Saturday, July 10, 2010

Nangka Madu - Update Julai 2010

Rasanya dah lama tak update pasal nangka madu yang ditanam seluas 5 ekar di Paya Bedong... dah setahun lebih tak update. Pada masa sekarang umur pokok nangka madu tersebut ialah 25 bulan (2 tahun sebulan). Pokok telah mula berbuah pada awal tahun ini, pada peringkat awalnya kami terpaksa membuang buah untuk mengelakkan risiko dahan pokok patah. Pada masa sekarang kami mengekalkan buah dan membuang sebahagiannya. Dijangkakan 2 atau 3 bulan lagi buah nangka boleh dipetik hasilnya. Manakala projek tanaman nangka madu seluas 20 ekar di TKPM Kg. Serengkam baru sahaja selesai ditanam pada bulan lepas dan diharapkan pertumbuhannya juga baik seperti tanaman nangka madu ini.

nota kaki:
  • Ramai yang menanyakan pasal anak pokok nangka madu, kami mencadangkan anda hubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Maran, Tel No. 09-4771318.

Related Posts with Thumbnails