Monday, February 1, 2010

Cili, Peria Dan Terung

Cili telah mula dipindahkan ke batas pada minggu lepas, pada masa sekarang cili tidak menghadapi masalah. Pada asalnya kami mahu menanam 4 ekar cili, 2 ekar peria dan 1 ekar terung mini. Pada masa sekarang terdapat sedikit perubahan di mana kami menanam 2 ekar cili, 2 ekar peria dan 2 ekar terung mini. Terdapat sedikit perbezaan untuk tanaman cili kami ini dimana setiap lubang kami meletakkan 3 hingga 4 anak pokok, tujuan berbuat demikian ialah jika salah satu pokok cili tersebut terkena penyakit seperti kerinting kami terus akan cabut dan buang. Pada peringkat akhir nanti kami akan memilih pokok yang baik sahaja untuk dikekalkan dan pokok yang bermasalah akan dibuang.

Untuk tanaman peria pula benih telah mula disemai dan kerja menyiapkan junjung akan disiapkan dalam minggu ini. Peria dijangka akan dipindahkan selewatnya 10 hari daripada sekarang. Tanaman terung mini pula, benih telah mula disemai dan dijangka anak terung akan dipindahkan sebulan daripada sekarang. Tapak tanaman terung telah dibina batas dan kerja memasang silver shine dan sistem siraman akan dilakukan dalam masa terdekat.

Aktiviti lain yang dilakukan untuk sepanjang bulan febuari ini ialah, pada pertengahan bulan ini kami mendapat tawaran membuat kerja² menuai padi dan seterusnya kerja² membajak kawasan tanaman padi seluas 200 ekar di Kg. Merchong Pekan, Pahang. Selain itu kami juga mendapat kerja membajak kawasan tanaman padi seluas hampir 100 ekar di Kg. Luit, Maran, Pahang. Seterusnya kami merancang akan menanam terung mini atau terung bulat seluas 5 ekar di kawasan tanaman nangka madu setelah kerja² membajak sawah padi tersebut selesai kelak. Selain itu kami juga merancang akan menanam labu seluas 2 ekar setelah timun habis di tuai nanti.

anak cili yang baru dipindahkan


cili di batas


batas untuk tanaman terung mini


terung bulat yang telah 3 bulan mengeluarkan hasil
ditanam untuk tujuan kajian dan pembelajaran

Timun Update Feb 2010

Bermacam perkara yang berlaku pada tanaman timun musim ini, disebabkan harga yang jatuh menjunam tempoh hari kami mengambil inisiatif untuk memberi tumpuan yang lebih kepada pokok timun supaya ia dapat menghasilkan buah yang berlipat kali ganda seterusnya dapat mengimbangi kejatuhan harga tersebut. Diluar jangkaan kami sebenarnya... sehingga kini timun kami telah mengeluarkan hasil selama 6 minggu dan hasil yang telah dituai pula sebanyak 35,000 kg (35 tan) dimana kebiasaan timun hanya mengeluarkan hasil selama 4 minggu sahaja. Beberapa orang pekebun yang berkebun berhampiran kami hairan bagaimana timun yang kami tananam lebih awal daripada mereka masih mengeluarkan hasil sedangkan tanaman timun mereka telah habis dituai 2 minggu yang lepas.

Faktor yang kami rasa membawa kepada kejayaan ini ialah yang pertama penggunaan tahi ayam yang banyak, untuk tanaman timun seluas 2 ekar ini kami menggunakan hampir 11,000 kg (11 tan) tahi ayam sebagai baja asas. Hasil daripada penggunaan tahi ayam banyak..... akar mendapat baja yang secukupnya seterusnya menghasilkan batang pokok yang besar, dimana untuk tanaman timun kali ini batang timun kami membesar lebih besar daripada ibu jari. Faktor yang kedua pula penjagaan yang lebih, tidak seperti sebelum ini kami menanam timun dengan keluasan 4 hingga 5 ekar. Memandangkan terlalu banyak pokok kami tidak dapat menumpukanan banyak masa untuk menjaga pertumbuhan pokok serta penyelenggaraan.

Sehingga hari ini timun masih mengeluarkan hasil sebanyak 500kg sehari walaupun pokok sudah mula terkena serangan downy, pada masa sekarang kami rasakan tidak perlu lagi untuk diracun kerana pokok sudah melebihi umur yang sepatutnya. Pada masa ini kami memajak hasil timun kami kepada seorang pemborong dengan harga RM0.20 untuk setiap kg dimana pemborong tersebut perlulah memetik sendiri timun dipokok. Ini kerana kami terlalu sibuk dengan kerja penanaman cili, peria dan terung mini serta kerja² luar yang lain.


keadaan pokok timun setelah 6 minggu mengeluarkan hasil


pokok timun masih mengeluarkan bunga dan buah baru


batang pokok timun yang besar hasil
meletakkan baja asas yang banyak


Monday, January 11, 2010

Timun Jan 2010 - Cabaran Bermula

Cabaran bermula kerana harga timun jatuh menjunam sejak disember 09 yang lalu. Mungkin semua sudah sedia maklum tentang kejatuhan beberapa jenis sayur²an dipasaran pada masa sekarang. Harga timun bermula baik sejak november hingga awal disember yang lalu di mana harga ladang untuk timun pada masa itu sekitar RM1.00 hingga RM1.20 untuk 1kg. Pada sekarang harga menjunam sekitar RM0.40 hingga RM0.60 untuk 1kg.

Pada nov yang lalu kami berusaha untuk memastikan pokok timun membesar lebih cepat dan mengeluarkan hasil lebih cepat.... tetapi bila bulan disember harga jatuh... kami mula mencari jalan macam mana nak bagi pokok timun lambat berbuah...hehehe.... tiada rezeki nak buat camner kan? Timun telah mengeluarkan hasil sejak 3 minggu yang lepas dan sehingga kini timun telah mengeluarkan hasil 20,000kg (20 tan). Pada masa sekarang kadar keluaran hasil timun ialah 1,000kg hingga 1,500kg (1 tan hingga 1.5 tan) setiap hari.

Perkembangan pokok pula, walaupun 3 minggu telah mengeluarkan hasil pokok masih berkeadaan baik. Selama kami menanam timun boleh dikatakan inilah pokok timun yang terbaik pernah kami hasilkan. Kami jangkakan pokok timun tersebut mampu mengeluarkan hasil sekurang²nya 2 minggu lagi dengan hasil sekurang²nya 10,000kg (10 tan) lagi.

Apa yang kami lakukan semasa harga jatuh sekarang? mula² tu kecewa jugak..... dok pikir dalam kepala nak cabut jer pokok timun ni nak ganti ngan labu lak. Walaubagaimanapun menanam sayur secara konversional seperti kami walaupun harga menjunam kami masih boleh mendapat keuntungan walaupun marginnya kecil ini kerana kos untuk konvensional adalah lebih rendah berbanding tanaman fertigasi. Apa yang kami lakukan sekarang walaupun harga rendah kami cuba sedaya cuba meningkat hasil tanaman tanpa kos tambahan. Jadi walaupun harga rendah tetapi hasil meningkat kami tetap akan mendapat keuntungan sewajarnya. Antara penyebab harga timun jatuh ialah kerana lambakan timun di pasaran. Untuk memastikan timun kami berjaya dijual dan bersaing di pasaran, kami hanya menjual timun yang bermutu (gred A) sahaja, timun yang kurang cantik (gred B) kami buang begitu sahaja.

pokok timun tumbuh subur


timun mengeluarkan hasil



daun pokok yang lebar



buah² timun gred B dibuang begitu sahaja



daun yang lebat dan tersusun


timun sedia di petik



pengeluaran sebanyak 20 hingga 30 bakul sehari





Click Here!

Selamat Tahun Baru 2010!

Selamat tahun baru semua, semoga tahun baru ini memberikan sesuatu yang hebat untuk semua. Tahun baru dan cabaran baru... projek tanaman cili seluas 4 ekar dan tanaman peria seluas 2 ekar bermula agak lewat daripada jadual... hampir terlewat sebulan. Masalahnya berpunca... yang pertama kerana kelewatan kami menerima pembatas yang ditempah. Kerana pembekal tersebut gagal menghantar pembatas yang ditempah kami terpaksa mencari pembekal yang lain.. akhir kami berjaya mendapatkan pembatas dari Segamat, Johor.

Masalah yang kedua pula... masalah cuaca... semua kerja di tapak projek hampir siap, kerja² merotor telah dilakukan, pancang telah didirikan, sistem siraman sedia dipasang... cuma kerja² mendirikan batas termasuk menabur tahi ayam sahaja yang perlu dilakukan. Minggu ke 3 , 4 bulan dis 09 dan pada minggu pertama jan 2010 pula hujan turun mencurah². Pembatas telah tiba masalahnya pula kerja² membuat batas tidak boleh dilakukan kerana tanah lembap dan tanah terpaksa dirotor semula kerana telah menjadi padat terkena air hujan. Sehingga kini kawasan tersebut telah 5 kali di rotor.

Pada masa sekarang cuaca telah kembali cerah, kerja² boleh dilakukan masalahnya pula tiada traktor, ini kerana semua unit traktor kami telah dihantar untuk membuat kerja² membajak sawah seluas 140 ekar di Kg. Mambang Pekan, Pahang.. itulah masalah ketiga. Disebabkan telah berjanji dengan pengusaha padi tersebut, nak tak nak kena hantar jugak traktor tersebut.

Demi kelancaran projek pada minggu ini kami sedang cuba membeli satu unit traktor mini yang baru untuk membuat kerja² di kebun. Pada minggu ini juga kami akan mula menyemai benih terung mini untuk tanaman terung mini seluas 1 ekar.

anak cili yang disemai pada disember yang lalu



tumbesaran yang baik dan sedia untuk dipindahkan



inilah pembatas yang baru dibeli berharga RM2,500
(p/s: letak harga bukan nak menunjuk² sbb kebiasaannya
ada yg email tanya berapa harga brg.. so terus kasi info)


kerja² membajak sawah seluas 140 ekar
di Kg. Mambang, Pekan, Pahang


Monday, December 14, 2009

Perancangan Tahun 2010

Sepanjang tahun 2010 kelak kami telah merangka pelan secara kasar untuk aktiviti syarikat kami pada tahun hadapan. Antara aktiviti² yang di rancang ialah:-

1. Pengeluaran hasil tanaman 300 tan metrik.

Sejak tahun 2008 hingga 2009 kami menumpukan kepada penyediaan pasarana projek seperti penyediaan tapak, sistem siraman dan banyak yang telah dilaburkan sepanjang tahun tersebut. Selain itu pada tahun tersebut juga merupakan tahun kami menimba ilmu dan mencari pengalaman. Tahun 2010 ini merupakan tahun untuk kami mengembangkan aktiviti syarikat.

