Showing posts with label timun. Show all posts
Showing posts with label timun. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Tanaman Timun Feb 2013

  • Jenis tanaman : Timun
  • Keluasan : 2 ekar
  • Status : Sedang membesar
  • Tarikh gambar : 17 Feb 13
  • Ulasan : Hasil akan mula dituai antara 14-20 hari lagi.
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, September 19, 2012

Tanaman Timun

Gambar sebahagian daripada tanaman timun yang kami tanam baru² ini, bermula dari bulan mac yang lepas sudah 3 pusingan tanaman timun kami telah tanam di tempat yang berbeza. Kelainan tanaman timun kali ini, kami telah menggunakan pukat / jaring sebagai medium junjung. Penggunaan pukat / jaring untuk menjimatkan masa dan tenaga kerja. Pada masa sekarang kami sedang menyiapkan tapak tanaman baru untuk tanaman timun.



Akhirnya Update Juga

Assalamualaikum semua.... sudah lama rasanya tak update blog, alasannya masih sama.. tiada masa nak ambil gambar dan nak mengarang kat blog. Selama blog ini wujud rasanya tahun ini merupakan tahun paling tak aktif.....paling kurang post. Kami ingin meminta maaf jika tidak sempat hendak menjawab sebarang komen atau email anda semua. Untuk entry blog ini dan 2 atau 3 entry lagi adalah sebahagian koleksi² gambar dan aktiviti² 3 atau 4 bulan yang lepas dan sempat dirakam...itu pun pakai handphone jer....jika sebelum ini kalau nak update blog kami menggunakan dslr untuk memastikan kualiti gambar dan memberi kepuasan kepada pembaca sekalian. Kerana sibuk juga kadang apabila hasil tanaman keluar... sehingga 50 bakul sehari pun tidak sempat nak diambil gambar untuk dibuat simpanan lebih² pada masa itu kena kejar trip lori........... sedikit kisah dan aktivi sepanjang 4 bulan terakhir ini:-

Tanaman - Kami menanam tanaman seperti timun berapa pusingan, terung dan bendi, Pada masa sekarang pula terung bulat masih lagi mengeluarkan hasil dan timun pula baru habis mengeluarkan hasil. Tanaman cili pula telah berbunga dan dijangka akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi.



Tapak baru - kami telah meneroka tapak baru iaitu di Jengka 11, pada masa sekarang kami telah menanam cili di kawasan tersebut. Selain daripada itu juga kami meluaskan kawasan tanaman sayur di tapak projek tanaman nangka madu...jika sebelum ini kami menanam sayur² seluas 5 ekar di kawasan itu pada masa sekarang kami cuba menambah keluasan sebanyak 10 ekar lagi. Antara sebab utama kami meneroka kawasan baru ialah untuk merehatkan sekejap tapak tanaman di TKPM Kg. Bunian ini kerana tapak tersebut digunakan secara tidak henti² selama bertahun² dan kami perhatikan kualiti tanah tersebut telah menurun dan memerlukan rehat serta dipulihkan semula.
 



Pemasaran - Jika sebelum ini kami hanya menumpukan kepada aktivi di kebun sahaja tetapi mulai tahun ini kami telah meneroka pasaran dan tujuaannya ialah untuk memastikan hasil tanaman kami dapat dipasarkan dengan baik, mengurangkan peranan orang tengah dan memaksimumkan hasil jualan. Semenjak akhir tahun lepas kami telah berniaga secara haram (jual sayur halal tapi haram sebab tiada lot premis...jual dari atas lori) di pasar borong selayang dan pasar borong bandar jengka. Berbagai dugaan dan ugutan kami terima akhirnya kini secara sah kami mendapat lot premis di pasar borong selayang dan pasar borong bandar jengka. Kami adalah satu-satunya peniaga berkulit sawo matang diantara ratusan peniaga si mata sepet di pasar borong selayang.... doakan semoga kami terus sukses. Terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian & Industri Asas Tani dan FAMA yang sentiasa ada dibelakang  menyokong kami. Jika ada kelapangan kami akan buat preview pasal kedua² tapak ini.


Mentor Mentee - Pada masa sekarang kami ada menjalankan projek ala² mentor mentee dimana kami bekerjasama dengan pekebun dan pekebun baru. Kami memberikan bantuan teknikal dan pemasaran, projek ini masih baru dan diharapkan ianya sukses. Projek iin masih diperingkat awal dan jika ianya berhasil kelak, kami akan cuba mengembangkannya di masa akan datang.




