Friday, April 27, 2007

Projek Tanaman Timun 2007

Tanaman Timun
Keluasan 3.5 Ekar

Timun ini di tanam pada penghujung Oktober 2007 dan mengeluarkan hasil penghujung November. Pada waktu itu musim hujan.. erk bukan hujan musim banjir tumbesaran pokok dan buah banyak terjejas kerana masa tu nak tengok matahari pon susah asyik hujan jer. Hanya 41,970kg (41.9 Tan) buah timun dapat dikeluarkan pada masa itu.

Timun sedang di gred

Timun dimasukkan ke dalam kotak dan dipasarkan
ke Pasaraya Giant

Koleksi gambar timun

Projek Tanaman Cili 2007

Tanaman Cili Hybrid
Keluasan 5 Ekar

Ini pengalaman pertama tanam cili atas tanah sebelum nih tanam cili menggunakan teknik fertigasi. Jumlah pokok cili yang di tanam antara 15,000 - 20,000 pokok. Nak tanam cili untuk kawasan yang luas dan bilangan pokok yang banyak perlu "kuat semangat" hehe....... saya cuma sempat membuat projek cili ini pada peringkat permulaan sahaja. Ini kerana terpaksa ke Japan selama setahun dan projek cili ini diteruskan oleh ahli keluarga.


Di masa akan datang kami akan menanam cili lagi tetapi menggunakan kompos sepenuhnya seperti yang saya pelajari di Japan. Dimana penyakit cili biasanya berpunca daripada tahi ayam.. dengan kompos, penggunaan mikrorganisma dan beberapa kaedah lagi yang saya pelajari di Japan semua penyakit berpunca dari tahi ayam dapat dihapuskan. Tetapi projek ini memakan masa sedikit di mana kami perlu mengadakan tempat untuk memproses kompos dan mengumpul beberapa lagi meterial.




Koleksi gambar cili musim 2007

Thursday, April 26, 2007

Penasihat Projek

*Sila klik pada gambar untuk besarkan saiz

*Sila klik pada gambar untuk besarkan saiz

Carta Organisasi



*Sila klik pada gambar untuk besarkan saiz

Monday, April 23, 2007

Mini projek di Japan

Tujuan kajian : Perbezaan antara baja kompos dan kimia
Jenis Tanaman : Sani Retasu

Keputusan Kajian :
Terbukti baja kompos lebih baik dari baja kimia dari segi pertumbuhan, kos, kesihatan dan juga kualiti tanah untuk jangka masa panjang

Gambar 1 : tapak projek
Gambar 2 : sani retasu membesar
Gambar 3 : batas kiri (kompos) & Batas kanan (kimia)
Gambar 4 : hasil dikutip
Gambar 5 : sani retasu diselaputi salji









































































Fukuoka Japan 2007 - 2008

Kursus selama setahun, tinggal dan bekerja bersama keluarga angkat iaitu petani yang berjaya di Fukuoka Japan. Selain itu mendapat latihan di Pusat Latihan Pertanian Ibaraki, Tokyo. Di Japan saya mempelajari teknik² pertanian moden dan berbagai perkara dipelajari termasuk penggunaan organisma untuk tanaman, penggunaan hormon, organik, kompos, fertigasi, pembungkusan, pemasaran dan lain² lagi.

Lokasi :

270 Niomaru, Kitano Machi,
Kurome-Shi, Fukuoka-Ken
Japan.

Pusat Latihan Pertanian Ibaraki
Tokyo, Japan.

Fakta Menarik:
• Etika bekerja di Japan: Kierie (cantik) & Speedo (kepantasan)
• Bekerja 12 jam sehari ( selagi nampak tanah tak boleh balik)
• Setiap kerja perlu kemas
• Masa adalah kos
• Setiap petani mempunyai lebih 20 jentera pertanian
• Tanah digunakan secara teratur
• Menggunakan baja kompos
• Sistem saliran yang baik
• Pemasaran diuruskan oleh koperasi iaitu JAEC
• Petani turut membungkus & memasarkan sendiri produk
• Kaedah penghantaran termasuklah kenderaan darat & udara
• Petani mempunyai pendapatan sehingga RM100,000.00 sebulan

Bersama bapa angkat di pusat pengumpulan hasil JAEC
.
Sesi pembelajaran di Institut Pertanian Ibaraki
.


Koleksi gambar semasa di Japan

Koleksi video semasa di Japan
Related Posts with Thumbnails