Monday, August 16, 2010

Terung Fasa 2 - Update Ogos 2010

Ini adalah tanaman terung mini fasa kedua yang ditanam di kawasan tanaman nangka madu, kami menanam terung di antara baris² nangka. Keluasan kawasan tanaman adalah 5 ekar, tetapi sebahagian kawasan ditanam dengan nangka madu selain jarak antara batas² terung kami jarakkan lebih sedikit berbanding jarak sebelum ini dianggarkan 3 hingga 3.5 ekar sahaja sepenuhnya ditanam dengan terung mini.

Terung mini ini telah dipindahkan sepenuhnya pada seminggu yang lepas, untuk tanaman terung mini kali ini kami menggunakan sistem siraman microjet sepenuhnya. Terung mini ini dijangkakan akan mengeluarkan hasilnya pada pertengahan atau penghujung oktober nanti. Kami menjangkakan jangkaan keluaran hasil sebanyak 600kg hingga 700kg setiap hari, jangkaan ini adalah berdasarkan keluaran hasil terung mini sekarang yang mengeluarkan lebih 200kg untuk satu ekar setiap hari.

Monday, August 2, 2010

Perkembangan Projek & Lain²

Jenis Tanaman : Cili Kulai
Bilangan Pokok : 35,000 hingga 40,000


Kami merancang akan memulakan tanaman cili sebanyak 35,000 hingga 40,000 pokok bermula pada bulan ini dan september depan. Pada masa sekarang sebahagian benih cili telah disemai dan sudah mula bercambah. Variati cili yang ditanam ini adalah jenis yang sama yang ditanam pada masa sekarang iaitu dari jenis kulai. Gambar di bawah adalah semaian cili tersebut.




Jenis Tanaman : Terung Mini
Keluasan Tanaman : 5 Ekar
Bilangan Pokok : 10,000 pokok


Kami sedang menjayakan tanaman terung mini seluas 5 ekar yang di tanam di tapak tanaman nangka madu dan menjadikan keluasan tanaman terung mini kami ialah 7 ekar kesemuanya. Sehingga semalam 3 ekar kawasan telah selamat di tanam dengan terung mini dan dijangkakan pada hari ini atau esok selesailah kesemua 5 ekar kawasan ditanam dengan tanaman terung mini. Untuk tanaman terung mini ini semua persediaan telah dilakukan dengan lancar pada bulan lepas dimana batas, silver shine, sistem siraman dan pam air boleh digunakan sepenuhnya. Gambar di bawah adalah sebahagian anak pokok terung yang belum dipindahkan dan gambar lokasi tanaman akan menyusul di post akan datang.




Peria : Mati hidup kembali

Seperti semua sedia maklum bahawa tanaman peria kami telah berakhir pada bulan yang lepas, entah dimana silapnya atau pun luar biasa atau tidak. Pokok peria tersebut tumbuh kembali, ia mengeluarkan tunas yang baru, daun yang baru seterusnya mengeluarkan bunga dan buah. Kami tidak mengharapkan apa² dari pokok peria ini, tetapi jika ia mengeluarkan buah yang banyak.. kami petik jer.




Accident Lah Pulak

Bulan lepas dalam hujan yang lebat dan jalanraya yang penuh dengan lopak air.... boleh terbabaslah pulak.. nasib baik tak cedera.. tak langgar kereta orang.... Apa dikesalkan bila kereta masuk workshop seminggu....banyak kerja² kat kebun terganggu.





Aktiviti sepanjang Ogos 2010

Pada bulan ogos ini kami cuba menyiapkan tanaman terung mini seluas 5 ekar selain itu membuat kerja² penyedian tapak untuk tanaman cili untuk musim seterusnya. Selain itu pada september ini juga kami juga merancang akan menanam peria atau petola seluas 4 ekar. Semenjak pada minggu lepas dan hingga penghujung bulan ini kami sedang melakukan kerja menuai padi di Kg. Luit, Maran. Selepas kerja² menuai di Kg. Luit selesai kelak kami akan meneruskan kerja² menuai padi di Bera pula. Pada bulan ogos ini yang semakin hampir dengan bulan puasa kami berharap dapat bekerja seperti biasa dan diharapkan puasa tidak akan menjejaskan produktiviti kami.



peralatan jentuai padi sedang diservis

Terung Mini Update Ogos 2010

Terung mini telah mengeluarkan hasil hampir 3 bulan dan sasaran kami ialah agar pokok terung mini ini mampu bertahan dan boleh mengeluarkan hasil sekurang² 5 bulan. Pada masa sekarang terung mini dipetik setiap hari dan hanya 50% kawasan tanaman yang dipetik dengan kadar purata hasil sebanyak 400kg setiap hari. Perkembangan pokok terung mini ini sedikit terganggu pada 2 minggu lepas ini kerana disebabkan oleh kerosakan pam air. Pam air tersebut mengambil masa hampir 2 minggu untuk disiapkan kerana susah untuk mendapatkan alat ganti selain kesibukan menguruskan hal² yang lain.

Cili Update Ogos 2010

Cili masih lagi mengeluarkan hasil dan pada masa sekarang cili telah mengeluarkan hasil selama 3 bulan setengah. Jika diikutkan tanaman cili ini berada dipenghujung musim dan pokok sudah mula tidak berkeadaan baik dan hasil sudah mula berkurangan, dianggarkan 30% pokok telah kena jangkitan penyakit (kerinting)... walaubagaimanapun pokok cili tersebut masih mengeluarkan hasil yang berkualiti, buah cili masih lagi besar dan lurus. Kami menjangkakan pokok cili ini masih boleh bertahan dan mengeluarkan hasil sekurang²nya sebulan lagi. Segi harga pula, pada bulan lepas harga ladang untuk cili naik mendadak sehinggakan memcecah RM12 untuk 1kg dan pada masa sekarang harga ladang untuk cili ialah sekitar RM8 hingga RM9 untuk 1kg.



Sunday, August 1, 2010

Berhati² - Elakkan Diri Anda Dari Ditipu

Baru² ini kami menjalankan kerja² penyediaan tapak untuk sawah padi seluas 40 ekar Kg. Bukit Cempadak, Maran, Pahang. Kami menghantar traktor dan JCB untuk melakukan kerja² berkaitan, malangnya pengusaha tersebut Razali Bin Debak mungkir janji untuk menjelaskan bayaran yang dijanjikan olehnya sendiri dan untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar kami mengambil keputusan untuk berhenti dari melakukan kerja² yang seterusnya. Sehingga hari ini kami tidak menerima bayaran yang sepatutnya kami terima dan Razali Bin Debak juga enggan untuk membuat bayaran atas titik peluh kami melakukan kerja² tersebut. Saya menyeru agar anda diluar sana atau rakan² agar berhati² berurusan dengan orang tersebut secara langsung atau secara tidak langsung untuk mengelakkan sebarang kerugian atau perkara yang tidak diingini kelak.

Related Posts with Thumbnails