Saturday, January 31, 2009

Cili Update Feb 09

Sehingga kini hampir 1,000kg cili telah dikeluarkan, kami mensasarkan hasil akan mencapai sekurang-kurangnya 3,000kg. Dari segi harga pula kami mendapat harga jualan cili antara RM7.50 hingga RM10.00 untuk 1kg. Faktor hujan dan musim perayaan tahun baru cina menyebabkan harga cili melambung di pasaran.

Satu pengajaran yang penting yang kami perolehi daripada tanaman cili pada musim ini iaitu masalah pemasaran. Jika sebelum ini kami menanam sayur-sayuran setiap jenis dalam keluasan sehingga 2 hingga 5 ekar dan mengeluarkan hasil 1,000kg hingga 2,000kg sehari, tetapi untuk cili musim ini kami menanam hanya 1 ekar sebagai projek pembelajaran di mana masalahnya timbul apabila hasil yang dikeluarkan pada masa ini setiap hari antara 70kg sehingga 120kg. Dengan hasil sebanyak itu kami tidak boleh memasarkan cili ke pasar Borong Selayang atau Giant seperti biasa ini kerana kuantiti cili terlalu sedikit dan tidak memadai dengan kos pengangkutan. Sebagai alternatif kami memasarkan cili kepada peniaga² runcit, pasar malam dan juga ke pasar berhampiran...... masalahnya pula dengan kuantiti cili sebanyak itu mereka tidak mampu untuk membelinya setiap masa dan menghabiskannya setiap hari... (dalam erti kata lain market cili dah jam). Selain itu komitmen saya sepenuhnya di kebun juga menyukarkan saya untuk bergerak mencari pembeli-pembeli baru. Jadi dimasa akan datang, jika kami menanam cili kami akan menanam dalam keluasan sekukurangnya 3 ekar untuk memudahkan ia dipasarkan atau menambah lagi jaringan-jaringan pembeli di daerah ini.

Untuk projek akan datang pula, pada penghujung bulan feb kami akan mula menanam peria peringkat ke-2 seluas 2 ekar dimana kawasan tanaman tersebut sudah dibersihkan dan dalam proses penyedian tapak. Pada bulan mac pula kami bercadang akan menanam petola seluas 2 ekar dan terung panjang seluas 5 ekar....insyaallah.


6 comments:

Anonymous said...

1 ekar berapa btg pokok?ni tanam bukan fertigasi kan?

Taufiku San said...

ini konvensional...old school nyer stail...hehhe

1 ekar 4,000 hingga 5,000 pokok bleh tanam

Anonymous said...

Salam, Saya begitu berminat dalam pertanian, bangga anak melayu seperti saudara dapat membuktikan bahawa kita sebenarnya memang boleh, disini saya ingin bertanya, adakah saudara membuat analisis terhadap tanah( soil test) terlebih dahulu? terima kasih....

Taufiku San said...

terima kasih saudara.... saya tidak membuat soil test secara formal...cuma menilai struktur tanah secara mata kasar sahaja.......

Anonymous said...

alhamdulillah..blog ni akan jadi satu tempat aku mencari ilmu. klu ada apa2 nak rujuk or nak lawat kebun korang boleh ke? btw aku baru nak start dlm bidang pertanian.- amir

Unknown said...

Bro...saya ada tanah 2 ekar di Kuala Penyu Sabah dan saya tgh buat research sekarang ni...boleh bro ajar saya tntang penanaman cili ni...01131969868(Nazri)

Related Posts with Thumbnails