sekarang kami telah menanam cili di kawasan tersebut. Selain daripada itu juga kami meluaskan kawasan tanaman sayur di tapak projek tanaman nangka madu...jika sebelum ini kami menanam sayur² seluas 5 ekar di kawasan itu pada masa sekarang kami cuba menambah keluasan sebanyak 10 ekar lagi. Antara sebab utama kami meneroka kawasan baru ialah untuk merehatkan sekejap tapak tanaman di TKPM Kg. Bunian ini kerana tapak tersebut digunakan secara tidak henti² selama bertahun² dan kami perhatikan kualiti tanah tersebut telah menurun dan memerlukan rehat serta dipulihkan semula.
 



Pemasaran - Jika sebelum ini kami hanya menumpukan kepada aktivi di kebun sahaja tetapi mulai tahun ini kami telah meneroka pasaran dan tujuaannya ialah untuk memastikan hasil tanaman kami dapat dipasarkan dengan baik, mengurangkan peranan orang tengah dan memaksimumkan hasil jualan. Semenjak akhir tahun lepas kami telah berniaga secara haram (jual sayur halal tapi haram sebab tiada lot premis...jual dari atas lori) di pasar borong selayang dan pasar borong bandar jengka. Berbagai dugaan dan ugutan kami terima akhirnya kini secara sah kami mendapat lot premis di pasar borong selayang dan pasar borong bandar jengka. Kami adalah satu-satunya peniaga berkulit sawo matang diantara ratusan peniaga si mata sepet di pasar borong selayang.... doakan semoga kami terus sukses. Terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian & Industri Asas Tani dan FAMA yang sentiasa ada dibelakang  menyokong kami. Jika ada kelapangan kami akan buat preview pasal kedua² tapak ini.


Mentor Mentee - Pada masa sekarang kami ada menjalankan projek ala² mentor mentee dimana kami bekerjasama dengan pekebun dan pekebun baru. Kami memberikan bantuan teknikal dan pemasaran, projek ini masih baru dan diharapkan ianya sukses. Projek iin masih diperingkat awal dan jika ianya berhasil kelak, kami akan cuba mengembangkannya di masa akan datang.




:)
Related Posts with Thumbnails