Tuesday, June 23, 2009

Peria, Cili, Bendi dan labu Update II Jun 09

Status projek pada masa ini, bendi telah mula berputik, cili sudah 1 kaki tinggi dan labu pula sudah mula membesar dan mengeluarkan 4 hinga 6 helai daun. Tanaman peria pula kerja² memasang junjung telah selesai dijalankan dan kerja² membajak sebanyak 2 kali juga telah dilakukan. Pada hari ini kerja² menabur tahi ayam akan dilakukan dan setelah selesai kerja² mengaul dan membina batas akan dilakukan. Kerja² pemasangan sistem siraman dan memasang silver shine akan dilakukan pada minggu ini dan seterusnya peria akan mula ditanam pada minggu hadapan... insyaallah.....


kerja² memunggah tahi ayam


tapak tanaman peria sudah dibajak


pokok labu mula membesar

3 comments:

sourplum said...

senang nye da ade jentera

Taufiku San said...

ermmm camtulah jentera dan pertanian tidak boleh dipisahkan.. sekurang²nya 50% kerja memerlukan jentera.

Tobie said...

Salam bro...
labu tue pakai baja urea ke?

Related Posts with Thumbnails