:)

Monday, January 16, 2012

Timun Update Jan 2012

Pada masa sekarang tanaman timun masih lagi mengeluarkan hasil sekitar 800kg hingga 1,000kg setiap hari. Alhamdulillah tanaman timun kali ini menjadi dan tiada masalah yang serius walaupun pada masa sekarang musim hujan. Gambar ini di ambil pada 27 Dec yang lalu tetapi kerana sibuk tidak sempat untuk kami update di blog. Selain timun peria juga rancak mengeluarkan hasil sekitar 700kg hingga 1,000kg sehari. Tanaman peria sudah penghujung musim dan mungkin mampu mengeluarkan hasil seminggu lagi.


Status Semasa Projek

Ini adalah jenis tanaman dan status semasa projek yang sedang kami jalankan:-

1. Peria / Seluas 2 ekar / Sedang mengeluarkan hasil - hingga minggu ke-3 Jan 12
2. Timun / Seluas 2 ekar / Sedang mengeluarkan hasil - hingga minggu ke-4 Jan 12
3. Terung bulat / Seluas 10 ekar / Mengeluarkan hasil pada minggu ke-4 Jan 12
4. Bendi / Seluas 2 ekar / Mengeluarkan hasil pada awal Feb 12
5. Cili / Seluas 2 ekar / Mengeluarkan hasil pada awal Mac 12
6. Timun / Seluas 2 ekar / Penyedian tapak / Jan 12
7. Petola / Seluas 2 ekar / Penyedian tapak / Jan 12
8. Peria / Seluas 2 ekar / Penyedian tapak / Jan 12



Monday, November 28, 2011

Timun Update Nov 2011


Pada bulan ini kami memulakan projek tanaman timun seluas 2 ekar dan dijangkakan hasil akan mula dipetik pada minggu ke-2 bulan disember nanti. Jangkaan hasil sekitar 500kg hingga 800kg setiap hari. Kebiasaan timun akan mengeluarkan hasil selama 1 bulan tetapi kami berharap tanaman timun kali ini mengeluarkan hasil lebih 1 bulan seperti tanaman timun yang terakhir kami tanaman dahulu.

*musim hujan nih cepat sungguhlah rumput naik......






Monday, February 1, 2010

Timun Update Feb 2010

Bermacam perkara yang berlaku pada tanaman timun musim ini, disebabkan harga yang jatuh menjunam tempoh hari kami mengambil inisiatif untuk memberi tumpuan yang lebih kepada pokok timun supaya ia dapat menghasilkan buah yang berlipat kali ganda seterusnya dapat mengimbangi kejatuhan harga tersebut. Diluar jangkaan kami sebenarnya... sehingga kini timun kami telah mengeluarkan hasil selama 6 minggu dan hasil yang telah dituai pula sebanyak 35,000 kg (35 tan) dimana kebiasaan timun hanya mengeluarkan hasil selama 4 minggu sahaja. Beberapa orang pekebun yang berkebun berhampiran kami hairan bagaimana timun yang kami tananam lebih awal daripada mereka masih mengeluarkan hasil sedangkan tanaman timun mereka telah habis dituai 2 minggu yang lepas.

Faktor yang kami rasa membawa kepada kejayaan ini ialah yang pertama penggunaan tahi ayam yang banyak, untuk tanaman timun seluas 2 ekar ini kami menggunakan hampir 11,000 kg (11 tan) tahi ayam sebagai baja asas. Hasil daripada penggunaan tahi ayam banyak..... akar mendapat baja yang secukupnya seterusnya menghasilkan batang pokok yang besar, dimana untuk tanaman timun kali ini batang timun kami membesar lebih besar daripada ibu jari. Faktor yang kedua pula penjagaan yang lebih, tidak seperti sebelum ini kami menanam timun dengan keluasan 4 hingga 5 ekar. Memandangkan terlalu banyak pokok kami tidak dapat menumpukanan banyak masa untuk menjaga pertumbuhan pokok serta penyelenggaraan.