  • Kami mensasarkan pada tahun 2010 kami akan mengeluarkan hasil tanaman sekurang²nya 300 tan metrik.
  • Mulai tahun 2010 kami akan menumpukan pengeluaran hasil tanaman dari jenis seperti peria, timun, cili, terung dan labu sahaja.
  • 80% hasil dijangka diperolehi daripada hasil jualan peria, timun dan labu.
  • 20% hasil lagi akan disumbangkan oleh pengeluaran hasil tanaman cili dan terung.
  • Di tapak tanaman sayur di TKPM Kg. Bunian yang berkeluasan 10 ekar itu, kami akan menumpukan kepada jenis tanaman menggunakan junjung seperti peria dan timun. Di mana 8 ekar daripada kawasan tersebut akan dibina junjung yang baru dan dijangka junjung tersebut akan bertahan dalam tempoh sekurang²nya 2 tahun.
  • Pada masa sekarang 4 ekar kawasan telah dibina junjung yang baru, manakala 4 ekar lagi akan disiapkan pada awal tahun 2010 nanti.
  • Dimasa akan datang kami bercadang membina junjung daripada konkrit sepenuhnya. Antara kelebihan junjung konkrit ialah ianya lebih teguh, kuat dan lebih tahan lama jangka hayatnya.
  • Antara sebab kami memilih tanaman menggunakan junjung sebagai tanaman utama kami ialah tanaman tersebut mempunyai pasarannya yang tersendiri dan harga yang agak stabil di pasaran.
  • Untuk tanaman seperti cili, terung dan labu kami memilih untuk di tanam di kawasan tanaman nangka madu kami di Paya Chedong yang berkeluasan 5 ekar. Sebab utama pemilihan tapak tersebut ialah kawasan tersebut kurang risiko jangkitan penyakit kerana dikawasan tersebut hanya kami sahaja yang menanam sayur²an.

2. Meningkatkan pengeluaran hasil dan meminimakan
....kos pengeluaran

Seperti semua maklum bahawa penentuan harga hasil tanaman dipasaran tidak terletak ditangan petani. Turun naik harga hasil tanaman banyak memberi kesan kepada petani, lebih² lagi jika harga jatuh ia akan memberi kesan kepada pendapatan syarikat. Untuk memaksimakan pendapatan, kami perlu meningkatkan pengeluaran hasil dan meminimakan setiap kos pengeluaran.
  • Memandangkan dalam tempoh 2 tahun ini kami hanya menumpukan kepada tanaman seperti peria, timun, labu, cili dan terung kami bertekat akan cuba memahirkan diri kami dengan tanaman² tersebut agar pengeluaran hasil akan dapat dipertingkatkan.
  • Kami akan meningkat R&D kami ke atas tanaman tersebut dengan membuat pembaharuan dari segi kaedah tanaman dari masa ke semasa.
  • Selain itu kami kami akan cuba menggunakan kaedah yang lebih baik bertujuan mengurangkan tempoh masa penyedian tapak, tempoh pembesaran pokok dan cuba mencari ikhtiar untuk melanjutkan tempoh pengeluaran hasil. Agar pengeluaran hasil dapat dipertingkatkan kelak.
  • Kami akan menggunakan segala sumber yang ada dengan sebaik²nya agar dapat mengelakkan pembaziran. Selain itu kami akan mencari idea² baru supaya kos pengeluaran dapat dikurangkan sepenuhnya.


3. Membeli peralatan dan jentera baru.

Penggunaan peralatan dan jentera pertanian banyak membantu kerja di kebun lebih² lagi jika mengusahakan tanaman secara konvensional seperti kami. Dengan adanya peralatan dan jentera pertanian kerja² dapat dilakukan dengan pantas dan menjimatkan masa serta menghasilkan mutu kerja yang berkualiti.
  • Kami merancang membeli sekurang²nya 2 unit traktor mini untuk kerja² di kebun kami kelak.
  • Walaupun kami sudah memiliki 3 unit traktor tetapi kami sangat memerlukan traktor mini ini untuk kerja² di kebun kami. Antara keperluan penggunaan traktor mini ialah, memandangkan kami akan menjayakan 8 ekar tanaman menggunakan junjung jadi kami amat memerlukan traktor mini melakukan kerja² di bawah junjung.
  • Disebabkan saiznya yang kecil dan rendah maka mudahlah ia melakukan kerja² seperti plough, rotor dan membuat batas. Jika sebelum ini, untuk membuat kerja² di bawah junjung kami terpaksa mencabut bumbung dan ekzos traktor kerana untuk mengelakkannya dari tersangkut dengan junjung.
  • Semasa saya di Japan dahulu, petani di sana memang sangat bergantung harap dengan traktor mini seperti ini, banyak kerja² yang boleh dilakukan dengan menggunakan traktor tersebut.
  • Selain itu, pada tahun hadapan kami merancang akan membuka 2 lagi kawasan baru jadi bilangan traktor yang ada sekarang belum mencukupi lagi.
traktor mini



4. Pengeluaran hasil setiap bulan dan sepanjang tahun.

Kejayaan kami terletak kepada jumlah jualan pengeluaran hasil tanaman, jika kami berjaya mengeluarkan hasil tanaman sepanjang masa ia baik untuk perkembangan syarikat kami.
  • Pada 2010 kelak kami akan memastikan pengeluaran hasil tanaman pada setiap bulan dan sepanjang tahun. Jika sebelum ini kebanyakan hasil dikeluarkan mengikut musim.
  • Jadual dan perancangan yang bersistematik harus dirancang untuk memastikan hasil tanaman dikeluarkan mengikut jadual.
  • Pengeluaran hasil tanaman pada setiap bulan akan dapat memastikan masa digunakan sepenuhnya dan pendapatan syarikat dijana setiap bulan ianya baik untuk aliran tunai syarikat.


5. Menjayakan tanaman nangka madu seluas 20 ekar
....di TKPM Kg. Serengkam.

Tanaman nangka berbeza dengan tanaman sayur²an, nangka mengeluarkan hasil sepanjang tahun dan hasilnya akan dikutip setiap bulan. Tanaman nangka madu ini dijangka akan mengeluarkan hasil pada tahun 2012. Jika nangka telah mengeluarkan hasil kelak ia akan memberikan hasil jualan RM20,000 hingga RM30,000 setiap bulan.
  • Pada masa sekarang tapak projek tersebut masih belum siap 100% lagi, dijangkakan pada awal tahun 2010 akan bermula sepenuhnya.
  • Sasaran kami untuk tahun hadapan ialah menyiapkan atau membina sepenuhnya kemudahan asas untuk projek tersebut seperti sistem siraman dan sebagainya.
  • Selain itu, kami berharap kami akan berjaya menanam sepenuhnya kawasan tersebut dengan anggaran 1,000 pokok nangka madu dan memastikan ia membesar dengan baik.
  • Walaupun pada peringkat awal kami ada perancangan untuk menjayakan kawasan tersebut dengan tanaman sayur²an tetapi keutamaan harus diberikan untuk menjayakan tanaman nangka madu terlebih dahulu.


6. Pengurusan yang lebih baik

Walaupun cuma bercucuk tanam sebagai seorang petani untuk terus melangkah lebih jauh kami perlu pemperkemaskan sistem pengurusan kami seperti, rekod tanaman, rekod jualan, jadual kerja dan sebagainya. Mengambil kira pengalaman saya di japan, petani di sana pada sebelah siang mereka sibuk di ladang dan pada sebelah malam pula mereka tetap "bekerja"... bekerja di meja tulis... mereka merekodkan apa yang mereka lakukan pada tanaman mereka dan merancang semua aktiviti seterusnya untuk tanaman mereka... serta membuat kajian untuk meningkatkan hasil tanaman. Setiap orang petani di sana mempunyai rekod puluhan tahun tanaman yang telah mereka jayakan. Rekod² tersebut akan dijadikan rujukan di masa akan datang.


Cabaran


Setiap yang dirancang pasti mempunyai cabaran dan halangannya, kami hanya mampu merancang ketentuannya di tentukan oleh yang Maha Kuasa. Antara cabaran yang di jangka mendatang antaranya ialah:-

  • Pekerja - Amat sukar untuk mendapatkan pekerja yang setia dan rajin. Sebelum ini kami telah menggunakan khidmat pekerja indonesia dan orang asli, pelbagai kerenah dan masalah timbul antaranya, tidak setia kerja sebulan cabut lari, pemalas, cerewet dan macam² lagi. Dalam tahun ini saja hampir 10 orang pekerja bertukar ganti. Ketiadaan pekerja mampu menggangu gugat jadual kerja yang dirancang.
  • Cuaca - Menjayakan tanaman konvensional mempunyai kaitan yang rapat dengan cuaca. Jika cuaca tidak baik seperti hujan ia akan mengganggu kerja² yang sedang dijalankan sebagai contoh kerja² membajak, rotor & membuat batas tidak dapat dijalankan jika keadaan tanah yang basah, tanah berbuku dan tidak gembur sepenuhnya.
  • Masa - Masa perlu digunakan sebaiknya, kelewatan dari jadual akan mengakibatkan kerugian.
  • Masalah Teknikal - Masalah teknikal merujuk kepada masalah peralatan atau jentera pertanian. Masalah kerosakan jentera pertanian dan tempoh masa untuk dibaiki akan mengakibatkan tergendalanya kerja² di kebun.
Kami berharap dan berdoa agar masalah seperti di atas dapat di atasi atau dielakkan agar memastikan apa yang dirancang sepanjang tahun 2010 ini akan menjadi kenyataan. insyallah...

Akemashite omedetö gozaimasu. Daitai nouka wa iroiro taihen koto to omou. Ishökemmei hataku to gambarimasho!!
Nögyö wa our bisnes.

Selamat tahun baru. Pada dasarnya para petani akan merasakan bermacam² perkara sukar kelak. Mari berusaha sedaya upaya dan bersungguh²!!! Pertanian adalah perniagaan kami.

Friday, December 4, 2009

Tanaman Cili 4 Ekar

Pada peringkat awal kami bercadang menanam 2 ekar cili sahaja antara sebabnya adalah masalah kekurangan pekerja. Memandangkan pada minggu ini kami telah berjaya mendapatkan seorang pekerja tambahan dan sedang berusaha menambahkan lagi bilangan pekerja. Amat sukar sebenarnya untuk mendapatkan pekerja yang rajin, setia dan boleh dipercayai. Dengan adanya pertambahan pekerja kami menambah keluasan tanaman cili kami daripada 2 ekar kepada 4 ekar. Lebih 13,000 pokok cili telah disemai dan bekalan tahi ayam sebanyak 21 tan untuk kegunaan tanaman cili juga telah diterima 3 hari yang lepas. Kami juga telah memesan pembatas yang baru daripada sebuah syarikat di Negeri Sembilan untuk kegunaan membuat batas yang lebih baik dan pembatas tersebut dijangka akan tiba pada minggu hadapan dan bersedia untuk beraksi. Selain itu dalam tempoh 2 minggu ini kami merancang cuba menyiapkan sepenuhnya pembinaan 2 ekar kawasan peria dengan junjung serta pembina batas dan dilengkapi sistem siraman. Pada masa yang sama kami cuba menyiapkan batas untuk tanaman cili seluas 4 ekar dalam tempoh masa tersebut memandangkan 2 unit traktor akan dihantar ke Kg. Mambang, Pekan untuk membuat kerja² membajak sawah seluas lebih 100 ekar di sana.


