Monday, June 9, 2008

Tanaman Nangka Madu

Sebelum ini saya pernah memaparkan kawasan untuk ditanam dengan nangka madu tetapi menghadapi masalah anak benih nangka seterus kawasan tersebut dicadangkan untuk ditanam dengan labu. Anak benih nangka madu sudah diperolehi dan kerja² penyedian tapak dan menanam akan dilakukan pada minggu ini. 250 pokok nangka madu mastura berjaya di tanam setakat ini, dimana kami menjangkakan sekurang²nya 350 pokok untuk keseluruhan kawasan.
.
Disebabkan sistem penyiraman tidak berfungsi lagi, semasa menanam nangka tersebut kami sertakan sekali sejenis bahan membantu untuk menyimpan air. Bahan tersebut berbentuk seperti gula tetapi apabila terkena air hujan atau air siraman ia akan menyerap air, membesar perpuluh kali ganda daripada saiz asal dan membentuk seperti jelly seterus membekalkan air sepanjang masa kepada pokok walaupun pada musim kemarau dan bertahun boleh digunakan.
.
Sedikit info tentang nangka madu ini mengikut Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Daerah Maran, sehektar kawasan akan memberi pendapatan antara RM2,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan.




Rumah pam air


Pam air digunakan untuk menyiram pokok nangka madu


8 comments:

Anonymous said...

A,kum dik...

Beli benih kat PPK Maran berapa sepokok Nangka MASTURA n CJ3??

Azmi N sembilan....Baru nak mohon TKPM gemas...Berapa ratus pokok tanam nangka??


hp 012-2613864

Anonymous said...

Salam!

Saya dlam proses penyediaan tapak untuk penanaman nangka madu ini, dan kalau boleh saudara dapat berkongsi serba sedikit tentang tip dan teknik penanaman ini.. Jikalau boleh hubungi saya di alamat email ini mshazami@yahoo.com.my atau handphone saya 017-4620736

Anonymous said...

akum saya dah tanam 200 pokok..nangka Mastura n CJ3..lawati blog http://azmidragon.fotopages.com

Anonymous said...

salam,

apa jeniis/nama bahan yang boleh simpan air tu, kt mana jual, brp harga, blh post gambar kt sini tak?

Taufiku San said...

sorry lambat reply sebenarnya tak perasan ada komen kat sini...hehe... bahan tu saya tak tahu nama betulnyer... just panggil jelly... sebenarnya jelly tu bapa saya yg beli 10 tahun yg lepas... untuk tanaman durian... masalahnya label pada botol plastik itu pon dah tak clear takleh nak baca kalau tak dapat gak information.... rasanya jelly tu susah nak jumpa... sebab pernah tanya kat kedai, cina tu ckp sekarang dah takde jelly tu. tapi mungkin saudara boleh tanya kat kedai² menjual brg pertanian di tempat saudara mungkin ada jelly tersebut.

Taufiku San said...

to mshazami... tiada tip pon untuk menanam nangka ni.... tanam cam biasa jer....... pada masa menanam saya menggunakan tahi ayam yg telah proses..... seterus ia perlukan air yg mencukupi dan sentiasa di baja.

Anonymous said...

asalamualaikum, sesiapa yang berminat buat "mini nursery jualan pokok" sebagai part time. modal yang rendah!, kawasan yang boleh dimanfaatkan seperti taman atau kawasan kediaman anda sendiri!duit tidak datang bergolek kalau kita tak mencubanya.. call faez 013-5088716 untuk mendapat tip-tip bermanfaat..

Anonymous said...

salam.. saya mempunyai ladang dengan tanaman nagka madu yang telah berusia 8bulan.. jumlah pokok 2000 pokok... boleh saya tau jenis bahan yang saudara katakan yang boleh menyimpai air tersebut.

amer: 0126406860

Related Posts with Thumbnails