Sehingga hari ini timun masih mengeluarkan hasil sebanyak 500kg sehari walaupun pokok sudah mula terkena serangan downy, pada masa sekarang kami rasakan tidak perlu lagi untuk diracun kerana pokok sudah melebihi umur yang sepatutnya. Pada masa ini kami memajak hasil timun kami kepada seorang pemborong dengan harga RM0.20 untuk setiap kg dimana pemborong tersebut perlulah memetik sendiri timun dipokok. Ini kerana kami terlalu sibuk dengan kerja penanaman cili, peria dan terung mini serta kerja² luar yang lain.


keadaan pokok timun setelah 6 minggu mengeluarkan hasil


pokok timun masih mengeluarkan bunga dan buah baru


batang pokok timun yang besar hasil
meletakkan baja asas yang banyak

Monday, January 11, 2010

Timun Jan 2010 - Cabaran Bermula

Cabaran bermula kerana harga timun jatuh menjunam sejak disember 09 yang lalu. Mungkin semua sudah sedia maklum tentang kejatuhan beberapa jenis sayur²an dipasaran pada masa sekarang. Harga timun bermula baik sejak november hingga awal disember yang lalu di mana harga ladang untuk timun pada masa itu sekitar RM1.00 hingga RM1.20 untuk 1kg. Pada sekarang harga menjunam sekitar RM0.40 hingga RM0.60 untuk 1kg.

Pada nov yang lalu kami berusaha untuk memastikan pokok timun membesar lebih cepat dan mengeluarkan hasil lebih cepat.... tetapi bila bulan disember harga jatuh... kami mula mencari jalan macam mana nak bagi pokok timun lambat berbuah...hehehe.... tiada rezeki nak buat camner kan? Timun telah mengeluarkan hasil sejak 3 minggu yang lepas dan sehingga kini timun telah mengeluarkan hasil 20,000kg (20 tan). Pada masa sekarang kadar keluaran hasil timun ialah 1,000kg hingga 1,500kg (1 tan hingga 1.5 tan) setiap hari.

Perkembangan pokok pula, walaupun 3 minggu telah mengeluarkan hasil pokok masih berkeadaan baik. Selama kami menanam timun boleh dikatakan inilah pokok timun yang terbaik pernah kami hasilkan. Kami jangkakan pokok timun tersebut mampu mengeluarkan hasil sekurang²nya 2 minggu lagi dengan hasil sekurang²nya 10,000kg (10 tan) lagi.

Apa yang kami lakukan semasa harga jatuh sekarang? mula² tu kecewa jugak..... dok pikir dalam kepala nak cabut jer pokok timun ni nak ganti ngan labu lak. Walaubagaimanapun menanam sayur secara konversional seperti kami walaupun harga menjunam kami masih boleh mendapat keuntungan walaupun marginnya kecil ini kerana kos untuk konvensional adalah lebih rendah berbanding tanaman fertigasi. Apa yang kami lakukan sekarang walaupun harga rendah kami cuba sedaya cuba meningkat hasil tanaman tanpa kos tambahan. Jadi walaupun harga rendah tetapi hasil meningkat kami tetap akan mendapat keuntungan sewajarnya. Antara penyebab harga timun jatuh ialah kerana lambakan timun di pasaran. Untuk memastikan timun kami berjaya dijual dan bersaing di pasaran, kami hanya menjual timun yang bermutu (gred A) sahaja, timun yang kurang cantik (gred B) kami buang begitu sahaja.

pokok timun tumbuh subur


timun mengeluarkan hasil



daun pokok yang lebar



buah² timun gred B dibuang begitu sahaja



daun yang lebat dan tersusun


timun sedia di petik



pengeluaran sebanyak 20 hingga 30 bakul sehari





Click Here!

Friday, December 4, 2009

Timun Update Dis 09

Alhamdulillah tanaman timun tumbuh subur dan mengikut jadual. Keadaan cuaca sekarang yang hujan tidak henti² juga ada kebaikan dan keburukannya. Kami menjangkakan timun akan mengeluarkan hasil selewat²nya pada 17 Disember ini. Musim hujan, musim banjir, musim kenduri banyak mempengaruhi harga pasaran timun pada masa sekarang, harga timun melambung dipasaran. Diharapkan timun yang ditanam ini akan menghasilkan hasil yang baik dan banyak.


keadaan pokok timun di kebun


pokok timun semakin membesar


pokok timun sudah mula memanjat tali junjung


Related Posts with Thumbnails