Monday, March 2, 2009

Irrigation

Salam...... irrigation kat kebun kami takdelah cantik sangat lagi pun kami nih masih amatur lagi tetapi ramai yang menanyakan mengenai sistem drip tape yang kami gunakan... kalau nak dibandingkan sistem irrigation kat Japan jauh bezanya........jadi di sini kami berkongsi tentang sistem irrigation yang kami gunakan di kebun kami. Memandangkan jarak kolam takungan air dengan kawasan kebun lebih kurang 200 meter dan keluasan kebun seluas 10 ekar kami menggunakan pam air ini.
.
..
Daripada pam kami menyalurkan air menggunakan paip bersaiz 5", seterusnya paip tersebut disambungkan kepada filter. Penggunaan filter sangat penting ini kerana ia akan mengelakkan drip tape daripada tersumbat. Harga filter?...... filter yang saya gunakan ini harganya dalam RM700 hingga RM800.
.
.
Daripada filter, kami pecahkan paip tersebut kepada 4 bahagian ini kerana untuk membahagikan kawasan siraman kepada 4 bahagian, ini kerana untuk memastikan kawasan tanaman mendapat tekanan air yang mencukupi. Oleh itu kerja menyiram kebiasaannya di dilakukan secara bergilir². Pada bahagian ini paip bersaiz 3" digunakan dan bahagian² tersebut dipisahkan menggunakan stopcock.
.
.
Daripada paip 3" tersebut barulah kami menyambungkan dengan drip tape. Paip PVC atau poly paip ditebuk dan disambungkan dengan menggunakan adapter (seperti gambar dibawah) seterusnya adapter tersebut disambung dengan paip 13mm dan paip tersebut di masukkan ke dalam drip tape, untuk memastikan ia tidak tertanggal drip dan paip tersebut diikat dengan dawai. Drip tape tersebut di isi di atas batas dan di bawah silver shine. Di bahagian hujung drip tape pula akan dilipat dan diikat dengan dawai untuk memastikan bahagian tersebut tidak mengeluarkan air. Berikut gambar dan gambarajah adapter serta drip tape yang kami gunakan.
.


.

2 comments:

Mohd Noh Basri, said...

Salam taufiku San...
filter tu saiz lubang 75mm ke?
dimana saya boleh dapatkan filter tu?

Mohd Noh Basri, said...

satu lagi..
adakah akan timbul masalah jika panjang setiap dripper tape tidak sama. ini kerana batas tanaman saya tidak sama panjang. adakah ia akan menjejaskan tekanan pada dripper tape tersebut?

Related Posts with Thumbnails