Monday, November 28, 2011

Terung Bulat Update Nov 2011

Terung bulat yang ditanam hampir seluas 4 ekar dan hasil telah pasarkan semenjak ogos 2011 yang lalu dan sehingga kini terung bulat masih lagi mengeluarkan hasil. Sudah 3 bulan lebih terung mengeluarkan hasil dan pada masa sekarang merupakan penghujung musim untuk tanaman terung tersebut, walaubagaimana pun kami menjangkakan terung bulat akan mengeluarkan hasil sehingga penghujung tahun ini.

Pada peringkat awal tanaman terung ini mampu mengeluarkan hasil sekitar 1,000kg hingga 1,240kg setiap hari tetapi pada masa sekarang hampir 40% pokok terung mati akibat 2 kali tumbang dilanda ribut pada sept dan okt yang lalu selain itu banyak juga pokok mati akibat penyakit. Akibat daripada masalah tersebut pada masa ini hasil telah berkurangan sekitar 50% daripada biasa. Bila tanaman terung ini berakhir penghujung tahun ini, tanaman terung bulat seluas 10 ekar yang kami tanam di tapak TKPM Kg. Serengkam pula akan mengeluarkan hasil sekitar 3,000kg hingga 3,500kg setiap hari.... INSYAALLAH.




1 comment:

Anonymous said...

Hi, salam. Nk tnya.. Masa semai benih terung bulat ada masalah x? Mcm sy dh bbrp kali tanam, terung bulat susah betul nk bercambah. Mungkin en. blh share cara en. Semai benih terung bulat? Terima kasih ��

Related Posts with Thumbnails