Friday, December 4, 2009

Tanaman Cili 4 Ekar

Pada peringkat awal kami bercadang menanam 2 ekar cili sahaja antara sebabnya adalah masalah kekurangan pekerja. Memandangkan pada minggu ini kami telah berjaya mendapatkan seorang pekerja tambahan dan sedang berusaha menambahkan lagi bilangan pekerja. Amat sukar sebenarnya untuk mendapatkan pekerja yang rajin, setia dan boleh dipercayai. Dengan adanya pertambahan pekerja kami menambah keluasan tanaman cili kami daripada 2 ekar kepada 4 ekar. Lebih 13,000 pokok cili telah disemai dan bekalan tahi ayam sebanyak 21 tan untuk kegunaan tanaman cili juga telah diterima 3 hari yang lepas. Kami juga telah memesan pembatas yang baru daripada sebuah syarikat di Negeri Sembilan untuk kegunaan membuat batas yang lebih baik dan pembatas tersebut dijangka akan tiba pada minggu hadapan dan bersedia untuk beraksi. Selain itu dalam tempoh 2 minggu ini kami merancang cuba menyiapkan sepenuhnya pembinaan 2 ekar kawasan peria dengan junjung serta pembina batas dan dilengkapi sistem siraman. Pada masa yang sama kami cuba menyiapkan batas untuk tanaman cili seluas 4 ekar dalam tempoh masa tersebut memandangkan 2 unit traktor akan dihantar ke Kg. Mambang, Pekan untuk membuat kerja² membajak sawah seluas lebih 100 ekar di sana.


21 tan tahi ayam sebagai baja asas tanaman cili



lebih 13,000 anak pokok cili disemai


3 comments:

Rosmerah said...

Salam bro,nak tanya sikit buat pembatas kat n.s tu kat mana ye..tq

Mohd Noh Basri, said...

Salam Taufiku San...
Kalau batas dipelau saja tapi tak dirotor, apakah effectnya pada tanaman? tq :)

Anonymous said...

bro ada cara kita bole jumpe tak?saya nak tnya banyak bnda pasal cili ni..haha..nak mntak pengalaman sikit.

Related Posts with Thumbnails