Saturday, June 28, 2008

Timun & Labu Jun 08 - Update 1

Kerja-kerja membajak sudah selesaikan dijalankan untuk kawasan tanaman timun seluas 5 ekar dan sekarang kerja-kerja menabur tahi ayam sedang dijalankan. Kerja menabur tahi ayam belum selesai lagi, ini kerana daripada 20 tan tahi ayam yang ditempah hanya 7 tan sahaja yang diterima. Bagi kawasan 5 ekar yang selebihnya untuk tanaman labu pula, kerja-kerja pembersihkan kawasan sedang dijalankan.

Selain itu kami juga dalam proses mengubahsuai rotor pada traktor, di mana kami menambah pembatas pada bahagian belakangnya. Apabila merotor untuk menggaulkan tahi ayam dan batas akan terus terbentuk. proses ini dapat menjimatkan masa bekerja dan juga minyak. Ini kerana jika sebelum ini proses menggaulkan tahi ayam dan membuat batas dilakukan berasingan. Idea, rekabentuk dan kualiti rotor ini dijamin oleh Taufiku-san selain itu dibantu oleh adik iaitu Azizul yang merupakan bekas pelajar kejuruteraan jentera berat.

Monday, June 9, 2008

Tanaman Nangka Madu

Sebelum ini saya pernah memaparkan kawasan untuk ditanam dengan nangka madu tetapi menghadapi masalah anak benih nangka seterus kawasan tersebut dicadangkan untuk ditanam dengan labu. Anak benih nangka madu sudah diperolehi dan kerja² penyedian tapak dan menanam akan dilakukan pada minggu ini. 250 pokok nangka madu mastura berjaya di tanam setakat ini, dimana kami menjangkakan sekurang²nya 350 pokok untuk keseluruhan kawasan.
.
Disebabkan sistem penyiraman tidak berfungsi lagi, semasa menanam nangka tersebut kami sertakan sekali sejenis bahan membantu untuk menyimpan air. Bahan tersebut berbentuk seperti gula tetapi apabila terkena air hujan atau air siraman ia akan menyerap air, membesar perpuluh kali ganda daripada saiz asal dan membentuk seperti jelly seterus membekalkan air sepanjang masa kepada pokok walaupun pada musim kemarau dan bertahun boleh digunakan.
.
Sedikit info tentang nangka madu ini mengikut Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Daerah Maran, sehektar kawasan akan memberi pendapatan antara RM2,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan.




Rumah pam air


Pam air digunakan untuk menyiram pokok nangka madu


Jadual Perlaksanaan Musim Jun - Sept 08

Jenis Tanaman Timun & Labu
Keluasan : Timun 5 Ekar
Keluasan : Labu 5 Ekar





Timun & Labu Mac 08 Update 2

Semua tanaman telah habis mengeluarkan hasil pada minggu lepas. Timun dapat dikeluarkan sebanyak 45 tan metrik (45,000 kg) sahaja dan labu pula hanya 20 tan metrik (20,000 kg). Pada musim hadapan hasil timun dijangka akan dapat ditingkat ini kerana pada musim ini kami menghadapi masalah kerana benih variati timun yang digunakan pada musim ini dari jenis yang kurang menghasilkan buah. Jika tidak kerana masalah tersebut sepatutnya hasil timun dijangka sehingga 60 tan metrik (kiraan berdasar jumlah timun pada musim 2007 yg menggunakan benih berlainan). Labu pula menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja untuk menguruskannya walaupun terdapat 8 orang tenaga kerja ini kerana pada masa yang sama terpaksa memungut timun untuk dipasarkan. labu menghadapi masalah rumput, kurang pembajaan dan kurang meracun walaubagaimanapun masalah ini akan di atasi pada musim hadapan. Untuk masalah rumput penggunaan silver shine akan digunakan, untuk masalah pembajaan pula disebabkan batas dipenuhi oleh pokok yang merayap dan memenuhi tanah sehingga menyukarkan untuk membaja akan di atasi dengan menggunakan kaedah pembajaan cecair melalui queen gil driptape. Untuk masalah meracun perosak pula untuk musim akan datang boom sprayer akan digunakan dengan adanya boom sprayer kerja-kerja meracun untuk kawasan seluas 5 ekar akan disiapkan dalam masa kurang 1 hari sahaja. Pada musim hadapan kami menjangka hasil labu antara 25 tan metrik hingga 30 tan metrik.


Dari segi pemasaran pula harga timun untuk musim ini ialah antara RM0.60 hingga RM1.20 untuk setiap kg dan labu pula antara RM0.80 hingga RM1.20. Timun dan labu pada musim ini dipasarkan kepada perniaga² berdekatan, pasar borong Selayang, Terengganu, Johor Bharu, FAMA dan Pasaraya Giant.

Status semasa projek pula pada minggu ini kerja-kerja meracun pokok labu dan pokok timun dan seterusnya kerja² untuk membajak. Penyedian tapak akan dilakukan sepanjang bulan ini dan proses menanam pula akan dilakukan pada awal Julai 2008. Timun akan mengeluarkan hasil pada awal ogos dan labu pula pada september.



Kerja-kerja membersihkan kawasan



Queen Gil Driptape disimpan untuk kerja-kerja pembersihan





Boom Sprayer sedang di servis dan bersedia untuk digunakan

Related Posts with Thumbnails