Saturday, January 22, 2011

JAEC at Agroville

Lawatan oleh deligasi² negara ASEAN yang terdiri daripada negara Japan, Indonesia, Vietnam dan Philippines sempena "The Join Annual Meeting JAEC 2011" ke kebun kami. Antara tetamu terhormat yang turut hadir dimajlis ini ialah:-
  1. Y.B Dato' Haji Tan Mohd. Aminuddin B. Haji. Ishak - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Ehwal Felda Negeri Pahang.
  2. Y.B Dato' Haji Ismail B. Haji Abd Muttalib - Ahli Parlimen Maran.
  3. Dato' Safie B. Baharom - Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani.
  4. Dato' Hjh Kamariah Binti Ismail - Pengarah Pertanian Negeri Pahang.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut terutama Pegawai Pertanian Daerah Maran iaitu En. Muhammad khalil B. Idris dan kakitangannya yang turut membantu menjayakan majlis tersebut.

Lebih seminggu kami membuat persiapan untuk menerima tetamu² tersebut, pada peringkat awalnya kami akan membawa tetamu tersebut melawat 2 tapak projek kami. Kedua² kawasan tersebut kami telah persiapkan untuk menerima mereka tetapi disebabkan kesuntukan masa kerana hari jumaat mereka hanya melawat 1 sahaja tapak projek iaitu dikawasan tanaman nangka madu.

Lawatan ini sebenarnya banyak memberi kesan positif kepada kami, pada kami lawatan daripada pemimpin² dan pihak atasan Jabatan Pertanian merupakan satu penghargaan atas usaha kami dalam bidang ini. Kata² semangat dan buah pendapat daripada membakar semangat untuk kami terus maju dimasa hadapan.


Cili, Bendi & Peria Update Jan 2011

Tanaman cili seluas 5 ekar yang ditanam di celah² pokok nangka masih mengeluarkan hasil dan berkeadaan baik. Cuma ada sesuatu yang berlainan berlaku kepada pokok cili kami yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Dimana buah cili yang berwarna merah selalu rosak, siasat punya siasat akhirnya baru kami tahu rupanya pada sebelah malam banyak terdapat tikus berkeliaran dan memusnahlan buah cili. Akhirnya kami dapat mengatasi masalah tersebut.

Tanaman bendi pula pada masa sekarang sudah berada dipenghujung musim dan hasilnya telah berkurangan. Untuk tanaman di tapak satu lagi, tanaman cili seluas 2 ekar telah selamat dipindahkan dan pertumbuhan agak baik dimana ketinggian pokok sudah mencapai ketinggian 1 kaki. Selain itu bermula minggu hadapan pula tanaman peria akan dipindahkan ke batas, keluasan tanaman peria ialah 2 ekar.

Untuk perancangan seterusnya kami akan merancang akan menanam cili seluas 4 ekar lagi dan juga tanaman peria juga seluas 4 ekar. Kerja² penyediaan tapak akan dimulakan selewat²nya awal bulan hadapan. Untuk tanaman peria pula kami terpaksa membina junjung baru untuk kawasan seluas 2 ekar dan untuk 2 ekar lagi junjungnya telah tersedia. Baru² ini kami baru sahaja mendapat 2 orang pekerja yang baru dan diharapkan kerja dapat dilakukan dengan lancar selepas ini.





Related Posts with Thumbnails