21 tan tahi ayam sebagai baja asas tanaman cili



lebih 13,000 anak pokok cili disemai


Timun Update Dis 09

Alhamdulillah tanaman timun tumbuh subur dan mengikut jadual. Keadaan cuaca sekarang yang hujan tidak henti² juga ada kebaikan dan keburukannya. Kami menjangkakan timun akan mengeluarkan hasil selewat²nya pada 17 Disember ini. Musim hujan, musim banjir, musim kenduri banyak mempengaruhi harga pasaran timun pada masa sekarang, harga timun melambung dipasaran. Diharapkan timun yang ditanam ini akan menghasilkan hasil yang baik dan banyak.


keadaan pokok timun di kebun


pokok timun semakin membesar


pokok timun sudah mula memanjat tali junjung


Friday, November 13, 2009

Timun Update Nov 09

Jenis Tanaman : Timun
Keluasan : 2 Ekar

Pada masa sekarang tapak tanaman timun telah siap 95%, cuma kerja² akhir yang tinggal untuk diselesaikan seperti menguji dan mengemaskini sistem siraman. Benih² timun juga telah disemai dan kami menjangkakan anak benih timun akan mula dipindahkan ke batas selewat²nya pada 15 Nov ini. Berdasarkan kepada perancangan ini kami menjangkakan timun akan mula mengeluarkan hasil seawal 20 disember nanti. Untuk tanaman timun kali ini kami mensasarkan pengeluaran hasil sekurang²nya sebanyak 26,000 kg. Kiraan ini adakah berdasarkan penghasilan timun yang telah kami lakukan sebelum ini iaitu sebanyak 13,000kg untuk setiap ekar. Tanaman timun kali ini kami menggunakan tapak yang sama ditanam dengan peria sebelum ini, untuk pengetahuan anda semua kami tidak membuang tunas peria yang telah mati menjalar di atas junjung bertujuan dijadikan sebagai medium untuk tanaman timun menjalar kelak.


sebahagian benih timun yang disemai



batas tersedia untuk ditanam dengan timun



sisa tanaman peria dibiarkan di atas junjung
dan akan digunakan sebagai
medium untuk timun menjalar

Peria Update & Cili Nov 09

Jenis Tanaman : Peria
Keluasan : 2 Ekar

Kerja membuat junjung untuk tanaman peria sedang rancak dijalankan, musim hujan dan hujan yang lebat banyak menggangu kerja² menanam kayu pancang. Keadaan tanah yang lembap dan basah tidak bagus untuk kerja menanam kayu pancang, ini kerana keadaan tanah yang lembap menyebabkan stuktur tanah menjadi tidak kuat dan kayu pancang yang ditanam menjadi tidak kemas dan bergoyang. Walaubagaimanapun musim hujan juga membawa rahmat kepada petani dimana kebanyakan harga sayur²an melambung dipasaran pada masa ini. Kerja² menaman kayu pancang menggunakan auger sepenuhnya, dengan penggunaan auger kayu dapat ditanam lebih dalam daripada menggunakan pengentak serta kerja² dapat dilakukan dengan lebih pantas. Selepas junjung siap dibina, kerja membuat batas dan kerja² menabur tahi ayam akan dilakukan. Batas akan ditutup dengan silver shine dan seterus sistem siraman akan dipasang.


kayu pancang sedang dibina


kerja mengorek lubang menggunakan auger




Jenis Tanaman : Tanaman Cili
Keluasan : 2 Ekar
Anggaran Bil. Pokok : 5,000 pokok hingga 7,000 pokok

Kami merancang untuk menanam cili seluas 2 ekar dengan anggaran bilangan pokok 5,000 hingga 7,000 pokok. Tapak tanaman cili telah dibersihkan, kerja² plough dan rotor telah dilakukan. Walaubagaimana untuk tanaman cili ini akan dimulakan selepas timun dan peria telah ditanam kelak.

kawasan tanaman cili telah dibersihkan

Tuesday, October 27, 2009

Oktober Update

Tanaman peria, bendi dan labu telah berakhir. Pada masa sekarang kami sedang menjalankan kerja menyiapkan tapak tanaman untuk tanaman timun seluas 2 ekar dan peria seluas 2 ekar. Kawasan tersebut telah dibersihkan, dibajak dan sebahagianya telah dibina junjung. Memandangkan masih terdapat 400 batang kayu yang belum mencukupi untuk dibina junjung kami terpaksa masuk ke hutan dan menebang kayu² tersebut. Pada peringkat awalnya untuk menjimatkan masa, kami bercadang untuk mengupah pemuda² kampung untuk mencarikan kayu tersebut tetapi mereka meminta bayaran yang tak masuk akal (RM12 untuk sebatang kayu) untuk mengelakkan peningkatan kos, kami terpaksa mencarinya sendiri kayu tersebut.

Sukar juga untuk membawa keluar kayu tersebut kerana kedudukan di kawasan hutan dan jalan yang tidak sempurna. Sepatutnya kayu tersebut dibawa keluar menggunakan traktor yang dilengkapi dengan trailer kerana traktor boleh membawa muatan yang berat dan boleh melalui jalan yang sukar, kerana ketiadaan trailer maka kami terpaksa menggunakan lori 1 tan. Dengan muatan yang berat dan keadaan jalan yang sukar, setiap pusingan perjalanan hanya mampu membawa sehingga 50 batang kayu sahaja. Kerja² menebang kayu dan seterusnya membawa ke tapak projek dijangka memakan masa hampir seminggu. Kami mensasarkan tanaman timun dan peria akan ditanam selewat²nya 2 minggu dari sekarang.



kerja memunggah kayu pancang


ini dia pokok cili yang berusia 9 bulan lebih
di tapak ujian kami


Tapak Projek Ke 3

lokasi: TKPM Kg. Serengkam, Maran, Pahang.
Keluasan : 100 ekar (20 ekar setiap peserta)
Jenis Tanaman : Nangka Madu

Inilah tapak projek yang kami ceritakan sebelum ini. Mengikut perancangan, projek harus dimulakan pada bulan november hadapan tetapi memandang perkara² asas seperti pagar keliling atau parit keliling masih belum didirikan dan dibuat mungkin proses tanaman akan lewat daripada tempoh yang dijadualkan. Berdasarkan pengalaman kami, pagar atau parit keliling adalah perkara amat penting berdasarkan tanaman nangka yang kami usahakan sebelum ini, habis beratus² pokok nangka dimusnahkan oleh babi walaupun pagar telah dibina. Inikan pula jika pagar atau parit tidak dibina kemungkinan besar akan habis semua pokok nangka akan dimusnahkan dan ia akan mengakibatkan kerugian.

Kami merancang akan menanam tanaman sampingan apabila nangka siap ditanam dan kawasan tersebut siap dilengkapi sistem siraman. Antara tanaman yang difikirkan oleh kami untuk ditanam di kawasan tersebut seperti cili, terung, nanas, labu dan pisang. Kawasan yang baru serta dikelilingi oleh hutan yang tebal dirasakan baik untuk tanaman tersebut selain kurangnya risiko serangan perosak.


inilah lot tanaman nangka kami


kawasan masih belum dibersihkan sepenuhnya



Thursday, October 8, 2009

Peria Ke Jordan

Selamat hari raya semua, mungkin agak terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya untuk anda semua, maklumlah terlalu sibuk dengan kerja² kebun tidak sempat update blog. Peria ke Jordan?..... itulah yang berlaku kepada hasil peria kami pada musim ini, sebanyak 400kg hingga 500kg setiap hari di eksport ke Jordan melalui kerjasama daripada pihak FAMA. Hasil selebihnya pula kami pasarkan ke Pasar Borong Selayang... secara purata kami menghasilkan peria sebanyak 500kg hingga 700kg setiap hari. Sehingga kini kami telah memasarkan hampir 30,000kg (30 tan) peria semenjak lebih sebulan yang lalu. Selain itu labu telah habis dikutip dan bendi masih mengeluarkan hasil. Pada hari raya yang lepas kami mengalami sedikit kerugian kerana disebabkan cuti hari raya peria tidak dapat di pasarkan, pihak FAMA cuti selama seminggu, peniaga² di Pasar Borong Selayang pula cuti selama 3 hari, pengusaha lori yang membawa sayur ke Pasar Borong pula cuti seminggu... jadi terpaksalah kami mencari alternatif lain untuk menghantar peria ke Pasar Borong Selayang. Disebabkan pihak² tersebut cuti kami terpaksa menanggung kerugian, dianggarkan sebanyak 3,000kg peria terpaksa dibuang atau terus masak di pokok seterusnya dimusnahkan.

Selain itu pada masa sekarang kami sedang melakukan kerja² menuai padi seluas 70 ekar di Kg. Mambang Pekan milik En. Said. Pada 3 minggu lepas kami telah melakukan baikpulih menyeluruh pada jentuai padi kami. Berbagai peralatan yang lama diganti baru, sebarang kerosakan dibaiki dan jentuai tersebut di cat baru oleh 3 orang tukang cat profesional dari Kg. Batu 13. Diharapkan selepas baikpulih tersebut, jentuai ini akan melakukan tugasnya dengan lancar tanpa sebarang masalah

Aktiviti² yang di rancang untuk bulan ini pula, kami menjangkakan tanaman peria sekarang akan mengeluarkan hasil sekurang²nya sehingga hujung bulan ini dan menghasilkan sekurang²nya 10,000kg hingga 15,000kg lagi. Selain itu kami sedang menyiapkan tapak seluas 2 ekar untuk tanaman peria fasa yang seterus, kami masih memerlukan 300 hingga 400 batang kayu lagi untuk dibuat junjung. Selain itu kami sedang melakukan persiapan untuk menanam 2 ekar timun, timun dijangka akan mula ditanam pada november hadapan. Pada minggu hadapan 12 okt 09 kami akan mula merancang dan membuat persedian untuk menanam nangka madu seluas 20 ekar di TKPM Kg. Serengkam, kemungkinan 2 unit traktor akan dikerahkan ke tapak itu untuk melakukan kerja² penyedian tapak termasuklah mengorek lubang untuk menanam nangka menggunakan auger. Selepas nangka madu ditanam kelak kami bercadang akan menanam 5 ekar hingga 10 ekar cili diantara baris² nangka tersebut.



buah peria dipokok



bakul² peria dikumpulkan untuk dipasarkan



deretan 40 bakul peria di hantar ke pasar borong selayang



pimp my ride -> jentuai dibaikpulih & di cat baru




koleksi gambar tanaman peria


Tuesday, September 8, 2009

Peria Update Sept 09

Tanaman peria sudah mencatat kejayaan awal dimana kami berjaya mempercepatkan tempoh pengeluaran hasil sebanyak 10 hari lebih awal daripada tempoh sepatutnya. Kejayaan ini adalah hasil beberapa percubaan kaedah tanaman yang diperbaharui. Peria dijangka akan mengeluarkan hasil 1,000 kg hingga 1,500 kg setiap 2 hari bermula minggu ini, jumlah tersebut adalah berdasarkan graf pengeluaran hasil yang sama pada musim sebelum ini. Kami mensasarkan jumlah keseluruhan peria untuk musim ini sekurang²nya 40,000 kg. Segi pasaran pula kemungkinan besar sebahagian hasil akan di pasarkan ke sebuah rangkaian pasaraya di negeri ini. Harga ladang untuk tanaman peria dan tanaman lain agak rendah pada masa ini, faktor ini mungkin disebabkan oleh ketibaan bulan ramadhan di mana permintaan terhadap sayur²an berkurang sepanjang bulan ini. Harga sayur²an dijangka akan kembali meningkat selepas hari raya nanti.

Selain itu kami sedang menambah bilangan kayu sokongan untuk junjung ini kerana disebabkan buah yang berat dan banyak junjung sudah mula melendut. Kerja² pemantauan dan penyelenggaraan junjung dijalankan dari masa semasa untuk memastikan junjung berkeadaan baik sepanjang masa, bagi memastikan ia selamat dari ancaman ribut seperti yang berlaku sebelum ini.


buah peria yang sedia untuk di petik



buah peria mencapai standard yang diperlukan



ini saiz peria yang sudah matang dan sedia di pasarkan



bendi yang dipetik dan dikumpulkan
di dalam bakul untuk dipasarkan




video tanaman peria

Friday, August 28, 2009

Peria, Labu & Bendi.... Harvest

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa semua...... bila tiba bulan puasa nih kerja² tetap dijalankan seperti biasa cuma balik awal sedikit daripada biasa untuk berbuka, jika tidak sebelum ini hampir jam 8 malam baru balik. Kerja² pada bulan puasa ini tidaklah seteruk waktu saya di Japan dahulu, berpuasa seorang diri di Fukuoka.... bekerja di ladang bapa angkat dari pagi hingga ke petang... tak bersahur...dan bila tiba waktu berbuka tidak dibenarkan pulang sebab tempoh waktu bekerja belum tamat lagi.. terpaksalah makan dan minum apa yang ada ditengah² ladang. itulah cara bekerja di sana... walaupun apa yang berlaku kerja² tetap dijalankan seperti biasa.

