Sunday, December 14, 2008

Cili Update Dis 08

Tanaman cili berjalan dengan lancar setakat ini, pada masa ini terdapat juga pokok cili yang terkena serangan kerinting tetapi boleh dikatakan masih terkawal lagi. Manakala pokok cili yang telah terkena jangkitan pula rawatan pemulihan dilakukan tetapi seperti yang diketahui umum bahawa pokok yang terkena jangkitan adalah sukar dirawat dan dipulihkan. Matlamat kami sekarang untuk memastikan tiada lagi pokok baru akan terkena jangkitan penyakit tersebut. Cili sudah mula berbuah ada sesetangah darinya telah menghasilkan buah baik dan cantik. Manakala ada sesetengahnya pokok baru berputik ini kerana setengah pokok lambat berbuah kerana disebabkan ia merupakan pokok kumpulan yang disulam menggantikan pokok asal yang mati atau terkena penyakit. Cili dijangkakan akan mengeluarkan hasilnya pada penghujung bulan ini atau awal bulan hadapan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih atas pendapat, cadangan serta komen dari pembaca sekalian. Terima kasih atas respon ada semua. Berikut adalah gambar cili setelah 52 hari dipindahkan.
.
.



.

3 comments:

KhazOne Agro said...

fuh boleh tahan hasil cili saudara yek..nak tanya cili tu benih apa ye..

Taufiku San said...

Ini benih buat sendiri...tapi rasanya asal usul dia dari benih 469. sebelum nih dah tanam 568...so nih try lak 469.

amyrul said...

salam... knape pkok cili sy bnyk sgt yg daunnye kerinting??? pdhal pnjagaan yg sy bg rapi...

Related Posts with Thumbnails