Friday, November 13, 2009

Timun Update Nov 09

Jenis Tanaman : Timun
Keluasan : 2 Ekar

Pada masa sekarang tapak tanaman timun telah siap 95%, cuma kerja² akhir yang tinggal untuk diselesaikan seperti menguji dan mengemaskini sistem siraman. Benih² timun juga telah disemai dan kami menjangkakan anak benih timun akan mula dipindahkan ke batas selewat²nya pada 15 Nov ini. Berdasarkan kepada perancangan ini kami menjangkakan timun akan mula mengeluarkan hasil seawal 20 disember nanti. Untuk tanaman timun kali ini kami mensasarkan pengeluaran hasil sekurang²nya sebanyak 26,000 kg. Kiraan ini adakah berdasarkan penghasilan timun yang telah kami lakukan sebelum ini iaitu sebanyak 13,000kg untuk setiap ekar. Tanaman timun kali ini kami menggunakan tapak yang sama ditanam dengan peria sebelum ini, untuk pengetahuan anda semua kami tidak membuang tunas peria yang telah mati menjalar di atas junjung bertujuan dijadikan sebagai medium untuk tanaman timun menjalar kelak.


sebahagian benih timun yang disemai



batas tersedia untuk ditanam dengan timun



sisa tanaman peria dibiarkan di atas junjung
dan akan digunakan sebagai
medium untuk timun menjalar

14 comments:

tobie said...

Salam en.taufik :)
saya berminat nak tahu teknik tanaman yang en.taufik praktikkan untuk tanaman timun. En.taufik gunakan benih 'F1 rocky 8' ke? boleh tak kalau benih timun tu ditanam terus kedalam tanah tanpa menggunakan tray semaian? Dari pemerhatian saya, En.taufik menggunakan sistem 'dripper tape' sepenuhnya. Memang tak pernah gunakan springler ke? Dan lagi satu, berapa kadar baja tahi ayam untuk 1ekar tanaman timun?

Taufiku San said...

w'salam....

teknik? tiada teknik luar biasa... cara kami sama dengan kaedah tanaman konvensional yang lain.

benih yang kami gunakan ialah jenis Hup Nong 118 atau 118 susu... itu variati yang kami telah gunakan dlm tempoh 2 tahun ini.

sebelum ini kami pernah menanam benih terus ke batas... tapi terdapat masalah antaranya.... pertumbuhan tidak sekata... ada sesetangnya lambat tumbuh atau tidak tumbuh langsung... ini akan menyebabkan banyak masa pemantauan dan kerja² menyulam perlu dilakukan. jika semai di tray pertumbuhan dapat dikawal dan sekata... hanya anak benih yang baik sahaja di tanam.

mmg kami menggunakan sistem drip sepenuhnya untuk 15 ekar kebun kami termasuk di kawasan tanaman nangka. penggunaan springler tidak praktikal.. jika menggunakan silver shine hanya sedikit sahaja air yg dapat masuk dlm lubang, selain itu byk pembaziran air... air pergi ke kawasan yg tidak sepatutnya... menggalakkan pertumbuhan rumput...rumput pun dapat air... pancuran air dihalang oleh daun tanaman... pancuran air juga boleh menyebabkan kerosakan pada daun..serta mudah mendapat jangkitan kulat... pada saya penggunaan sprigler sesuai untuk tanaman berdaun dan tidak menggunakan silver shine. penggunaan drip bagus kerana air 99% jatuh atas batas.

untuk tanaman kali ini kami menggunakan 10,800kg tahi ayam untuk 2 ekar tanaman timun bersamaan 5,400kg untuk setiap ekar. di mana untuk setiap batas kami menggunakan 180kg tahi ayam.

Taufiku San said...

opss saya terlupa.....

dengan menggunakan sistem drip juga kami boleh menyalurkan baja berbentuk cecair terus kepada pokok melalui tangki baja. itulah antara kebaikkan sistem drip.

Mohd Noh Basri, said...

terima kasih en.taufik :)
maaf, ada soalan lagi...

berapa anggaran tray semaian atau bilangan benih timun untuk 1ekar? dan berapa lama en.taufik semai benih tersebut sebelum ditanam ke atas batas?

tahi ayam yang ditabur tu perlu diperam berapa lama dlm batas? adakah pokok timun akan terjejas jika ditanam terlalu dekat dgn tahi ayam tersebut?

en.taufik juga pernah tanam timun tanpa menggunakan silvershine. tak ada masalah ke?

kenapa jarak antara batas di ladang en.taufik agak jauh? tak rugi ruang ke? :)

Taufiku San said...

kami tak pasti berapa bilangan tray dan pokok sebab itu semua bergantung kepada bilangan batas dan lubang pada batas. Tempoh bergantung kepada pertumbuhan kebiasaannya kurang dari seminggu anak benih mula dipindahkan sebab 4 hingga 5 hari benih sudah tinggi sehingga sejengkal.