Berbalik kepada kebun, tanaman peria sudah mula mengeluarkan hasil dijangkakan seminggu dari sekarang hasil mula akan bertambah. Jika dilihat pada masa sekarang, pucuk² peria masih lagi menjalar dan belum menutupi junjung sepenuhnya. Sepanjang minggu ini boleh dikatakan setiap hari hujan pada sebelah petang dan malam ini tidak baik untuk tanaman sayur seperti peria di mana hujan yang lebat mengakibatkan serangan kulat pada daun peria, oleh itu kerja² meracun terpaksa dilakukan dengan kerap.

Untuk tanaman lain pula seperti bendi dan labu, hasil telah mulai dituai dan dijual. Seperti mana peria tanaman tersebut juga masih dalam peringkat permulaan pengeluaran hasil dan hasil akan mula bertambah dari masa ke semasa. Selain kerja² di kebun, pada masa sekarang kami menjalankan kerja² menuai padi seluas 60 ekar di Luit, Daerah Maran... kerja² tersebut mungkin akan selesai dalam tempoh terdekat ini.


tanaman peria sudah mula menutupi junjung



peria mula berbuah



bendi juga mula berbuah dan dituai hasilnya



labu mula di petik dan dijual secara berperingkat

Saturday, August 1, 2009

Peria, Bendi Dan Labu Update Ogos 09

Pada sekarang tanaman peria sudah berumur 2 minggu lebih, ada sesetengah pokok peria mencecah ketinggian paras kepala. Pada kebiasaannya buah peria boleh dipetik sejak berumur 50 hari. Untuk tanaman kali ini kami cuba sedaya upaya berusaha agar peria ini mula mengeluarkan hasil 45 hari sahaja iaitu awal 5 hari daripada kebiasaan. Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk tanaman peria musim ini agar dapat menghasilkan buah yang baik dan banyak. Ini adalah kali kedua kami menanam peria berdasarkan pengalaman yang lalu, kami cuba memperbaiki kaedah tanaman yang digunakan dahulu. Kami menjangkakan hasil tanaman peria akan mula di kutip pada penghujung bulan ini. Harga semasa peria untuk harga ladang pada masa ini ialah RM3.00 untuk setiap kg. Diharapkan harga tersebut berkekalan atau meningkat di masa hadapan. Untuk tanaman labu pula ia sudah mula mengeluarkan buah dan tanaman bendi pula sudah membesar dan mencapai ketinggian 1 hingga 2 kaki. Kami menjangkakan tanaman labu dan bendi tidak akan mengeluarkan hasil yang banyak, ini kerana tanaman tersebut di tanam di atas batas yang telah digunakan untuk tanaman cili dan peria tempohari, masalah kekurangan baja asas dan batas yang telah menjadi padat mungkin akan mengakibatkan pokok tidak berapa subur dan hasil yang tidak berapa memuaskan. Sepanjang 2 minggu ini antara aktiviti yang dijalankan ialah memunggah kayu daripada hutan untuk digunakan sebagai pancang tanaman peria untuk fasa kedua. Selain itu pada minggu lepas kami menjalan kerja-kerja menuai padi seluas 60 ekar di Bera milik En. Zizi. Pada peringkat awal kami menjangkakan kerja-kerja tersebut akan selesai dalam masa seminggu tetapi malang tidak berbau, jentuai padi kami telah terbenam di dalam sawah tersebut kerana disebabkan oleh mendapan tanah. 4 hari diperlukan untuk mengeluarkan jentuai dan membaiki kerosakan, jentuai terpaksa dikeluarkan menggunakan Bulldozer, ditarik dengan traktor dan laluan dibina menggunakan JCB. Hari semalam (31 julai) kerja-kerja menuai telah selesai dan jentuai telah dibawa pulang. Dalam bulan ini antara aktivi yang dirancang ialah mengumpul kayu dari hutan untuk dibuat junjung, membina junjung selain itu penyedian tapak seluas 5 ekar untuk tanaman labu.


Tanaman peria sedang membesar


Pertumbuhan peria mula mencecah junjung



labu mula menutupi tanah


Jentuai padi terbenam didalam sawah



Bulldozer, Traktor dan JCB terpaksa digunakan untuk mengeluarkan jentuai.


Tip Tanaman Labu:

  • Jarak tanaman ialah 3-4 kaki X 5-6 kaki.
  • Baja asas (tahi ayam) amat penting, lagi banyak lagi bagus.
  • Siraman diperlukan setiap hari (pagi & petang).
  • Sistem drip (titisan) sesuai untuk tanaman labu kerana air terus pergi ke pangkal pokok.
  • Sistem renjis tidak digalakkan kerana air kebanyakkan tidak sampai ke tanah kerana dihalang oleh daun labu. Selain itu sistem renjis menggalakkan pertumbuhan rumput (rumput pun dapat air gak).
  • Kerja² pembajaan perlu mengikut jadual ini kerana bila pokok sudah besar ia akan menyusahkan pergerakan untuk melakukan kerja² pembajaan.
  • Pendebungaan digalakkan untuk menghasilkan buah yang banyak.
  • Maklumat tanaman sila rujuk di sini

Monday, July 13, 2009

Peria, Bendi Dan Labu Update July 09

Alhamdulillah peria seluas 2 ekar selamat di tanam pada hari semalam (12 July), pada masa sekarang 5 ekar kawasan telah ditanam dengan peria, bendi dan labu. Selepas 3 bulan bertungkus lumus menyiapkan tanaman peria akhirnya selesai juga untuk fasa pertama ini. Kerja² membuat junjung peria sahaja telah mengambil masa selama 2 bulan. Untuk sepanjang bulan july ini selain kerja² penjagaan untuk tanaman peria, bendi dan labu, kami akan mula menanam labu seluas 5 ekar di tapak 2 (kawasan tanaman nangka) dimana sebelum ini kami merancang untuk menanam tembikai tetapi terpaksa menukar rancangan kerana bekalan tahi ayam hanya akan di perolehi pada pertengahan bulan ini jadi sudah terlewat untuk menanam tembikai dan dipasarkan pada bulan puasa nanti. Junjung untuk tanaman peria fasa kedua akan dibina dalam tempoh waktu ini juga, selain itu tanaman lain juga akan ditanam untuk memenuhkan keseluruhan kawasan tanaman seluas 10 ekar ini. Mengikut perancangan pada bulan september ini, kami mula akan membuat kerja² dan memulakan proses tanaman di tapak 3 (TKPM Serengkam) seluas 20 ekar dengan tanaman nangka madu, dianggarkan 1,400 hingga 2,000 pokok nangka madu akan di tanam di tapak tersebut.


anak pokok peria di tapak semaian



kerja² menanam peria



tanaman labu sudah mula menjalar


Tuesday, June 23, 2009

Peria, Cili, Bendi dan labu Update II Jun 09

Status projek pada masa ini, bendi telah mula berputik, cili sudah 1 kaki tinggi dan labu pula sudah mula membesar dan mengeluarkan 4 hinga 6 helai daun. Tanaman peria pula kerja² memasang junjung telah selesai dijalankan dan kerja² membajak sebanyak 2 kali juga telah dilakukan. Pada hari ini kerja² menabur tahi ayam akan dilakukan dan setelah selesai kerja² mengaul dan membina batas akan dilakukan. Kerja² pemasangan sistem siraman dan memasang silver shine akan dilakukan pada minggu ini dan seterusnya peria akan mula ditanam pada minggu hadapan... insyaallah.....


kerja² memunggah tahi ayam


tapak tanaman peria sudah dibajak


pokok labu mula membesar

Musim Durian Dah Tiba...Uhukkkk

Ermm.... musim durian dah tiba.. alhamdulillah pokok durian di dusun bapa saya ada juga yang berbuah. Maklumlah durian nih kadang² bergantung kepada nasib, kadang² menjadi kadang² tidak lebih² lagi kalau pokok yang tak terjaga...ermmmm satu lagi masalah musuh..kera....habis buah durian di petiknya dan dirobek-robeknya..... nak tembak? dah tak larat nak tembak..banyak gila kera nih. Inilah dusun durian bapa saya keluasan hampir 15 ekar... pada awalnya 500 pokok durian ditanam dan pada masa sekarang hanya tinggal 100 pokok sahaja... yang lain mati akibat kemarau. Pada hari ini (23 jun) durian mula gugur... rasanya start minggu depan banyak lagi yang akan gugur.


suasana di dusun


durian lebat berbuah


langsat juga berbuah


Thursday, June 11, 2009

Peria, Cili, Bendi dan labu Update Jun 09

Pada masa sekarang 3 ekar kawasan sudah ditanam dengan cili, bendi dan labu. Tanaman tersebut di tanam di atas batas peria yang telah runtuh tempohari, memandangkan batas peria masih elok dan banyak lagi baja yang terdapat pada batas tersebut kami mengambil keputusan untuk menggunakan kembali batas tersebut. Secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos dan masa untuk penyediaan tapak. Untuk tanaman peria pula kami merancang menanam seluas 4 ekar dan pada masa ini pancang-pancang telah didirikan untuk kawasan seluas 2 ekar. Untuk musim kali ini kayu ukuran besar digunakan untuk mendirikan junjung untuk mengelakkan dari musnah dipukul ribut seperti tempohari, oleh kerana kayu terlalu besar kami terpaksa membeli auger yang berharga RM3,500.00 untuk di pasang pada traktor dan digunakan untuk mengorek lubang untuk mendirikan pancang² tersebut. Tanaman peria akan mula di tanam selewat-lewatnya 2 minggu dari sekarang.



auger digunakan untuk mengorek lubang


pancang² kayu yang telah didirikan sebagai junjung tanaman peria


timbunan kayu untuk membina junjung baki 2 ekar kawasan lagi


tanaman bendi ditanam di atas bekas batas peria



Tuesday, May 26, 2009

Insentif Pengeluaran Tanaman

Pada 2 minggu yang lepas saya telah menerima insentif pengeluaran hasil berjumlah RM1,246.00 dari Jabatan Pertanian yang telah di sampaikan oleh Dato' Tan Aminuddin B. Ishak iaitu Exco Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Pahang semasa Majlis Bersama Pelanggan Jabatan Pertanian Peringkat Daerah Maran. Sebelum ini wang insentif terus masuk dalam akaun bank sahaja tapi untuk yang kali ini istimewa sedikit dapat "cek besar" hehe. Insentif RM1,246.00 adalah insentif untuk bulan mac iaitu pengeluaran sebanyak 15,000 kg peria dan cili. Untuk makluman semua kerajaan memberi insentif sebanyak RM81 untuk setiap 1,000 kg hasil tanaman yang dikeluarkan oleh petani, untuk keterangan lanjut boleh rujuk pada Jabatan Pertanian berhampiran dengan anda.

anak buah dengan "cek"
.

