Tuesday, September 8, 2009

Peria Update Sept 09

Tanaman peria sudah mencatat kejayaan awal dimana kami berjaya mempercepatkan tempoh pengeluaran hasil sebanyak 10 hari lebih awal daripada tempoh sepatutnya. Kejayaan ini adalah hasil beberapa percubaan kaedah tanaman yang diperbaharui. Peria dijangka akan mengeluarkan hasil 1,000 kg hingga 1,500 kg setiap 2 hari bermula minggu ini, jumlah tersebut adalah berdasarkan graf pengeluaran hasil yang sama pada musim sebelum ini. Kami mensasarkan jumlah keseluruhan peria untuk musim ini sekurang²nya 40,000 kg. Segi pasaran pula kemungkinan besar sebahagian hasil akan di pasarkan ke sebuah rangkaian pasaraya di negeri ini. Harga ladang untuk tanaman peria dan tanaman lain agak rendah pada masa ini, faktor ini mungkin disebabkan oleh ketibaan bulan ramadhan di mana permintaan terhadap sayur²an berkurang sepanjang bulan ini. Harga sayur²an dijangka akan kembali meningkat selepas hari raya nanti.

Selain itu kami sedang menambah bilangan kayu sokongan untuk junjung ini kerana disebabkan buah yang berat dan banyak junjung sudah mula melendut. Kerja² pemantauan dan penyelenggaraan junjung dijalankan dari masa semasa untuk memastikan junjung berkeadaan baik sepanjang masa, bagi memastikan ia selamat dari ancaman ribut seperti yang berlaku sebelum ini.


buah peria yang sedia untuk di petik



buah peria mencapai standard yang diperlukan



ini saiz peria yang sudah matang dan sedia di pasarkan



bendi yang dipetik dan dikumpulkan
di dalam bakul untuk dipasarkan




video tanaman peria

2 comments:

azim said...

salam tuan blog..
saya agak teruja apabila membaca tentang projek pertanian keluarga anda dalam blog ini.sy juga dr keluarga pertanian.lebih menjurus kepada penanaman cili kecil.boleh tak kita berkawan dengan bertukar2 pendapat?kalau ada YM lg bgs. boleh tnggalkan email kat sini..nnt saya add.
terima kasih.

iwan said...

Salam kenal.. Saya dari Indonesia mohon informasi jarak tanam tanaman peria. Tiap tanaman Peria dapat menghasilkan buah Peria berapa kilogram? Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails