Bilangan Pokok : 35,000 hingga 40,000
Kami merancang akan memulakan tanaman cili sebanyak 35,000 hingga 40,000 pokok bermula pada bulan ini dan september depan. Pada masa sekarang sebahagian benih cili telah disemai dan sudah mula bercambah. Variati cili yang ditanam ini adalah jenis yang sama yang ditanam pada masa sekarang iaitu dari jenis kulai. Gambar di bawah adalah semaian cili tersebut.
Jenis Tanaman : Terung Mini
Keluasan Tanaman : 5 Ekar
Bilangan Pokok : 10,000 pokok
Kami sedang menjayakan tanaman terung mini seluas 5 ekar yang di tanam di tapak tanaman nangka madu dan menjadikan keluasan tanaman terung mini kami ialah 7 ekar kesemuanya. Sehingga semalam 3 ekar kawasan telah selamat di tanam dengan terung mini dan dijangkakan pada hari ini atau esok selesailah kesemua 5 ekar kawasan ditanam dengan tanaman terung mini. Untuk tanaman terung mini ini semua persediaan telah dilakukan dengan lancar pada bulan lepas dimana batas, silver shine, sistem siraman dan pam air boleh digunakan sepenuhnya. Gambar di bawah adalah sebahagian anak pokok terung yang belum dipindahkan dan gambar lokasi tanaman akan menyusul di post akan datang.
Peria : Mati hidup kembali
Seperti semua sedia maklum bahawa tanaman peria kami telah berakhir pada bulan yang lepas, entah dimana silapnya atau pun luar biasa atau tidak. Pokok peria tersebut tumbuh kembali, ia mengeluarkan tunas yang baru, daun yang baru seterusnya mengeluarkan bunga dan buah. Kami tidak mengharapkan apa² dari pokok peria ini, tetapi jika ia mengeluarkan buah yang banyak.. kami petik jer.
Accident Lah Pulak
Bulan lepas dalam hujan yang lebat dan jalanraya yang penuh dengan lopak air.... boleh terbabaslah pulak.. nasib baik tak cedera.. tak langgar kereta orang.... Apa dikesalkan bila kereta masuk workshop seminggu....banyak kerja² kat kebun terganggu.
Aktiviti sepanjang Ogos 2010
Pada bulan ogos ini kami cuba menyiapkan tanaman terung mini seluas 5 ekar selain itu membuat kerja² penyedian tapak untuk tanaman cili untuk musim seterusnya. Selain itu pada september ini juga kami juga merancang akan menanam peria atau petola seluas 4 ekar. Semenjak pada minggu lepas dan hingga penghujung bulan ini kami sedang melakukan kerja menuai padi di Kg. Luit, Maran. Selepas kerja² menuai di Kg. Luit selesai kelak kami akan meneruskan kerja² menuai padi di Bera pula. Pada bulan ogos ini yang semakin hampir dengan bulan puasa kami berharap dapat bekerja seperti biasa dan diharapkan puasa tidak akan menjejaskan produktiviti kami.
4 comments:
Mungkin peria2 itu gembira kerana bertuan kan anda..:-)
Salam dari KL.
wahhhhh besar projek bro nih... org lain buat fertigasi tanam kat rain shelter....bro lak.... rain shelter.... jer dah penuh ngan anak benih cili.... kalau tanam tuh memang luas gila ler.
Syabas Bro. Taufek kerana kejayaan anda dalam perusahaan pertanian. Sesungguhnya berbakti pada tanah besar manfaatnya.
Tahniah atas usaha saudara yg nampaknya membuahkan hasil yg lumayan. Tak semua org mempunyai talent/skill dan kesungguhan seperti saudara. Wa tabik lu!
Post a Comment