Tuesday, April 19, 2011

Peria Update April 2011

Peria telah mengeluarkan hasil sejak 2 minggu yang lepas, pada masa sekarang peria dipetik setiap hari dengan kawasan seluas 2 ekar dibagikan kepada 2 bahagian. Setiap hari purata pengeluaran hasil peria ialah sekitar 1 tan. Keadaan cuaca yang selalu hujan menyebabkan ada terdapat sedikit serangan kulat, walaubagaimanapun keadaan masih terkawal. Kami menjangkakan peria akan mampu mengeluarkan hasil sekurang-kurangnya selama sebulan lagi.


Cili Update April 2011

Hampir semua pokok cili telah mengeluarkan buah, kebanyakkan buah cili masih hijau dan kami menjangkakan dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu lagi cili akan menjadi merah dan hasil mula akan dipetik. Pada masa sekarang harga pasaran cili agak rendah dan diharapkan dalam tempoh terdekat ini harga akan meningkat semula. Selain itu tanaman cili di tapak tanaman nangka madu masih mengeluarkan hasil walaupun sudah penghujung musim..... dan kutipan terakhir untuk hari semalam sebanyak 120kg cili mampu dipetik.


Tanaman Peria Musim Ke-2

Peria telah mula dipindahkan 2 minggu yang lalu, tumbesaran pokok juga sangat baik. Jumlah keluasan tanaman peria ini ialah 2 ekar. Kami menjangkakan hasil akan mula dipetik pada pertengahan bulan hadapan (may). Pada masa sekarang tanaman peria musim 1 sedang mengeluarkan hasil dan kami akan memastikan apabila tanaman peria musim pertama tamat kelak, tanaman peria musim kedua pula mengeluarkan hasil.


Status semasa projek:

Pada penghujung bulan ini kami akan memindahkan anak pokok cili dengan jumlah keluasan tanaman seluas 2 ekar dan kami menjangkakan hasil akan mula dipetik pada bulan julai nanti. Selain itu kami telah menyemai anak benih terung bulat, kami merancang akan menanam terung bulat sekurang-kurangnya seluas 2 ekar.


Related Posts with Thumbnails