Biasanya kami tak peram lama... sementara menyiapkan sistem siraman dan memasang tali untuk dibuat junjung siap itu saja tempoh tahi ayam diperam. kami setiasa mengejar masa nak memastikan supaya benih ditanaman secepat yang mungkin. Tahi ayam perlu digaul jadi ia tidak memberi kesan kepada anak benih.

penggunaan silver shine bergantung kepada keadaan jika kami mahu timun ditanam dengan cepat kami tidak menggunakan silver shine dan ia juga menjimatkan kos. sebenarnya jangka hayat timun hanya 2 bulan... ia merupakan tanaman jangka pendek jadi belum sempat rumput meninggi timun pun sudah habis dituai.

jarak batas.... sebenarnya projek tanaman timun ini merupakan projek recycle daripada tanaman peria tempoh. kami menggunakan batas dan junjung peria sebab itu terdapat jarak antara batas yg sangat besar. kami selalu mengamalkan tanaman seperti ini sebagai contoh selepas menanam cili kami menanam labu, timun atau bendi pada batas yang sama ia menjimatkan kos dan masa... tidak perlu untuk setup kawasan dan sisa baja pada batas dapat digunakan semula. untuk tanaman timun ini.... kami bersihkan sisa peria... cabut silver shine dan drip.... kami rotor...bina batas dan tabur tahi ayam.. tutup dengan silver shine yg telah digunakan untuk peria dahulu dan memasang kembali drip... sungguh pantas dan menjimatkan kos... dalam tempoh seminggu 2 ekar kawasan siap sedia untuk ditanam.

Mohd Noh Basri, said...

thanks again Taufiku San atas perkongsian ilmu di atas :)

saya baru nak belajar tanam sayur timun, oleh itu banyak yang saya nak belajar dari Taufiku San. Harap tak jemu melayan soalan2 saya ya :) Kerana ilmu sekadar teori tak sama dengan pengalaman yang Taufiku San telah lalui selama dalam bidang ini.

Terus kepada soalan saya:
Berapa jarak tanaman antara pokok timun dan berapa benih dalam satu lubang?

Berapa kekerapan siraman per hari untuk timun jika tidak menggunakan silver shine?

Bagaimana cara Taufiku San membuat giliran tanaman?

Berapa anggaran batang kayu yang digunakan untuk membina junjung seluas 1ekar? Berapa lama@pusingan tanaman yang boleh digunakan pada junjung yang sama sblm kayu reput? Saya menggunakan kayu akasia@pokok sabun, adakah ianya sesuai?

Bagaimana pula sistem dan jenis baja yang biasa digunakan dalam semusim tanaman timun tuan?

itu saja soalan kali ini...
terima kasih daun keladi :)

Taufiku San said...

kebiasaannya jarak antara 1.5 kaki hingga 2 kaki untuk setiap pokok. tetapi memandangkan jarak antara batas kami jauh kami menanam dgn jarak yg lebih rapat iaitu 1 kaki antara pokok. Setiap lubang kami menanam 1 pokok sahaja.... dan jarak antara pokok juga ditebuk lubang untuk tujuan pembajaan.

untuk tanaman timun kami menyiram 2 kali setiap hari... iaitu sebelah pagi dan petang. tanaman timun perlukan kadar siraman yang konsisten dan berjadual. Buah timun boleh menjadi cacat (separuh besar separuh kecil) jika tidak mendapat air yang cukup.

penggiliran.... kami menumpukan tanaman seperti peria. timun, labu, cili dan terung.... kami cuma menggilirkan tanaman tersebut sahaja. jenis tanaman bergantung kepada keadaan semasa atau pasaran.

untuk keluasan 1 ekar sekurang-kurangnya 500 batang kayu diperlukan. kami tidak berapa mahir dengan jenis kayu ini... untuk mencari kayu yang baik dan tahan lama kami menggunakan kayu yang berat dan padat. kayu yang lempong dielakkan kerana ia mudah patah. untuk jangkaan kami kayu yang kami gunakan ini bersaiz besar dan dijangka ia akan tahan sekurang²nya 2 tahun. walaubagaimanapun pemantauan perlu dilakukan selalu untuk memastikan ia berkeadaan baik. di masa hadapan kami kami bercadang akan menggunakan junjung daripada konkrit sepenuhnya.

pembajaan pula.... sebelum tanam... taik ayam... seterusnya... untuk jangka masa 2 minggu NPK 15:15:15.... 4 minggu dan 6 minggu baja NPK 12:12:17 atau baja kandungan P dan K yang lebih tinggi.

Mohd Noh Basri, said...

sy kurang faham timing untuk baja 15:15:15 dan 12:12:17 tu.

Taufiku San membaja selang 2ming ke?

