Friday, January 2, 2009

Cili Update Jan 09

Selamat tahun baru.....

Cili sudah mula mengeluarkan hasil.... saya telah menjual untuk kali pertama sebanyak 2 bakul (70kg) cili yang dijual adalah cili hijau. Mengikut pengalaman saya kalau hendak cili cepat merah, sebahagian cili yang awal harus dipetik semasa hijau dan cili yang tinggal akan menjadi cepat merah. Segi pertumbuhan pokok pula, variati cili yang di tanam ini merupakan jenis tidak berapa tinggi tetapi mempunyai dahan yang merimbun. Segi serangan penyakit pula kerja² meracun dilakukan setiap 2 hingga 3 hari, setakat hari ini hampir 20 jenis racun digunakan sebab itu nak jumpa white fly pon susah. Pada peringkat awal dahulu hampir 80% tanaman diserang dan hampir menjadi kerinting, tetapi atas tindakan pantas pokok tersebut tidak menjadi kerinting... pada masa sekarang daun pokok masih lurus cuma daun menjadi sedikit kekuningan. Walaupun daun kekuningan, bunga dan putik buah tidak gugur... alhamdulillah... masih boleh mengeluarkan hasil lagi tetapi sakit mata juga tengok daun kuning. seperti semua sudah maklum penyakit tersebut berpunca daripada kawasan tersebut dimana semua penanam cili mengalami masalah yang sama. Segi pengeluaran hasil pula kami sangat berpuas hati kerana hampir 90% pokok cili pada masa sekarang mengeluarkan hasil seperti yang diharapkan. Matlamat utama tanaman cili kali ini ialah untuk belajar dan mencari kaedah yang sesuai untuk tanaman tersebut rasanya hampir tercapai...dengan kaedah yang betul....fruit setting....dan kawasan tanaman yang tidak berisiko rasanya insyaallah... boleh mencapai hasil yang memuaskan. Jika semuanya berjalan dengan lancar kami bercadang untuk membuka satu kawasan yang baru seluas 5 ekar khas untuk projek tanaman cili sahaja pada suku pertama tahun ini.






Related Link :

Cili Update Feb 09
Cili Update Jan 09
Cili Update Dis 08
Cili Update 1
Cili & Labu Sept 08
Tanaman Cili Musim Sept 08
Projek Tanaman Cili 2007

1 comment:

Anonymous said...

cukup menarik projek nie, saudara Taufik.
Saya terbaca tadi tentang daun pokok cili menguning sejurus sebelum berbuah.
Saya juga pernah mengalami masalah ini dengan tanaman percubaan saya. Ini telah dapat diatasi dengan baik dengan menggunakan chelated trace elements, dan daun telah menghijau semula dalam masa 2 hari.
Walabagaimanapun, mungkin saudara patut buat analisis tanah atau kajian sendiri terlebih dahulu.
Setelah mentelaah beberapa buku, saya percaya trace elements tersebut berkesan kerana pokok cili kekurangana zat-zat tertentu bagi mengimbangi proses penghasilan makanan semasa proses reproduction. Ini bermakna walaupun NPK mencukupi, tetapi tidak dapat ditukar 100% kepada enzim2 yang diperlukan.

Related Posts with Thumbnails