Tuesday, May 26, 2009

Tanaman Labu Update May 09

Labu sudah mengeluarkan hasil bermula minggu yang lepas setakat hari ini 16,000 kg telah dikeluarkan. Rasanya tanaman labu untuk musim ini tidak mencapai sasaran iaitu 25,000 kg. Anggaran 25,000 kg jumlah hasil tanaman labu adalah berdasarkan jumlah yang sama yang pernah dikeluarkan pada tahun lepas. Tanaman labu kali ini boleh dianggap tanam main² kurang penjagaan, sebab sejak dari peringkat awal lagi kami terlalu sibuk dengan tanaman peria yang musnah akibat ribut dan pada peringkat seterusnya pula kami sibuk mencari kayu untuk di buat junjung peria di hutan........ selama 3 minggu masa di habiskan untuk mencari 900 batang kayu bersaiz 6 inci hingga 8 inci untuk dibuat junjung. Selain itu kedudukan tapak projek labu ini yang jauh daripada projek tanaman sayuran juga menyukarkan kami untuk membahagikan masa dan tugas. Sepanjang tempoh itu, labu hanya sekali di racun dan sekali di baja. Untuk projek seterusnya di kawasan ini kami bercadang akan menanam tembikai seluas 5 ekar, ianya akan bermula bulan hadapan dan dijangka hasil boleh dituai pada bulan puasa nanti.

Pada masa sekarang cili dan bendi telah ditanam dan peria masih dalam proses penyediaan tapak, kerja² menanam kayu pancang menggunakan traktor dan auger sedang dijalankan.... cerita lengkap dan gambar akan menyusul kemudian.

kerja² memungut buah labu
.

kerja² mengumpulkan labu
.

sebahagian labu telah ditimbang dan dibungkus
.


labu sedia di pasarkan
.



8 comments:

sourplum said...

byk nye labu..

armouris said...

info tentang khasiat labu kat sini - Labu Kaya Khasiat

Din said...

Salam. Saya ada mengusahakan tanaman pisang dalam 3 ekar. Saya merancang untuk menanam labu di sekeliling kebun saya sebagai tanaman sampingan. Soalan - 1. benih labu apa yang paling sesuai dan mana boleh di dapati? 2- labu seekar boleh hasilkan berapa tan? 3- jarak antara labu 4- berapa harga borong se kg?
ar-agrotech.blogspot.com

Taufiku San said...

To: din

labu yang saya tanam ialah labu hybrid daripada taiwan. segi hasil pula maksimum 1 ekar 10 tan. segi harga ladang yang saya pernah perolehi adalah antara RM0.60 hingga RM1.80 untuk 1kg.

BRANDEDCLOTHES said...

Syarikat kami sedia memborong labu jenis 868,747

Hubungi 0177740797, 0136031620

Anonymous said...

salam,,,dimana boleh beli benih labu manis jenis 868.Tlg wasap 0192704670 atau email ke abdulhalimsawal@ymail.com
tq

Fahmi Mazlan said...

Salam tuan....sy sedang tuai labu 868, jika berminat blh hubungi sy, Fahmi di talian 0177327671...

Fahmi Mazlan said...

Salam tuan....sy sedang tuai labu 868, jika berminat blh hubungi sy, Fahmi di talian 0177327671...

Related Posts with Thumbnails