Bermakna 1kali dgn 15:15:15 dan 2kali dgn 12:12:17.

Semusim 3kali baja sahaja?

Mohd Noh Basri, said...

lagi satu...

Untuk benih, apa jenis ubat kulat atau penggalak akar yang Taufiku San gunakan?

Kalau benih timun adakah perlu direndam dulu atau terus disemai ke dalam tray?

Anonymous said...

Assalamualaikum En.Taufik...
Sy ade 1soaln untuk En.taufik. Sy nak ty, en gunakan silver shine yg di jual berlubang @ en tebuk sendiri? jika tebuk sendiri, blh sy thu tekniknye..
Itu saje..tQ

Taufiku San said...

memang tanaman timun dibaja mengikut jadual seperti itu 2, 4 dan 6 minggu itu adalah keperluan asas untuk tanaman timun. jika saudara hendak memberi baja sampingan yang lain terserahlah kepada saudara. memandangkan jangka hayat timun hanya 2 bulan membaja secara berlebihan boleh mengakibatkan pembaziran dan peningkat segi kos pengeluaran. Amalan yang baik adalah membaja mengikut keperluan tanaman tersebut.

kaedah semaian kami lakukan mudah sahaja tak perlu rendam.. tak perlu penggalak... terus semai biji benih dari tin ke tray yang mengandungi peat moss... itu sahaja.

Taufiku San said...

silver shine tersebut tidak berlubang... banyak kaedah yang digunakan untuk menghasilkan lubang seperti mnggunakan tin, besi yang diubahsuai dan sebagainya. Kami pula menggunakan paip pvc bersaiz sebesar lubang yang dikehendaki dan panjangnya lebih kurang 2 kaki. pada sebelah atasnya kami buatkan pemegang... untuk membuat pemegang masukkan kayu bersaiz diameter pvc tersebut dan dipaku pada 2 bahagian hujungnya dan sebelah bawahnya pula ditajamkan PVC tersebut dengan membuat zig zag seperti mata gergaji.

setelah batas dibina, silver shine dipasang sepenuhnya... untuk menghasilkan lubang... pvc tersebut di cucuk pada silver shine mengikut jarak yang ditetapkan... lubang sama saiz akan terhasil.

* ermmm lupa lak nak ambik gambar...mungkin lain kali bleh isi gambar penebuk tu.

Khairul said...

Salam...

Saya bangga bila tahu ada anak muda melayu yg begitu gigih seperti kamu bro..sy begitu minat pertanian..tp belum dapat cuba..hanya ternakan kambing saje yg berjaya direalisasikan..sebenarnya sy sedang surf info berkenaan cash crop yg ok yg mana jangkamasa tuaian sekitar 1-2bulan..ada sahabat cadangkan sy tanam timun or buncis..so itu yg sedang cari info nih..leh kata setiap hari sy ngadap blog sedara..

Untuk makluman sedara..sy ada tanah sekitar 8-10 ekar je..so sekarang plan nyer nk buat kecil dulu supaya sy betul2 faham flow n teknik bertani nih..diharap sedara Taufik x keberatan menjawap soalan2 sy ek..

Pertanyaan :
1. Sedara gunakan sistem drip, berapa tekanan air yg diperlukan utk mencover tanaman seluas suku ekar? Ada 30 batas x 80 baris..
2. Selain tahi ayam sebagai baja asas, apakah baja organik lain yg dpt replace baja tahi ayam?
3. Adakah baja organik/kimia yg sedara gunakan sepanjang tempoh tersebut?
4. Bagaimana dgn kawalan penyakit? jenis serangga yg suka attack?
5. Selepas benih dipindahkan ke batas, berapa lamakah masa yg diambil utk berbuah? Kebiasaannya, berapa kg purata kutipan yg diperolehi?
6. Jika sy ingin men'eksperimen' dikwasan seluas suku ekar, berapa jumlah pokok yg dapat ditanam? Seekar berapa pokok sedara dapat tanam?
7. Berapa purata KG yg dapat dituai dlm seekar?Sepokok dpat hasilkan berpa KG sepanjang jangka hidup?Berapa harga ladang bg 1kg?

itu saje soalan sy buat masa nih..utk makluman sedara,dulu sy pernah mengusahakan cili fertigasi sebanyak 600pokok tetapi musnah akibat penyakit (kerinting).Jadi, sy bercadang ingin gunakan kelengkapan yg ada utk usahakan blk bidang yg sy minat ini.Sy biasanya akan mula buat skit dulu utk faham flow..thank banyak2 jika dapat kongsi ilmu sedara..semoga Allah murahkan rezeki n mudahkan segala usaha sedara..

Unknown said...

Berapa batas untuk 2 ekar..dan dalam satu lubang batas agak2 boleh kluarkan brpa biji timun unt semusim?

Related Posts with Thumbnails