Selamat tahun baru semua, semoga tahun baru ini memberikan sesuatu yang hebat untuk semua. Tahun baru dan cabaran baru... projek tanaman cili seluas 4 ekar dan tanaman peria seluas 2 ekar bermula agak lewat daripada jadual... hampir terlewat sebulan. Masalahnya berpunca... yang pertama kerana kelewatan kami menerima pembatas yang ditempah. Kerana pembekal tersebut gagal menghantar pembatas yang ditempah kami terpaksa mencari pembekal yang lain.. akhir kami berjaya mendapatkan pembatas dari Segamat, Johor.
Masalah yang kedua pula... masalah cuaca... semua kerja di tapak projek hampir siap, kerja² merotor telah dilakukan, pancang telah didirikan, sistem siraman sedia dipasang... cuma kerja² mendirikan batas termasuk menabur tahi ayam sahaja yang perlu dilakukan. Minggu ke 3 , 4 bulan dis 09 dan pada minggu pertama jan 2010 pula hujan turun mencurah². Pembatas telah tiba masalahnya pula kerja² membuat batas tidak boleh dilakukan kerana tanah lembap dan tanah terpaksa dirotor semula kerana telah menjadi padat terkena air hujan. Sehingga kini kawasan tersebut telah 5 kali di rotor.
Pada masa sekarang cuaca telah kembali cerah, kerja² boleh dilakukan masalahnya pula tiada traktor, ini kerana semua unit traktor kami telah dihantar untuk membuat kerja² membajak sawah seluas 140 ekar di Kg. Mambang Pekan, Pahang.. itulah masalah ketiga. Disebabkan telah berjanji dengan pengusaha padi tersebut, nak tak nak kena hantar jugak traktor tersebut.
Demi kelancaran projek pada minggu ini kami sedang cuba membeli satu unit traktor mini yang baru untuk membuat kerja² di kebun. Pada minggu ini juga kami akan mula menyemai benih terung mini untuk tanaman terung mini seluas 1 ekar.

1 comment:
assalammualaikom...
ya Allah besarnya projek saudara.. tahniah.. bangga tengok anak bangsa berjaya dalam pertanian... tak tercapai akal saya dengan umur yang muda saudara berjaya menguruskan projek pertanian yang besar dan sangat berjaya... tahniah...
Post a Comment