Monday, November 28, 2011

Tanaman Cili & Nangka Madu

Harga cili melambung sehingga RM15 untuk 1kg... untunglah sesiapa yang ada mengeluarkan cili pada masa sekarang, mengikut perancangan kami sepatutnya menanam cili sekitar bulan ogos dahulu dan hasilnya boleh dipasarkan bermula okt yang lalu. Malangnya kerana terlalu sibuk menjayakan tanaman sayur dan nangka madu dikawasan yang baru di Kg. Serengkam seluas 20 ekar menyebabkan kami tidak cukup masa dan pekerja untuk menanam cili seperti yang dirancangkan.

Bermula pada bulan ini kami kami melakukan kerja² penyediaan tapak untuk tanaman cili di tapak tanaman nangka madu di Kg. Paya Bedong, kawasan tanaman nangka madu adalah seluas 5 ekar, sebelum ini kami pernah juga menanam cili di kawasan ini, dimana 2 batas dibina antara baris² pokok nangka madu. Memandangkan pokok nangka madu makin membesar hanya 1 batas sahaja dapat dibina antara baris² tersebut. Mengikut anggaran hampir 2 ekar sahaja pokok cili yang boleh ditanamam dikawasan tersebut. Cili dijangka akan mengeluarkan hasil pada penghujung feb atau awal mac tahun hadapan.




2 comments:

matt said...

a'kum nak tanya skit pasal paiping yg sesuai untuk tanaman cili boleh

Qaiza e-Collections said...

saya adalah pembekal chitosan,oligo & plant bag yang amat sesuai dalam pertanian (fertigasi/konvensional)

Related Posts with Thumbnails