Friday, November 14, 2008

Cili Update Nov 08

Bulan November adalah bulan yang sibuk... ini kerana banyak kerja² luar yang dilakukan pada bulan ini antaranya membuat kerja² menuai padi seluas 140 ekar di Bera, Pahang. Kerana terlalu sibuk projek tanaman labu dan peria terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Mengenai status tanaman ini pula cili telah di tanam pada 20 hari yang lepas. Pada peringkat awal banyak anak pokok cili yang baru ditanam di musnahkan oleh kumbang dan pada masa sekarang ada juga pokok² yg mempunyai tanda² jangkitan penyakit kerinting. Kami berharap tanaman cili kami membuahkan hasil memandangkan serangan² penyakit di kawasan bagaikan satu wabak yang sudah tidak dapat dikawal lagi di mana 2 atau 3 pekebun lain menemui kegagalan kerana tanaman cili mereka diserang penyakit kerinting. Begitu juga dengan nasib pekebun cina yang berhampiran yang mana menanam tanaman cili seluas 5 ekar habis semua tanaman cilinya yg dianggarkan sebanyak 15,000 pokok diserang penyakit kerinting dan bakal dicabut dan dimusnahkan semuanya dlm masa terdekat ini dan digantikan dengan tanaman lain. Mengenai tanaman yang lain pula selewat²nya awal bulan disember selepas kerja² menuai padi tamat kami akan memulakan tanaman labu seluas 5 ekar dan tanaman peria seluas 2 hingga 2.5 ekar. Selain itu pada bulan ini kami telah membina sebuah rumah semaian untuk memudahkan kerja menyemai anak pokok dapat dilakukan dengan lebih teratur dan memaksimakan pertumbuhan anak pokok tersebut.





Gambar pokok cili selepas 16 hari ditanam


Rumah semaian yang baru dibina


4 comments:

adamagro said...

Salam,
Alhamdulillah semakin besar komuniti pengusaha melayu dlm bidang pertanian. Mengenai masalah saudara penyakit keriting ini skrg telah dpt di atasi dan terkawal. Saya sekrg mengunakan hanya 1 racun shj utk mengawal aphides, thrips, white fly dll serangga yg boleh menyebabkan keriting. Ia adalah 100% herba dan di bangunkan oleh para penyelidik di dlm makmal berbelas thn lamanya. Tidak perlu di campurkan dgn racun kimia yg lain. Sekali semburan dpt berthn selama 2 minggu. Tidak perlu lagi cabut dan musnahkan pokok.Bertindak secara sistemik dan sentuhan. Selamat di guna dan pd pengguna.
It back to basic sbgaimana org jepun lakukan skrg dlm membangunkan industrinya. Jika ada para sahabat ingin keterangan lanjut atau masalah mengenai tanaman cili, boleh e-mail ke adamagro@yahoo.com atau hubungi 017-9397020. Insya Allah, saya akan membantu selagi mampu. Bersama kita membangunkan ummah.

adamagro said...

Salam,
Disini saya senaraikan antara serangga yg akan mati jika terkena @ mkn racun tersebut:- fruit fly, white fly, cabbage worm, leaf miner, spider mites, thrips, aphides, leaf hopper dan byk lg. Di atas adalah serangga yg plg di takuti oleh penanam cili dan sayur. Ini adalah dr pengalaman dan pemantauan saya sendiri. Slmt mencuba.

Taufiku San said...

Terima kasih atas perkongsian maklumat oleh saudara. maklumat ini sangat berguna kepada saya dan pembaca-pembaca yang lain.

BobFairus. I love to share my activity to everybody. said...

Salam...
Saya nak berkongsi di sini...
Saya pun membuat tanaman cili secara fertigasi.
Pada peringkat permulaan saya juga mengalami masalah pokok cili kerinting. Setelah membuat kajian saya telah menghasilkan satu formula yang saya namakan Formula C.
Dengan menggunakan formula C, sembur pada daun pokok dan pokok akan mula pulih dalam tempoh 14 hari.
Boleh lawat blog saya untuk keterangan lanjut.
http://cilipadif1.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails