Sunday, March 28, 2010

Cili Update Mac 2010

Pokok cili membesar tanpa masalah yang kronik, cili telah mula menghasilkan buah. Hasil pertama cili mungkin akan mula dapat dipetik 2 minggu daripada sekarang. Apa yang sedikit mengejutkan kami tentang pokok cili yang ditanam pada musim ini ialah ketinggian pokoknya sudah mencecah paras bahu dan pokok cili sekarang berumur 8 minggu (tempoh dipindahkan ke batas).


ketinggian pokok cili sudah mencecah paras bahu


pokok cili tumbuh subur


cili sudah mula berbuah


memeriksa pokok cili


cili dijangka akan mula dipetik 2 minggu dari sekarang



Terung Update Mac 2010

Terung telah mula dipindahkan pada pertengahan bulan ini, ia sedikit terlewat daripada perancangan asal kerana kesibukan menguruskan kerja² menuai padi di Kg. Merchong dan kerja² membajak sawah di Kg, Luit. Seperti juga peria, tanaman terung juga bergelut untuk membesar selepas dipindahkan ke batas disebabkan masalah cuaca yang panas. Bimbang juga sebenarnya takut anak pokok terung yang dipindahkan tersebut tidak bertahan dengan cuaca yang amat panas lalu mati. Tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa pokok sahaja yang mati dan perlu disulam. Terung dijangka akan mengeluarkan hasil seawal²nya pada penghujung bulan hadapan.

pokok terung tumbuh subur


deretan pokok terung


pekerja sedang membuang rumput


pokok terung mula membesar


sebahagian daripada pokok terung yang ditanam


Peria Update Mac 2010

Pertumbuhan peria amat baik pada masa sekarang, tetapi pada peringkat awal pertumbuhannya agak perlahan berbanding dengan tanaman peria yang kami tanam sebelum ini. Ini sedikit sebanyak merisaukan kami, walaubagaimanapun pada 2 minggu terakhir ini pertumbuhannya amat baik, mungkin faktor cuaca yang amat panas di awal bulan ini sedikit menjejaskan pertumbuhan pokok peria tersebut. Sebanyak 100 pokok menghadapi masalah dan terpaksa dicabut dan disulam semula, jadi pertumbuhan 100 pokok tersebut agak berbeza dengan pokok peria yang ditanam awal. Peria dijangka akan mengeluarkan hasil pada penghujung minggu ke 2 bulan hadapan. Berikut adalah gambar pertumbuhan pokok peria, daun pokok peria nampak sedikit layu kerana sewaktu gambar diambil cuaca sangat panas.


pokok peria sudah mula menjalar pada junjung


pokok peria layu sedikit kerana disebabkan
oleh cuaca yang panas


Tuesday, March 23, 2010

Anak Nangka Madu Telah Tiba

Anak pokok nangka madu telah tiba baru-baru ini. Anak nangka madu tersebut akan kami tanam di tapak projek baru kami iaitu di TKPM Kg. Serengkam yang seluas 20 ekar. Kami merancang akan memulakan kerja² pembersihan kawasan tapak tersebut pada bulan hadapan (april) selepas kerja membajak yang sedang dijalankan di Kg. Luit berakhir dan anak pokok nangka madu tersebut akan ditanam selewat-lewatnya may ini.



sebahagian daripada anak pokok nangka madu


anak pokok perlukan lindungan kerana
cuaca yang
panas pada masa sekarang


*nota kaki: tanaman cili, peria dan terung akan update hujung minggu ini, sekarang tak sempat nak update bz....


Related Posts with Thumbnails