Tanaman Labu Update May 09

Labu sudah mengeluarkan hasil bermula minggu yang lepas setakat hari ini 16,000 kg telah dikeluarkan. Rasanya tanaman labu untuk musim ini tidak mencapai sasaran iaitu 25,000 kg. Anggaran 25,000 kg jumlah hasil tanaman labu adalah berdasarkan jumlah yang sama yang pernah dikeluarkan pada tahun lepas. Tanaman labu kali ini boleh dianggap tanam main² kurang penjagaan, sebab sejak dari peringkat awal lagi kami terlalu sibuk dengan tanaman peria yang musnah akibat ribut dan pada peringkat seterusnya pula kami sibuk mencari kayu untuk di buat junjung peria di hutan........ selama 3 minggu masa di habiskan untuk mencari 900 batang kayu bersaiz 6 inci hingga 8 inci untuk dibuat junjung. Selain itu kedudukan tapak projek labu ini yang jauh daripada projek tanaman sayuran juga menyukarkan kami untuk membahagikan masa dan tugas. Sepanjang tempoh itu, labu hanya sekali di racun dan sekali di baja. Untuk projek seterusnya di kawasan ini kami bercadang akan menanam tembikai seluas 5 ekar, ianya akan bermula bulan hadapan dan dijangka hasil boleh dituai pada bulan puasa nanti.

Pada masa sekarang cili dan bendi telah ditanam dan peria masih dalam proses penyediaan tapak, kerja² menanam kayu pancang menggunakan traktor dan auger sedang dijalankan.... cerita lengkap dan gambar akan menyusul kemudian.

kerja² memungut buah labu
.

kerja² mengumpulkan labu
.

sebahagian labu telah ditimbang dan dibungkus
.


labu sedia di pasarkan
.



Thursday, May 7, 2009

Apabila Impian Jadi Kenangan

Kisah nih lari dari topik skit tetapi kami ingin berkongsi pengalaman ini dengan orang lain, ini adalah kisah sikap orang kita yang suka mengambil jalan mudah untuk mencari keuntungan tanpa memikirkan tentang kesusahan dan usaha orang lain. Lebih sepuluh tahun yang lalu bapa saya mengusahakan tanaman padi secara komersil di sini dengan keluasan lebih 135 ekar. Tanah tersebut adalah milik orang kampung yang di pajak oleh pihak kami. Daripada sebuah paya yang sudah terbiar puluhan tahun, dipenuhi semak samun, tanpa tali air yang sempurna, paya yang tidak rata, tanpa jalan ladang yang lengkap, tiada pagar dan berbagai kekurangan lagi. Dengan segala usaha dan susah payah bapa saya berjaya memajukan paya tersebut menjadikan paya itu lengkap dengan segala pasarananya, paya rata, dilengkapi tali air yang sempurna, kemudahan jalan yang lengkap, dilengkapi sepenuhnya dengan pagar elektrik dan pelbagai lagi. Sepanjang 10 tahun menjayakan projek tersebut hampir RM500,000.00 dilaburkan untuk projek tersebut termasuklah membeli pelbagai jentera² dan peralatan untuk projek padi tersebut. Sepanjang tempoh itu juga bapa saya mendapat pengiktirafan sebagai Projek Tanaman Padi Secara Komersil Terbesar di Negeri Pahang juga dinobatkan sebagai Johan Usahawan Tani Peringkat Negeri Pahang dan Naib Johan Kelompok Pertanian Terbaik Negeri Pahang. Selain itu juga kami berjaya mengeluarkan hasil padi lebih 200 tan untuk setiap musim. Projek padi ini juga merupakan langkah pertama saya terlibat dalam bidang pertanian di mana pada umur 15 tahun saya sudah mula membajak menggunakan traktor dan memandu jentuai membantu bapa saya mengusahakan projek padi tersebut. Selain itu kami merancang dalam tempoh 10 tahun akan datang kami akan memperluaskan kawasan tanaman tersebut secara berperingkat-peringkat sehingga keluasan 200-300 ekar.

Setelah habis tempoh pajakan 10 tahun dan setelah 3 tahun menunggu keputusan samaada dibenarkan untuk terus untuk mengusahakan paya tersebut atau tidak, akhirnya kami akur bahawa paya tersebut akan diserahkan kepada pengusaha yang lain. Tapi apa yang kami kesalkan ialah tentang sikap pihak tertentu yang berebut² untuk mengambil alih paya yang telah bapa saya usahakan itu. Padahal ada beratus ekar lagi paya terbiar yang belum diusahakan kawasan itu, kenapa pula hendak berebutkan kawasan paya yang telah diusahakan oleh bapa saya. Jawapannya mudah saja, mereka tidak boleh tengok orang lain senang dan mereka mengambil jalan mudah untuk mengusahakan kawasan tanaman yang telah lengkap pasarananya dan mereka tidak perlu bersusah payah untuk membanting tulang dan mengeluarkan modal satu sen pon untuk menyediakan pasarana projek. Selain itu lebih menyedihkan ada pihak yang akan mengalibabakan paya tersebut kepada pihak lain jika berjaya mendapatkkannya kelak. Sebenarnya jika pihak lain itu memajukan kawasan paya terbiar yang lain ia akan mendatangkan banyak faedah antaranya memperluaskan kawasan tanaman padi di Chenor dan seterusnya menyahut seruan kerajaan menjayakan tanah² terbiar. Disebabkan pelbagai pihak yang melobi untuk menjayakan kawasan tanaman padi kami itu dan selain cakap² belakang yang kurang enak cuba memburukkan pihak kami, akhirnya kami membuat keputusan untuk menarik diri dari terus menjayakan sawah padi tersebut. Walaupun kami kecewa lebih² lagi bapa saya yang selama ini memberi komitmen yang tinggi terhadap projek tersebut termasuklah membawa kami sekeluarga berpindah jadi Jengka ke Chenor belasan tahun yg lalu untuk memudahkan beliau menjayakan projek padi tersebut.

Akhir sekali, sebenarnya saya sudah ada perancangan untuk meningkatkan hasil tanaman padi semasa saya di Japan dulu, ingatkan bila balik nanti bolehlah saya praktikkan kaedah tanaman padi yang saya jayakan semasa di Japan ke projek padi bapa saya. Walaupun ia tidak menjadi kenyataan, kami berharap agar projek tanaman padi tersebut jatuh kepada tangan pihak yang betul dan semoga ia akan terus sukses seperti waktu² kami mengusahakannya dulu lagipun tidak susah rasanya sebab semuanya sudah terhidang didepan mata.


Kawasan tanaman padi menjadi rebutan

.
Padi semasa mengeluarkan hasil

.
Saya dan adik (jijo) berehat selepas penat bekerja di sawah
.

Ulang Tahun Pertama Blog

Sedar tak sedar dah setahun rupanya kewujudan blog nih. Terima kasih kepada pelawat² yang datang menjengah blog tak seberapa kami ini. Tujuan asal blog ni sebenarnya untuk memudah pihak² tertentu melihat perkembangan aktiviti pertanian kami, tetapi tidak sangka juga tanpa promosi... yelah sebab bukan jual barang pon...dan dengan link² dari blogger yang lain jumlah pengunjung sudah pun mencecah 7,500 lebih pelawat dan lebih 18,500 pages di lawati... terima kasih kepada blogger yang link blog kami ini. Satu lagi dikesempatan ini kami ingin memaklumkan kepada pelawat² kami tidak menyiarkan no telefon di blog kerana terlalu sibuk dengan kerja² di kebun ini membatas kami untuk menjawab telefon jadi eloklah rasa lebih baik tidak menyiarkan no telefon dari membiarkan panggilan dari tidak berjawab. Bukan kedekut ilmu, tetapi komitmen terhadap kerja tidak mengizinkan. Walaubagaimana anda semua masih boleh menghubungi kami melalui email ini taufiku.san@gmail.com


Statistik pelawat blog selama setahun
.
.

Monday, April 20, 2009

Penyedian Tapak Peria, Cili & Terung

Tempoh bulan april hingga sept ini kami merancang akan menanam peria, cili dan terung seluas 8 ekar, pecahan tanaman adalah seperti berikut.
Setelah peria musnah dipukul oleh ribut kerja-kerja pembersihan telah dilakukan dan pada masa yang sama pula kami mendapat tawaran kerja membajak sawah padi seluas 60 ekar di Kg. Luit, Maran. Memandang 2 unit traktor terpaksa dikerahkan ke Kg. Luit membuat kerja² membajak tersebut, maka kerja² membajak di kebun terpaksa ditangguhkan, tapi dalam masa yang sama kami melakukan kerja² menyemai cili dan terung dan seterus kerja² mencari kayu untuk dibuat junjung peria. Sehingga kini 3 muatan lori kayu berjaya dikumpulkan daripada hutan.

Kami menjangkakan kerja penyedian tapak akan siap sepenuhnya awal may dan hasil tanaman pula mula dituai pada penghujung jun nanti. Mengenai tanaman cili pula, ia masih mengeluarkan hasil sehingga kini hampir 5,000kg cili dihasilkan daripada 2,500 pokok kami menjangkakan cili akan mengeluarkan hasil hingga penghujung bulan ini sahaja, memandangkan kini pokok sudah sampai ke pusingan yang terakhir.
.
Anak pokok cili yang disemai
.

Anak pokok terung yang disemai
.

Sebahagian kayu untuk membina junjung peria
.

Pokok cili masih mengeluarkan hasil
.
.

Tapak Baru - TKPM Serengkam Maran

Alhamdulillah...... setelah menghadiri temuduga tempoh hari, akhirnya kami mendapat berita yang mengembirakan iaitu menerima surat tawaran menyertai Projek TKPM Serengkam, Maran. Surat tersebut ditandatangani oleh Pengarah Pertanian Negeri Pahang iaitu Hajjah Kamariah Binti Ismail, AMP,. Dengan tawaran tersebut kami akan mendapat tapak projek yang baru yang terletak di Kg. Serengkam, Maran. Di kawasan baru ini kami mendapat tapak projek seluas 20 ekar, dengan keluasan tersebut menjadikan keseluruhan kawasan tanaman kami menjadi 35 ekar termasuk kawasan tanaman nangka yang telah ditanam pada masa sekarang. Diharapkan dengan adanya kawasan tanaman yang baru ini akan membantu mengembangkan operasi syarikat kami kelak.

Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian kerana memberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada pihak kami. Ucapan terima kasih untuk Pengarah Pertanian Negeri Pahang iaitu Hajjah Kamariah Binti Ismail dan juga untuk Pegawai Pertanian Daerah Maran iaitu En. Muhamad Khalil B. Idris yang banyak membantu kami selama ini termasuklah tindakan pantas beliau melawat kebun kami yang musnah akibat ribut tempohari.
.

Sebahagian surat tawaran

Labu & Nangka Madu Update April 09

Pada masa sekarang tanaman labu yang di tanam di kawasan tanaman nangka madu mula menghasilkan buah. Mengikut jangkaan kami hasil akan mula boleh dituai sebulan daripada sekarang. Alhamdulillah tanaman labu tidak banyak menghadapi masalah pada musim ini, percaya atau tidak tanaman labu ini hanya sekali sahaja diracun. Cuaca hujan sejak kebelakangan ini juga banyak membantu pertumbuhan pokok labu tersebut. Pada masa sekarang harga ladang untuk labu ialah RM1.00 untuk 1kg, kami berharap harga ini berkekalan atau meningkat sehingga bulan hadapan. Kami mensasarkan kutipan hasil untuk labu sekurang-kurangnya 25,000kg untuk musim ini.
.
Untuk tanaman nangka madu pula pertumbuhan agak baik, pokok membesar dengan baik dan pada masa sekarang tiada lagi pokok yang musnah disebabkan oleh serangan babi. Mengikut perancangan awal pada 13 April yang lalu sepatutnya Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani akan melawat tapak projek tanaman nangka madu kami, tetapi disebabkan oleh peralihan kuasa dan pertukaran menteri di kabinet menyebabkan lawatan ini ditunda ke satu tarikh yang lain.
.
.
Tanaman labu memenuhi semua kawasan tanaman
.
.

Kerja-kerja pemeriksaan pada tanaman labu


Buah labu sedang membesar
.
.

