Friday, May 2, 2008

Bicara Tani - Daerah Maran


Pada 5 April 2008 yang lalu telah di adakan program Bicara Tani Peringkat Daerah Maran. Program ini adalah idea asal daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai. Tujuan program ini adalah untuk menarik minat masyarakat bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam industri pertanian yang semakin dilupakan oleh masyarakat. Turut hadir pada program ini ialah Ahli Parlimen Maran, wakil Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Pegawai Pertanian Daerah Maran serta mendapat sokongan dari Bank Pertanian Malaysia, FAMA, MARDI dan berbagai pihak lagi.

Saya juga turut dijemput untuk membuat pembentangan di dalam segmen "success story" pada hari tersebut. Diharapkan program ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana ia banyak memberi manafaat kepada petani².

1 comment:

Anonymous said...

asalamualaikum, sesiapa yang berminat buat "mini nursery jualan pokok" sebagai part time. modal yang rendah!, kawasan yang boleh dimanfaatkan seperti taman atau kawasan kediaman anda sendiri!duit tidak datang bergolek kalau kita tak mencubanya.. call faez 013-5088716 untuk mendapat tip-tip bermanfaat..

Related Posts with Thumbnails