Saturday, April 22, 2006

Pendahuluan

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sektor pertanian akan dipergiat semula untuk menjadi jentera pertumbuhan ketiga. Penekanan akan diberikan kepada Pertanian Baru yang melibatkan pertanian komersil berskala besar, penggunaan teknologi moden yang meluas, pengeluaran yang berkualiti dan mempunyi nilai tambah yang tinggi, memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi, penggabungan dengan teknologi maklumat dan komunikasi dan penglibatan usahawan tani dan tenaga mahir.

Agroville adalah sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kami dalam bidang pertanian serta kejuteran jentera pertanian, memberanikan diri menyahut seruan kerajaan bersama membangunkan sektor pertanian dan mensasarkan akan penjadi pemain penting dalam sektor ini di Negeri Pahang khususnya suatu hari nanti.

Kami tenaga muda yang berbesar hati menyemai cita-cita memajukan sektor ini dan ia akan tumbuh subur disirami dan dibajai dengan semangat dan kekuatan untuk maju, agar membuahkan hasil suatu hari nanti. Dituai sebagai tanda kejayaan abadi……….. Insyallah.

9 comments:

modern farmer said...

kugum dan amat tertarik dengan ladang agroville. Tahniah kerana mampu mengusahakan ladang sebesar itu. Susah nak cari org melayu yang boleh buat macam agroville. Semoga terus berjaya. Saya nak melawat ladang agroville boleh tak? Jika boleh tolong tel saya di 012-3752175 / strawberrynenas@yahoo.com

Taufiku San said...

Saya sebenarnya segan nak kasi org melawat...bukan besar sangat pon kebun.... lagi pon saya nih baru jer belajar² buat kebun.

Anonymous said...

Tahniah saudara....saya sula melihat orang melayu berjaya....Alhamdulilah

Taufiku San said...

terima kasih saudara...atas sokongan saudara.....

mhi said...

Syabas, saya berminat nak dapatkan khidmat nasihat dari Taufiku San tentang projek pertanian moden anda di NS. Bebila saya balik Chenor, bolehlah saya ke Bunian utk jumpa ngan saudara. Saya minat dengan pertanian moden ni tapi sukar untuk mencari seorang mentor dalam bidang ini, tapi kini saya dah jumpa.

nora2810 said...

Tahniah kerana menceburi bidang pertanian. Saya sungguh kagum dengan hasil yang begitu menarik dan cara sistem tanaman yang sungguh bersistematik. Syabas. Ini baru dinamakan anak tani moden.

Berbakti kepada tanah sesungguhnya mendatangkan hasil. Keep it up your good work, ok. Good Luck.

Taufiku San said...

to; MHI

kalau balik chenor, silakan singgah..insyaallah boleh bertukar² pendapat... nak dijadikan mentor tu rasanya saya belum layak lagi....

Taufiku San said...

to : NOra2810

terima kasih saudari.

projek saya belum mencapai tahap yg boleh dibanggakan lagi.... banyak lagi yang perlu saya perbaiki dan ditambah untuk menjadikannya lebih bersistematik dan moden sepenuhnya

Mawar Merah said...

Wah Taufik. Tahniah le ada ladang sebagus ni. Ini la org kata, "Berbudi pada tanah". Maka, tanah pun berbudi blik pd kita. teruskan usaha murni anda..

Related Posts with Thumbnails