Tuesday, March 10, 2009

Kaze Kitta...Zannen Deshita.. (Ribut Telah Melanda..Sayang Sekali)

Tragedi pada 6 mac....9.00 malam, jumaat malam sabtu ribut yang kuat beserta hujan yang lebat telah memusnahkan semua tanaman peria kami. Di mana kesemua pokok dan pancang / junjung telah tumbang menyembah bumi. Disebabkan oleh ribut yang sangat kuat itu, Boleh dikatakan tanaman peria tersebut tidak dapat diteruskan lagi "total lost". Sehingga hari ini iaitu 20 hari keluaran hasil kami telah berjaya mengeluarkan sebanyak 336 bakul (13,440kg) iaitu (25% daripada jumlah sasaran) dan berdasarkan keadaan semasa.. kami mensasarkan keluaran hasil mampu mengeluarkan hasil selama 60 hari lagi dan sebanyak 20,000kg - 30,000kg peria mampu dihasilkan lagi. Oleh disebabkan kejadian malang itu pihak kami kerugian sebanyak RM40,000 - RM60,000 (boleh dapat sebiji kereta tu...hehe).

Kejadian ribut ini sedikit sebanyak mengikis semangat kami, di mana sebelum ini pelbagai dugaan telah kami hadapi tetapi dugaan kali ini yang paling besar dan sangat memberi kesan kepada kami. walaupun ini kali pertama kami menanam peria, peria yang dihasilkan kali ini sangat memuaskan hasilnya di mana pada hari terakhir iaitu pada hari jumaat 6 Mac sebanyak 54 bakul (2,160kg) pada hari itu sahaja dan pengeluaran seterusnya juga dijangkakan akan bertambah dari masa ke semasa.... tapi apakan daya ia musnah begitu sahaja.

Mengikut kata 2 orang pekebun cina yg melawat kebun kami, buah peria kami terlalu banyak mengeluarkan hasil. Kata mereka lagi, kebiasaannya untuk keluasan 2 ekar keluaran hasil untuk setiap 2 hari ialah 800kg hingga 1,000kg tetapi pihak kami mengeluarkan 2,000kg. Oleh itu buah yg banyak menjadi faktor penyumbang kepada kejadian tersebut ini kerana pokok terlalu berat di anggarkan 10 tan berat buah peria pada junjung semasa kejadian tersebut.

Sebelum ini pernah juga terlintas di fikiran kami tentang kemungkinan berlaku kejadian seperti ini, kami telah bertindak lebih awal dengan menambah bilangan kayu sokongan, menambah bilangan dawai pengikat, menggantikan kayu yg lama dengan yg baru dan sebagainya...tetapi nasib tetap tidak menyebelahi kami........kami tidak mampu untuk melawan kehendak takdir. Sedikit sebanyak kejadian ini memberi pengajaran yang berguna kepada kami, supaya lebih bersedia di masa-masa akan datang.

Pada masa sekarang kami sedang memungut buah peria yang masih boleh dijual. Walaupun sudah 3 hari kejadian berlaku pokok peria masih lagi subur dan tidak rosak cuma masalahnya adalah amat sukar untuk kami menaikkan pokok tersebut kerana ia terlalu berat. Kemungkinan besar pokok peria tersebut akan dimusnahkan dalam masa terdekat dan digantikan dengan tanaman lain.
.
keseluruhan kawasan tanaman peria musnah
.
.
kerja-kerja mengutip sisa buah peria
..
.
kerja mamasukkan peria ke dalam bakul
.
.
hanya 50 bakul (2,000kg) setakat hari ini
berjaya dikeluarkan daripada runtuhan
.
.
buah peria yg banyak dan berat menjadi faktor
penyokong kepada kejadian ini.
.
.

video selepas kejadian ribut
.
.

Cili Update Mac 09

Alhamdulillah... cili tidak terjejas akibat ribut tempoh hari, cili kami masih lagi mengeluarkan hasil. Pada masa sekarang cili mengeluarkan hasil sebanyak 2 hingga 4 bakul (70kg - 140kg) setiap hari. Pada peringkat awal hampir 3 ribu pokok di tanam, tetapi pada masa sekarang hanya 80% hingga 85% sahaja iaitu lebih kurang 2,500 pokok sahaja yang masih hidup dan mengeluarkan hasil, yang selebih dimusnahkan kerana terkena jangkitan penyakit atau mati akibat penyakit. Hampir 3,000kg (3 tan) cili dikeluarkan setakat ini.
.


Monday, March 2, 2009

Irrigation

Salam...... irrigation kat kebun kami takdelah cantik sangat lagi pun kami nih masih amatur lagi tetapi ramai yang menanyakan mengenai sistem drip tape yang kami gunakan... kalau nak dibandingkan sistem irrigation kat Japan jauh bezanya........jadi di sini kami berkongsi tentang sistem irrigation yang kami gunakan di kebun kami. Memandangkan jarak kolam takungan air dengan kawasan kebun lebih kurang 200 meter dan keluasan kebun seluas 10 ekar kami menggunakan pam air ini.
.
..
Daripada pam kami menyalurkan air menggunakan paip bersaiz 5", seterusnya paip tersebut disambungkan kepada filter. Penggunaan filter sangat penting ini kerana ia akan mengelakkan drip tape daripada tersumbat. Harga filter?...... filter yang saya gunakan ini harganya dalam RM700 hingga RM800.
.
.
Daripada filter, kami pecahkan paip tersebut kepada 4 bahagian ini kerana untuk membahagikan kawasan siraman kepada 4 bahagian, ini kerana untuk memastikan kawasan tanaman mendapat tekanan air yang mencukupi. Oleh itu kerja menyiram kebiasaannya di dilakukan secara bergilir². Pada bahagian ini paip bersaiz 3" digunakan dan bahagian² tersebut dipisahkan menggunakan stopcock.
.
.
Daripada paip 3" tersebut barulah kami menyambungkan dengan drip tape. Paip PVC atau poly paip ditebuk dan disambungkan dengan menggunakan adapter (seperti gambar dibawah) seterusnya adapter tersebut disambung dengan paip 13mm dan paip tersebut di masukkan ke dalam drip tape, untuk memastikan ia tidak tertanggal drip dan paip tersebut diikat dengan dawai. Drip tape tersebut di isi di atas batas dan di bawah silver shine. Di bahagian hujung drip tape pula akan dilipat dan diikat dengan dawai untuk memastikan bahagian tersebut tidak mengeluarkan air. Berikut gambar dan gambarajah adapter serta drip tape yang kami gunakan.
.


.

Monday, February 23, 2009

Peria Update II Feb 09

Tanaman peria sudah mengeluarkan hasil semenjak 10 hari yang lalu. Berikut adalah jumlah peria yang telah dikeluarkan untuk tempoh 10 hari pertama:-
.

Untuk tempoh 10 hari pertama 2,440kg peria telah di pasarkan dan harga jualan peria pada masa ini adalah sekitar RM2.50 untuk setiap kg. Pada peringkat permulaan ini peria di pasarkan setiap 2 hari sekali dan seminggu atau 2 minggu dari sekarang kemungkinan hasil akan dipasarkan setiap hari ini kerana pengeluaran buah peria akan memuncak pada masa itu. Pada musim ini juga kami mensasarkan pengeluaran purata sebanyak sebanyak 400kg setiap hari dan peria dijangka mengeluarkan hasil sekurang-kurangnya selama 60 hari dengan jumlah keseluruhan dijangka sekitar 24,000 kg.
.

...
.


Tanaman Labu

Jenis Tanaman : Labu
Keluasan : 5 ekar
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Di tapak tanaman nangka madu kami sedang mengusahakan tanaman labu, memandang kawasan tanaman nangka banyak ruang kosong antara baris²nya rugi pula kalau di biarkan kosong dan jika dibiarkan sahaja ia akan dipenuhi semak samun. Oleh itu kami akan menanam labu sebagai tanaman penutup bumi selain mengelakkan semak samun ia juga akan memberikan pulangan hasil. Untuk tanaman labu kali ini kerja memasang drip sedang dilakukan, selain itu kerja² asas seperti penyedian tapak mengembur tanam, menabur baja asas telah dilakukan. Proses tanaman labu dijangka akan dimulakan dalam tempoh seminggu lagi. Untuk tanaman labu kali ini kami mensasarkan keluaran hasil sekurang-kurangnya 25,000 kg (25 tan) ...insyallah.

.

Cili Update II Feb 09

Tanaman cili masih lagi mengeluarkan hasil, cili di petik dan di pasarkan setiap 2 hari dengan kadar hasil antara 80kg hingga 140kg untuk setiap 2 hari. Pada masa sekarang harga cili adalah sekitar RM5 hingga RM6.50 dan harga paling tinggi yang diperolehi setakat ini adalah RM10 untuk 1kg semasa minggu perayaan tahun baru cina yang lepas dan harga yang paling rendah diterima ialah RM4. Pada masa sekarang jumlah keseluruhan cili yang telah dijual lebih dari 2,000kg (2 tan). Selain itu akibat kekurangan masa kerana sibuk dengan tanaman lain dan kekurangan pekerja kerja-kerja membaja untuk cili tidak dapat dilakukan mengikut jadual, walaubagaimana cili tetap akan dijaga dan dijangka akan mengeluarkan hasil sehingga mac ini.
.
.
.

Saturday, January 31, 2009

Cili Update Feb 09

Sehingga kini hampir 1,000kg cili telah dikeluarkan, kami mensasarkan hasil akan mencapai sekurang-kurangnya 3,000kg. Dari segi harga pula kami mendapat harga jualan cili antara RM7.50 hingga RM10.00 untuk 1kg. Faktor hujan dan musim perayaan tahun baru cina menyebabkan harga cili melambung di pasaran.

Satu pengajaran yang penting yang kami perolehi daripada tanaman cili pada musim ini iaitu masalah pemasaran. Jika sebelum ini kami menanam sayur-sayuran setiap jenis dalam keluasan sehingga 2 hingga 5 ekar dan mengeluarkan hasil 1,000kg hingga 2,000kg sehari, tetapi untuk cili musim ini kami menanam hanya 1 ekar sebagai projek pembelajaran di mana masalahnya timbul apabila hasil yang dikeluarkan pada masa ini setiap hari antara 70kg sehingga 120kg. Dengan hasil sebanyak itu kami tidak boleh memasarkan cili ke pasar Borong Selayang atau Giant seperti biasa ini kerana kuantiti cili terlalu sedikit dan tidak memadai dengan kos pengangkutan. Sebagai alternatif kami memasarkan cili kepada peniaga² runcit, pasar malam dan juga ke pasar berhampiran...... masalahnya pula dengan kuantiti cili sebanyak itu mereka tidak mampu untuk membelinya setiap masa dan menghabiskannya setiap hari... (dalam erti kata lain market cili dah jam). Selain itu komitmen saya sepenuhnya di kebun juga menyukarkan saya untuk bergerak mencari pembeli-pembeli baru. Jadi dimasa akan datang, jika kami menanam cili kami akan menanam dalam keluasan sekukurangnya 3 ekar untuk memudahkan ia dipasarkan atau menambah lagi jaringan-jaringan pembeli di daerah ini.

Untuk projek akan datang pula, pada penghujung bulan feb kami akan mula menanam peria peringkat ke-2 seluas 2 ekar dimana kawasan tanaman tersebut sudah dibersihkan dan dalam proses penyedian tapak. Pada bulan mac pula kami bercadang akan menanam petola seluas 2 ekar dan terung panjang seluas 5 ekar....insyaallah.


