Wednesday, May 18, 2011

Nangka Madu Update May 2011

Status Semasa Projek

Sebelum ini kami menanam cili diantara baris² nangka madu, tanaman cili tersebut telah berakhir pada minggu lepas dan mulai semalam kami melakukan kerja² pembersihan seperti mencabut pokok cili, membuang plastik penutup batas, mengumpulkan kayu pancang dan sistem siraman. Kami merancang selepas ini untuk menanam pokok pisang diantara baris² pokok nangka madu tersebut.


pokok cili dicabut


kerja² pembersihan sedang dijalankan


sistem siraman dikumpulkan


kayu pancang dikumpul untuk digunakan semula




Koleksi Gambar Nangka Madu



5 comments:

Zackey said...

Saya nak tanyalah...kalau saya tanam cili padi dalam satu ekar berapa anggaran jualan dapat ? Balasnye...tq.

Ustaz Azrai said...

Salam tahniah bro.. bkan sng nk tngok anak muda ceburi bdg industri tani ni.. mg berjaya

Ayah Yeop said...

Assalamualaikum,
Apa yang telah anda buat dengan menanam cili di antara barisan nangka itu sudah cukup cantik.

Saya dengan rendah hati meminta tuan memikir semula hasrat tuan untuk menanam pisang, menggantikan cili itu.

Sebab:
1. Pokok pisang akan tumbuh lebih tinggi dari pokok nangka, ini akan memberi saingan pada anak pokok nangka untuk mendpatkan cahara dan akan mengganggu metabolisma pokok nangka.

2. Pokok pisang itu kelak akan mengganggu peredaran udara dipersekitaran tanaman nangka. Ini tidak sihat kerana akan menyebabkan banyak penyakit pada pokok nangka. (Kelembapan akan meningkat, dan ini akan mengaruh spora-spora seperti Phytophthora, cambah dan menyerang pokok nangka. Serangga perosak juga akan bersembunyi dalam persekitaran yang lembap, panas dan redup. Persekitaran sebegini akan mengaruh perkembangan bakteria perosk nangka, Ervinia sp. dan akan menyerang pokok nangka anda. Symptom serangan bakteria ni hanya menunjukkan tanda-tanda diserang setelah 3 tahun kemudian, dan ketika itu sudah terlambat untuk diselamatkan pokok nangka tersebut.

3. Penyakit yang menyerang pisang, seperti Fusarium, besar kemungkinan akan menyerang akar pokok nangka.

4. Umor anak nangka tuan sudah berapa tahun? Kalau saya asaskan dugan saya kepada pokok cili yang telah tuan tanam, daya andaikan anak nangka tuan berumor sekitar 8012 bulan. Kalau tuan menanam benih yang saya hasilkan seperti MASTURA, dan siri CJ, (eg CJ3), nangka tuan akan berbuah dalam masa 6 bulan lagi.

Pisang yang tuan tanam itu belum sempat membesar sebelum nangka tuan baebuah. Dalam keadaan terlindung seperti di bawah pokok pisang, tuan akan menghadapi masalah, buah nangka tuan akan berpenyakit, disebabkan kelembapan yang tinggi.

Bnyak lagi sebab kenapa saya tidak mengsyorkan pisang sebagai tanaman kontan dalam barisan nangka.

Zainal.

Ayah Yeop said...

Maaf tuan, ada tersalah taip:

Ini yang betulnya....

4. Umor anak nangka tuan sudah berapa tahun? Kalau saya asaskan dugan saya kepada pokok cili yang telah tuan tanam, saya andaikan anak nangka tuan berumor sekitar 8 -12 bulan. Kalau tuan menanam benih yang saya hasilkan seperti MASTURA, dan siri CJ, (eg CJ3), nangka tuan akan berbuah dalam masa 6 bulan lagi. ....

Anonymous said...

Jika anda ada masalah CCRIS, CTOS,BEBAN CREDIT CARD, BANKRUPTCY, RUMAH YANG MUNGKIN AKAN DILELONG…
ATAU
WALAUPUN ANDA TIADA MASALAH HUTANG TAPI INGIN MEMBINA KEKAYAAN, Maka Anda Perlu Hadir Untuk Mengetahui Teknik Rahsia Dari 4 Pakar Kewangan Anda…

TARIKH: 17/7/2011 HARI:AHAD ( 9.00pagi hingga 5.00ptg) TEMPAT: DEWAN MCA, 163 JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR YURAN:RM 150
Hubungi: Dr Husmawi & En. Azlan
013-230-9000 / 019-309-6000
Tarikh: 17/07/2011
Tempat: Wisma MCA

layari http://www.tiketbfc.com/ketammerah

Terima kasih

Related Posts with Thumbnails