Saturday, April 22, 2006

Projek Fertigasi

Jenis Tanaman : Rock Melon, Timun, Cili, Tomato dan lain² lagi

Koleksi gambar projek ini semasa Kursus Inkubator Usahawan Tani setahun belajar fertigasi di Pusat Kecemerlangan Serdang (CoE), Jabatan Pertanian Malaysia di Selangor. Banyak perkara yang diperlajari di situ termasuklah penggunaan Smart Valve Autoport, penggunaan hormon, sistem pembajaan, kawalan penyakit dan lain² lagi. Semua hasil tanaman dipasarkan ke Tesco, One Utama, Carrefour, Pasar Borong Selangor dan jualan secara terus ke Pasar Tani sekitar Serdang dan Putrajaya.

Antara pengalaman dalam bidang Fertigasi ialah bila memasang dan menyiapkan sistem Teknik Smart Valve Autoport untuk Tun Dr. Mahathir Mohammad di kediaman beliau di Putrajaya. Selain itu memasang, menyiapkan dan menanam menggunakan sistem Teknik Smart Valve Autoport di atas bangunan IRIS Corporation Berhad di Technology Park dan projek tersebut di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bergambar bersama Tun Mahathir semasa memasang dan menyiapkan sistem fertigasi (autoport) di kediaman beliau.
.
.

4 comments:

Anonymous said...

SALAM....nk tnya skit?..duk tengok2 gmbar dlm ni..ada satu gmbar tu cam pam air dosantron?? btol ke pakai pam air tu? sory klu silap

Taufiku San said...

maaf saya terlambat reply.. tak perasan sebenarnya ada comment.... memang betul apa yg saudara nampak itu dosatron pump. saya menggunakan dosatron pump dan diaphragm pump untuk mengimbangi kapasiti air dan baja... dan memastikan pokok mendapat cecair yg sepatutnya. jika tanaman saudara tidak mempunyai masalah tersebut tidak perlu menggunakan pump tersebut.

Anonymous said...

apakah kegunaan diaphragm pump dan dosatron pump dlm kebun saudara

Asian Academy for Agricultural Technology said...

Jualan CoCo peat:
Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
gudang dekat port klang.
urusan hantar boleh di buat.
Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
chandra (mobile) 0123795729

Related Posts with Thumbnails