Peria Update Feb 09

Tanaman peria sudah mula mencecah junjung, pertumbuhannya pula amat baik. Pada masa ini kami dalam proses untuk menambah bilangan jaringan pada junjung, ini kerana berdasarkan tanaman peria di "mini projek" buahnya terlalu banyak dan berat sehinggakan junjung tersebut melendut untuk menampung buah pada pokok peria tersebut. Pada masa ini juga kami dalam proses untuk memberi baja buah pada pokok peria tersebut. Tanaman peria ini dijangka akan mengeluarkan hasil pertamanya 2 atau 3 minggu dari sekarang. Pada masa ini harga ladang untuk peria adalah sekitar RM2.50 hingga RM3.50 untuk 1kg dan harga runcit pula sekitar RM4.50 hingga RM5.50. Harga yang agak tinggi mungkin disebabkan masih lagi dalam musim hujan dan kekurangan bekalan sayur disebabkan cuti perayaan tahun baru cina.




Mini Projek Update Feb 09

Tanaman peria dan bendi di 3 batas sebagai mini projek untuk melihat perbezaan antara penggunaan baja kimia dan bukan kimia telah mengeluarkan hasil mulai minggu lepas. kesimpulan yg kami dapat pokok tanaman tersebut sangat memerlukan baja bukan kimia (tahi ayam) sebagai medium untuk pertumbuhan mereka. Ini terbukti apabila pokok yang dibekalkan kuantiti tahi ayam yang banyak lebih subur dan menghasilkan buah yang lebih banyak berbanding yang lain. Daripada kajian tersebut kami akan mempraktikan penggunaan baja dan racun yang sama untuk tanaman peria yang sedang di tanam sekarang iaitu seluas 2 ekar.





Nangka Madu Update Feb 09

Pokok nangka semakin membesar untuk mengelakkan pokok dari tumbang ditiup angin kami telah memasang kayu pancang pada setiap pokok, dengan adanya kayu pancang tersebut diharapkan pokok nangka dapat membesar tanpa sebarang masalah. Pada peringkat ini, tanaman nangka madu tidak mempunyai masalah dan membesar dengan baik. Kawasan tanaman juga telah kami bersihkan dengan memotong rumput menggunakan traktor bertujuan untuk memastikan kawasan sentiasa bersih dan memudahkan kerja-kerja pemantauan.


Perasmian TKPM Lanchang

Pada 13 Jan kami telah menghadiri majlis perasmian TKPM Lanchang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. TKPM Lancang seluas 3,600 hektar itu ialah satu daripada tiga TKPM di dalam ECER dan satu daripada 45 di seluruh Malaysia. Kira-kira 400 hektar diperuntukkan bagi pekebun kecil individu, manakala bakinya ialah untuk sektor swasta dan syarikat peneraju bagi membolehkan pemodenan dan automasi dalam amalan pertanian. TKPM Lanchang bermatlamat membangunkan industri buah-buahan negara bagi mengurangkan import dan meningkatkan defisit imbangan dagangan negara bagi makanan. TKPM Lanchang juga dijangka meningkatkan pengeluaran, menjana nilai dan mewujudkan lebih ramai usahawan dan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan. Ia juga akan menampung permintaan yang kian meningkat dari penduduk Malaysia yang berkembang dan kesedaran kesihatan mereka yang meningkat. Buah-buahan yang ditanam di TKPM Lanchang termasuk betik, jambu batu, belimbing, pisang, nangka, mangga dan tembikai dikeluarkan mengikut standard antarabangsa.




Friday, January 2, 2009

Peria Update Jan 09

Semua tanaman peria telah dipindahkan sepenuhnya ..... pada masa sekarang usia tanaman sudah mencapai 2 minggu. Pertumbuhan peria setakat ini tiada masalah.... peria di tanam seluas 2 ekar dengan anggaran pokok hampir 2,000 pokok. kami menanam peria dengan 2 kadar jarak yang berbeza untuk tujuan perbezaan. Jarak yang pertama 2 hingga 3 kaki antara pokok dan jarak yang kedua 3 hingga 5 kaki. Peria merupakan tanaman yang mempunyai akar yang panjang, jika ia ditanam rapat akan mengakibatkan kesukaran kepada pertumbuhan akar. Pertumbuhan akar yang tidak baik akan mengakibatkan batang pokok menjadi kecil, kurang makanan seterusnya menghasilkan buah yang tidak dan banyak. Pertumbuhan akar yang sempurna dan panjang akan menghasilkan batang pokok yang besar seterusnya hasil yang banyak dan baik.

Ada juga pekebun lain yang datang mempertikaikan jarak tanaman peria kami. Di Japan petani disana mementingkan kualiti daripada kuantiti....ini kerana kualiti pokok yang baik secara langsung akan menghasilkan kuantiti hasil yang banyak dan berkualiti. Sebahagian petani di Malaysia mementingkan kuantiti... sebab itu ada setengah petani menanam secara konvensional.... satu lubang.. 2 pokok serta jarak yang rapat antara lubang² tersebut... ia akan menyebabkan kesukaran untuk pokok tersebut membesar kerana kekangan kepada pertumbuhan akar.. seterusnya kepada pertumbuhan pokok tersebut....... kualiti VS kuantiti ?

Pada masa sekarang harga ladang untuk peria RM2.50 hingga dan harga runcit RM4.00 hingga RM5.00 untuk 1kg. Diharapkan harga tersebut berkekalan sehingga bulan depan.






Cili Update Jan 09

Selamat tahun baru.....

Cili sudah mula mengeluarkan hasil.... saya telah menjual untuk kali pertama sebanyak 2 bakul (70kg) cili yang dijual adalah cili hijau. Mengikut pengalaman saya kalau hendak cili cepat merah, sebahagian cili yang awal harus dipetik semasa hijau dan cili yang tinggal akan menjadi cepat merah. Segi pertumbuhan pokok pula, variati cili yang di tanam ini merupakan jenis tidak berapa tinggi tetapi mempunyai dahan yang merimbun. Segi serangan penyakit pula kerja² meracun dilakukan setiap 2 hingga 3 hari, setakat hari ini hampir 20 jenis racun digunakan sebab itu nak jumpa white fly pon susah. Pada peringkat awal dahulu hampir 80% tanaman diserang dan hampir menjadi kerinting, tetapi atas tindakan pantas pokok tersebut tidak menjadi kerinting... pada masa sekarang daun pokok masih lurus cuma daun menjadi sedikit kekuningan. Walaupun daun kekuningan, bunga dan putik buah tidak gugur... alhamdulillah... masih boleh mengeluarkan hasil lagi tetapi sakit mata juga tengok daun kuning. seperti semua sudah maklum penyakit tersebut berpunca daripada kawasan tersebut dimana semua penanam cili mengalami masalah yang sama. Segi pengeluaran hasil pula kami sangat berpuas hati kerana hampir 90% pokok cili pada masa sekarang mengeluarkan hasil seperti yang diharapkan. Matlamat utama tanaman cili kali ini ialah untuk belajar dan mencari kaedah yang sesuai untuk tanaman tersebut rasanya hampir tercapai...dengan kaedah yang betul....fruit setting....dan kawasan tanaman yang tidak berisiko rasanya insyaallah... boleh mencapai hasil yang memuaskan. Jika semuanya berjalan dengan lancar kami bercadang untuk membuka satu kawasan yang baru seluas 5 ekar khas untuk projek tanaman cili sahaja pada suku pertama tahun ini.






Related Link :

Cili Update Feb 09
Cili Update Jan 09
Cili Update Dis 08
Cili Update 1
Cili & Labu Sept 08
Tanaman Cili Musim Sept 08
Projek Tanaman Cili 2007

Mini Projek

Kami cuba membuat sedikit perbandingan antara penggunaan baja kimia dan baja bukan kimia untuk tanaman bendi dan peria secara konvensional. Secara berbandingan untuk tanaman secara konvensional memang tidak boleh lari daripada mengunakan baja bukan kimia (tahi ayam) untuk pertumbuhan tanaman. Belbagai cerita yang kita dengar bahawa tahi ayam adalah pembawa kepada penyakit² tanaman tetapi hendak atau tidak ia terpaksa digunakan juga untuk tanaman sayur-sayuran secara konvensional. Mengikut perbandingan pada tanaman peria yang menggunakan baja kimia.... batangnya halus...daun kekuningan serta pertumbuhannya sedikit perlahan berbanding menggunakan tahi ayam. Peria yang menggunakan tahi ayam sepenuhnya pula, batangnya lebih besar, daunnya lebih lebar dan hijau serta sudah mula mengeluarkan putik. kesimpulannya untuk tanaman secara konvensional tahi ayam adalah baja asas yang diperlukan untuk tanaman dan baja kimia pula merupakan baja pelengkap di mana ia menambah unsur² yang tiada pada tahi ayam. Mungkin ini adalah jawapan kenapa pekebun² cina lebih suka menanam sayur-sayuran secara konvensional dan menggunakan tahi ayam sebagai medium utama mereka.



Sunday, December 14, 2008

Cili Update Dis 08

Tanaman cili berjalan dengan lancar setakat ini, pada masa ini terdapat juga pokok cili yang terkena serangan kerinting tetapi boleh dikatakan masih terkawal lagi. Manakala pokok cili yang telah terkena jangkitan pula rawatan pemulihan dilakukan tetapi seperti yang diketahui umum bahawa pokok yang terkena jangkitan adalah sukar dirawat dan dipulihkan. Matlamat kami sekarang untuk memastikan tiada lagi pokok baru akan terkena jangkitan penyakit tersebut. Cili sudah mula berbuah ada sesetangah darinya telah menghasilkan buah baik dan cantik. Manakala ada sesetengahnya pokok baru berputik ini kerana setengah pokok lambat berbuah kerana disebabkan ia merupakan pokok kumpulan yang disulam menggantikan pokok asal yang mati atau terkena penyakit. Cili dijangkakan akan mengeluarkan hasilnya pada penghujung bulan ini atau awal bulan hadapan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih atas pendapat, cadangan serta komen dari pembaca sekalian. Terima kasih atas respon ada semua. Berikut adalah gambar cili setelah 52 hari dipindahkan.
.
.



.

Friday, December 12, 2008

Tanaman Peria

Jenis Tanaman : Peria
Keluasan : 2 Ekar
Bilangan Pokok : 2,000 hingga 2,500
-------------------------------------------------------------------------------------------------
.
Kerja-kerja penyedian tapak sudah siap dilakukan cuma tinggal proses pemasangan sistem penyiraman sahaja lagi yang tidak dilakukan. Sebenarnya untuk tanaman peria ini ia terlewat 1 bulan lebih ini kerana masalah pekerja, sebelum ini saya dijanjikan akan menerima pekerja indonesia yang baru tetapi hingga kini pekerja tersebut masih lagi belum muncul. Akhirnya pada 2 minggu yang lepas saya mendapat 2 orang pekerja orang asli yang sedia bekerja dengan saya. Dengan adanya tambahan pekerja, kerja-kerja penyediaan tapak dapat dilakukan dengan lancar dan jika saya berjaya mendapatkan pekerja lagi projek tanaman labu pula akan dimulakan kelak. mengenai tanaman peria pula, anak benih peria telah disemai pada awal minggu ini dan akan dipindahkan pada minggu depan atau bergantung pada pertumbuhannya. Saya mengambil keputusan untuk menyemai di dalam tray dan tidak menanam terus ke batas kerana, bilangan pokok peria tidaklah begitu banyak ini kerana peria memerlukan jarak antara 3 hingga 6 kaki pada setiap batas. Dengan menyemai di tray ini akan memudahkan kerja penjagaan seperi menyiram dan meracun dapat dilakukan dengan cepat dan mudah serta menjimatkan masa. Jika semuanya berjalan dengan lancar peria akan mengeluarkan hasil pada penghujung bulan Jan 09 kelak. Berikut adalah gambar tapak tanaman peria yang telah tersedia untuk penanaman.




