Tuesday, June 15, 2010

Terung Mini Update Jun 2010

Terung mini telah mengeluarkan hasil hampir 10 tan untuk tempoh masa sebulan ini, perkembangan pokok sangat baik. Keluasan tanaman terung mini ialah seluas 2 ekar, setiap hari kami akan memetik 1 ekar sahaja dan 1 ekar lagi akan dipetik keesokkan harinya... begitulah jadual pungutan hasil tanaman terung mini. Pada masa sekarang kadar pungutan hasil terung mini adalah sekitar 300kg hingga 400kg setiap hari dan harga ladang untuk terung mini pula sekitar RM2.50 hingga RM3.50 untuk sekilo. Ada orang kata jangka hayat dan ketinggian terung mini tidak boleh menandingi ketinggian dan jangka hayat terung bulat dan terung peparu biasa. Jadi pada masa sekarang kami sedang berusaha untuk memastikan pokok sentiasa berkenaan baik dan tumbuh subur... untuk mencapai sasaran tersebut pada masa sekarang kami sedang menukar sistem siraman drip tape yang kami gunakan untuk tanaman terung mini ini kepada sistem microject. Tujuan berbuat demikian adalah untuk memastikan pokok mendapat bekalan air yang sempurna dan memastikan pokok membesar dengan baik. Kami berharap pokok terung mini akan mampu mengeluarkan hasil sehingga penghujung september dengan sasaran hasil sekurang²nya 40 tan.

Pada 2 minggu yang lepas kami telah mula menyemai anak terung mini sebanyak 100 tray iaitu dengan bilangan pokok sebanyak 9,900 pokok. Anak benih tersebut dijangka akan dipindahkan dan ditanam di kawasan tanaman nangka madu dengan keluasan 5 ekar pada bulan hadapan. Lain² aktiviti dan perkembangan projek, pada masa sekarang kami sedang melakukan kerja² menuai padi seluas lebih 100 ekar di Kg. Mambang, Pekan untuk Syarikat Sungai Duri Plantation dan selain itu kami sedang melakukan kerja membajak dan penyediaan prasarana untuk kawasan tanaman padi seluas 40 ekar di Kg. Bukit Cempedak, Maran. 2 unit traktor dan sebiji backhoe telah dihantar untuk melakukan kerja² tersebut.



7 comments:

ZAID SAHLAN said...

Boleh pos sikit benih terung ni ? mana nak dapat benih terung macam ni ?

Agro Malaysia Portal said...

Berapa keluasan dan bilangan pokok yang di tanam?

Agro Malaysia Portal said...

Maksud soalan diatas untuk cili..

Yahya Zainal Abidin said...

Ahad petang bersama kak Teh gi petik terung dan lada besar, masa tu boss pegi tempat lain. Wak kata boss pegi kebun nangka. Ida bawa balik KL. Malam tadi makngah masak taucu lada besar. Terung masuk dalam gulai ikan campur daun kantan dan kesum. Sedap betul. Ada lagi, nak panaskan boleh ulang sekali lagi.

Lova Coco said...

Akak amat berminat untuk menceburi bidang pertanian seperti adik ni...perlukan pekerja call akak zera 013 2911900..

Anonymous said...

Apa jadi dgn sungai duri sekarang? Kena saman di mahkamah sivil kan

Unknown said...

Kes apa?

Related Posts with Thumbnails