Tuesday, June 23, 2009

Musim Durian Dah Tiba...Uhukkkk

Ermm.... musim durian dah tiba.. alhamdulillah pokok durian di dusun bapa saya ada juga yang berbuah. Maklumlah durian nih kadang² bergantung kepada nasib, kadang² menjadi kadang² tidak lebih² lagi kalau pokok yang tak terjaga...ermmmm satu lagi masalah musuh..kera....habis buah durian di petiknya dan dirobek-robeknya..... nak tembak? dah tak larat nak tembak..banyak gila kera nih. Inilah dusun durian bapa saya keluasan hampir 15 ekar... pada awalnya 500 pokok durian ditanam dan pada masa sekarang hanya tinggal 100 pokok sahaja... yang lain mati akibat kemarau. Pada hari ini (23 jun) durian mula gugur... rasanya start minggu depan banyak lagi yang akan gugur.


suasana di dusun


durian lebat berbuah


langsat juga berbuah


4 comments:

zerocredit said...

boleh la, kita start berkampung di dusun bro tu...hehehe

Tunas Alam Agrotech said...

berkampung?...berkampung ada makna tu...hehe..hehe

sourplum said...

ade open farm x
ehe

Taufiku San said...

al-kisah durian nih... dusun jauh dari rumah, takde org tunggu pun dusun nih. pagi, petang dan malam jer ada msa nak kutip durian. Maka banyaklah durian kena curi... ada lah 3..4 kali dapat tangkap org curi durian..kira kes kantoi ler... dan ada gak pencuri yang dah insaf datang jumpa mintak maaf ..dia kata dah banyak guni dah curi durian..uhukkk.... dan ada jugak kes si pencuri ni siap berniaga lagi jual durian curi nih..... senang cerita kira sedekah je ler.... ada rezeki kami..dapatlah makan ..kasi..jiran²... sedara²..kawan²... ada lebih buat tempoyak....nyummmm.

Related Posts with Thumbnails