Baikpulih Traktor

Pada bulan yang lepas sebuah traktor kami mengalami kerosakan yang teruk di mana enjin gagal berfungsi (jam) semasa melakukan kerja-kerja kontrak mengangkut sawit di sebuah ladang di Gambang, Pahang. Kejadian berlaku semasa dalam perjalanan untuk mengisi minyak di jalan Kuantan ke Johor berhampiran dengan Paloh Hinai. Traktor tersebut tersekat ditengah-tengah lalu lintas dan gagal untuk bergerak dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Dengan bantuan sebuah JCB akhirnya traktor tersebut ditolak ke tepi jalan. Traktor tersebut di bawa balik ke Chenor dan dibaikpulih oleh adik saya di mana enjin terpaksa di buka untuk menggantikan peralatan yang rosak.





Selain itu kerja-kerja menuai padi yang kami jalankan di Bera juga sudah berakhir. Semua tanaman padi tersebut berjaya dituai ini kerana sebelum ini kami bimbangkan jika berlaku banjir maka padi tersebut tidak dapat dituai serta dimusnahkan begitu sahaja. Jentuai padi telah dibawa pulang seterus kerja-kerja pembersihan dilakukan untuk memastikan jentuai padi sentiasa berkeadaan baik dan bersedia untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja.


Friday, November 14, 2008

Cili Update Nov 08

Bulan November adalah bulan yang sibuk... ini kerana banyak kerja² luar yang dilakukan pada bulan ini antaranya membuat kerja² menuai padi seluas 140 ekar di Bera, Pahang. Kerana terlalu sibuk projek tanaman labu dan peria terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Mengenai status tanaman ini pula cili telah di tanam pada 20 hari yang lepas. Pada peringkat awal banyak anak pokok cili yang baru ditanam di musnahkan oleh kumbang dan pada masa sekarang ada juga pokok² yg mempunyai tanda² jangkitan penyakit kerinting. Kami berharap tanaman cili kami membuahkan hasil memandangkan serangan² penyakit di kawasan bagaikan satu wabak yang sudah tidak dapat dikawal lagi di mana 2 atau 3 pekebun lain menemui kegagalan kerana tanaman cili mereka diserang penyakit kerinting. Begitu juga dengan nasib pekebun cina yang berhampiran yang mana menanam tanaman cili seluas 5 ekar habis semua tanaman cilinya yg dianggarkan sebanyak 15,000 pokok diserang penyakit kerinting dan bakal dicabut dan dimusnahkan semuanya dlm masa terdekat ini dan digantikan dengan tanaman lain. Mengenai tanaman yang lain pula selewat²nya awal bulan disember selepas kerja² menuai padi tamat kami akan memulakan tanaman labu seluas 5 ekar dan tanaman peria seluas 2 hingga 2.5 ekar. Selain itu pada bulan ini kami telah membina sebuah rumah semaian untuk memudahkan kerja menyemai anak pokok dapat dilakukan dengan lebih teratur dan memaksimakan pertumbuhan anak pokok tersebut.





Gambar pokok cili selepas 16 hari ditanam


Rumah semaian yang baru dibina


Nangka Madu Update Nov 08

Sebanyak 380 pokok nangka madu di tanam di kawasan seluas 5 ekar. Tanaman nangka madu ini dari jenis Mastura. Pada peringkat awal banyak juga pokok yang mati akibat di musnahkan oleh haiwan yang mencerobohi kawasan tanaman. Pokok nangka yang musnah kini di tanam semula, pada masa sekarang umur pokok nangka madu tersebut sudah mencapai tempoh 6 bulan di tanam dan pertumbuhan sehingga paras kepala. Pada musim hujan sekarang banyak membantu pertumbuhan tumbesaran pokok. Kami juga merancang untuk menanam cili di antara baris² nangka tersebut, dimana di setiap baris boleh memuatkan 3 hingga 4 batas cili. Sebelum projek ini dilaksanakan kami memerlukan menyiapkan sistem penyiraman terlebih dahulu.






Related Link :
Nangka Madu Update Feb 09
Nangka Madu Update Nov 08
Tanaman Nangka Madu
Tapak Baru - Tanaman Nangka Madu

Monday, October 6, 2008

Cili Update 1

Jika diikutkan jadual, mulai hari ini kerja-kerja memindahkan anak pokok cili ke batas akan dilakukan tetapi ia terpaksa ditangguhkan 2 minggu lagi ini kerana disebabkan anak pokok cili yang disemai pada bulan lepas menghadapi masalah dan digantikan dengan benih yang baru. Memandangkan pada peringkat awal benih cili tersebut sudah menghadapi masalah kami tidak mahu menanggung risiko jadi anak benih tersebut di hapuskan dan digantikan dengan variati yang lain. Sebenarnya benih yang bermasalah itu adalah benih yang dihasilkan sendiri oleh pekebun cina, kalau diikutkan benih tersebut sangat baik dan tahan penyakit dimana mereka telah menghasilkan puluhan tan metrik cili untuk semusim tanaman. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami pada masa ini ataupun benih tersebut memang bermasalah walaupun dijaga dengan baik sekali. Pada masa ini kami sedang melakukan kerja-kerja akhir iaitu memastikan sistem titisan untuk penyiraman berjalan dengan baik. Setelah silver shine ditebuk dan kira jumlah keseluruhan pokok cili yang boleh dimuatkan ialah 4000 pokok. Berikut adalah gambar terkini dan kerja-kerja menyiapkan sistem titisan sedang dilakukan.


.

Kami juga ingin berkongsi cerita mengenai tanaman cili, berhampiran dengan tapak kami terdapat seorang pekebun cina yang mana sekarang juga sedang mengusahakan tanaman cili seluas 5 ekar dengan anggaran pokok sebanyak 15,000 pokok. Walaupun baru 2 tahun menceburkan diri dalam bidang pertanian mr. gan sudah ada 3 buah kebun. Ini kali ke 2 beliau menanam cili di sini, pada musim yang lalu beliau telah berjaya menghasilkan sebanyak 25,000 kg cili. Untuk belajar cara menanam cili dengan beliau adalah sukar kerana cina ni kedekut ilmu. Kini kami menjadikan beliau sebagai sebagai motivasi kami untuk bersaing dan menghasilkan cili setanding beliau. Berikut adalah gambar cili yang ditanam oleh mr. gan.



Related Link :

Cili Update Feb 09
Cili Update Jan 09
Cili Update Dis 08
Cili Update 1
Cili & Labu Sept 08
Tanaman Cili Musim Sept 08
Projek Tanaman Cili 2007

Thursday, September 18, 2008

Boom Sprayer

Boom sprayer ini dibeli pada 3 tahun yang lepas dan tidak pernah digunakan, boom sprayer ini kami beli dengan harga yang murah daripada sebuah syarikat daripada Australia. Kami telah membeli 2 unit boom sprayer tersebut. Sebenarnya boom sprayer ini masih baru dan tidak pernah digunakan langsung tetapi dibiarkan terbiar oleh syarikat tersebut, terdapat kerosakkan pada motor boom sprayer tersebut dan setelah dibaiki dan diubahsuai oleh kami boom sprayer ini berjaya digunakan untuk pertama kalinya. Berikut adalah video kerja-kerja meracun yang dilakukan oleh boom sprayer, rakaman tidak berapa jelas dan cantik kerana dirakam menggunakan telefon bimbit sahaja dan video tersebut dirakam semasa sedang memandu traktor. Dengan adanya boom sprayer ini dijangka kerja-kerja meracun dapat dilakukan dengan lebih pantas daripada biasa, ini kerana kadar semburannya 2 kali ganda lebih jauh daripada power sprayer biasa.


Monday, September 15, 2008

Cili & Labu Sept 08

Jenis Tanaman : Labu
Keluasan Tanah : 5 Ekar
Sasaran Hasil: 25,000KG (25 Tan)
.
Pada masa ini kerja-kerja menyemai anak cili sedang dilakukan serta kerja-kerja di tapak penanaman. Pada bulan ramadhan ini kerja-kerja dilakukan agak perlahan sedikit berbanding hari biasa. Anak cili dijangka akan dipindahkan ke batas selepas hari raya nanti. Untuk projek tanaman labu pula tahi ayam yang akan digunakan sudah sampai, sebanyak 900 beg tahi ayam bersamaan 18 tan dibeli untuk kegunaan tanaman labu. Kerja-kerja penyediaan tapak untuk labu seperti menebas rumput, rotor dan membuat batas akan dilakukan menggunakan traktor sebelum hari raya nanti. Pada bulan puasa ini banyak masa dihabiskan untuk membuat kajian tentang baja dan racun yang akan digunakan untuk tanaman cili dan labu ini termasuklah merujuk buku-buku semasa belajar di Japan dahulu.


Jadual Perlaksanaan Labu Musim Sept08


Anak Cili Di Tapak Semaian



Timbunan Tahi Ayam Seberat 18 Tan Metrik



Buku Rujukan

Tuesday, September 2, 2008

Tanaman Cili Musim Sept 08

Jenis Tanaman : Cili Hybrid
Keluasan Tanah : 1 Ekar
Anggaran Jumlah Pokok : 3,000 Pokok

Bermula bulan ini kami akan menanam cili berkeluasan 1 ekar dengan anggaran sebanyak 3 ribu pokok. Buat masa ini kami menanam seluas satu ekar sebagai proses pembelajaran, di mana dahulu kami telah menanam seluas 5 ekar dari situ banyak pengalaman dan kelemahan dari segi serangan penyakit yang perlu di atasi. Sebelum ini juga saya pernah menanam cili menggunakan teknik fertigasi, banyak perbezaan antara menanam cili menggunakan fertigasi dan menanam di atas tanah. Faktor kekurangan pekerja juga membataskan kami untuk menjayakan tanaman cili yang lebih luas lagi pada masa ini. Berikut adalah jadual perlaksanaan untuk tanaman cili dan gambar lokasi projek tanaman cili di mana sedikit rumput telah tumbuh. Rumput tersebut akan diracun sebelum anak cili dipindahkan kelak.


Monday, August 25, 2008

Timun & Labu Jun 08 - Update 3

Hampir 2 bulan blog ini tidak dikemaskini.... terlalu sibuk dengan kerja harian membataskan masa untuk mengemaskini blog ini. Status semasa projek timun telah mengeluarkan hasil pada minggu ini dengan purata hasil 600kg hingga 1000kg sehari. Semua hasil dipasarkan ke pasaraya Giant, Untuk makluman semua hanya timun sahaja yang sempat di tanam seluas 3.5 ekar manakala untuk tanaman labu dan bendi pula tergendala buat masa ini. Ini kerana disebabkan masalah pekerja. Seramai 4 orang pekerja indonesia berhenti kerja dan pulang ke Indonesia. Hanya tinggal 3 orang tenaga kerja termasuk saya.. ini membataskan kerja² serta perancangan untuk musim ini. Untuk mendapatkan pekerja baru juga satu masalah... baru² ini 2 orang pekerja orang asli di ambil bekerja... tetapi hanya sempat bekerja 5 hari sahaja. Orang asli pon tak sanggup bekerja sebagai petani..........

Musim tanaman ini boleh dianggap mencabar selain masalah pekerja, pokok timun yang di tanam pada musim ini juga bermasalah. Masalah ini berpunca dari biji benih timun tersebut... di peringkat awal lagi banyak pokok timun mati...selain itu pertumbuhan juga terbantut... dijangka jumlah hasil untuk musim ini mungkin berkurangan. Berikut sedikit koleksi gambar projek tanaman timun:-