Wednesday, May 21, 2008

Tapak Baru - Tanaman Nangka Madu

Ini tapak projek baru keluasan 5 ekar dilengkapi dengan kolam takungan. Pada asalnya kawasan ini hendak ditanam dengan nangka madu tapi tertangguh oleh disebabkan masalah anak benih nangka. Banyak kerja² perlu dilakukan termasuklah memasang pam air, memasang pvc dan sebagainya. Kerja perlaksanaan mungkin akan dilakukan setelah semua hasil labu habis di keluarkan.





Related Link :
Nangka Madu Update Feb 09
Nangka Madu Update Nov 08
Tanaman Nangka Madu
Tapak Baru - Tanaman Nangka Madu

Tuesday, May 20, 2008

Timun & Labu Mac 08 Update 1

Tarikh : 19 May 2008

Timun telah mengeluarkan hasil mulai awal bulan May. Telah 40 tan metrik timun sudah di pasarkan setakat ini dengan kadar purata pengeluaran sebanyak 2 tan sehari. Dijangkakan hasil dapat dikeluarkan sehingga penghujung bulan ini sahaja. Manakala pada penghujung bulan may pula labu mula mengeluarkan hasil.

timun diangkut ke dalam lori & seterusnya
dihantar ke Pasaraya Giant



koleksi gambar tanaman timun



video timun


video tanaman labu

Thursday, May 8, 2008

Projek Masa Hadapan (ii)

Membina tempat dan menghasilkan kompos dan seterusnya menggunakan kompos untuk keseluruhan kawasan tanaman sayur. Sebuah tapak diperlukan untuk menempatkan kompos ini dan untuk permulaan sekurang-kurangnya 20 tan tahi ayam dan beberapa meterial lain perlu dikumpulkan. Dengan menggunakan kompos penggunaan baja kimia dapat dikurangkan memandangkan harga baja kimia semakin meningkat dan juga penggunaan racun dapat dikurang ini kerana penggunaan kompos serba sidikit boleh mengurangkan tindak balas dan penghasilan makluk perosak tanaman. Ramai yang curiga bagaimana untuk menghapuskan sepenuhnya penyakit² dan pelbagai bakteria yang terdapat pada tahi ayam sebenarnya ada beberapa cara untuk memusnahkan semua penyakit dimana dengan campuran bahan tertentu suhu di dalam kompos akan ditingkat melebihi 80 darjah celcius seterusnya membunuh penyakit² tersebut. Projek tanaman seperti daun sup dan cili juga akan dapat dilaksanakan jika kompos sudah dihasilkan nanti. Berikut adalah gambar kompos dan peralatan yang digunakan oleh petani di Japan dengan kompos mereka dapat menghasilkan sayur-sayuran yang berkualiti tinggi.

Gambar 1 : Tempat memproses kompos
Gambar 2 : Dandang untuk "memasak" kompos
Gambar 3 : Tempat pengumpulan kompos
Gambar 4 : Mesin untuk menabur kompos ke batas




Projek Masa Hadapan (i)

Ini salah satu projek yang akan kami laksanakan itu pun kalau di izinkan oleh ALLAH. Projek tanaman daup sup... mungkin kalau sekali dengar macam tak logik jer... boleh ker daun sup di tanam di kawasan rendah macam di Chenor. Di Japan semasa daun sup di tanam cuacanya tetap sama seperti di Malaysia 38 darjah celcius. Selain cuaca ada beberapa² tips yang perlu diketahui untuk menanam daup sup. Tahukah anda kos untuk menanam daup sup untuk satu rumah lindungan tidak sampai RM300, tanaman cepat membesar dan boleh dikeluarkan sepanjang masa. Memandangkan kawasan projek sekarang terhad dan kami juga memerlukan rumah lindungan hujan projek ini akan di jalankan di masa akan datang. Di bawah adalah gambar daun sup yang saya telah tanam di Japan.






Friday, May 2, 2008

Bicara Tani - Daerah Maran


Pada 5 April 2008 yang lalu telah di adakan program Bicara Tani Peringkat Daerah Maran. Program ini adalah idea asal daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai. Tujuan program ini adalah untuk menarik minat masyarakat bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam industri pertanian yang semakin dilupakan oleh masyarakat. Turut hadir pada program ini ialah Ahli Parlimen Maran, wakil Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Pegawai Pertanian Daerah Maran serta mendapat sokongan dari Bank Pertanian Malaysia, FAMA, MARDI dan berbagai pihak lagi.

Saya juga turut dijemput untuk membuat pembentangan di dalam segmen "success story" pada hari tersebut. Diharapkan program ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana ia banyak memberi manafaat kepada petani².

Thursday, May 1, 2008

Timun & Labu Musim Mac 08 - Jun 08

Jenis Tanaman Timun & Labu
Keluasan : Timun 5 Ekar
Keluasan : Labu 5 Ekar

Timun dijangka mengeluarkan hasil pertamanya bermula 25 April 2008. Labu pula dijangka hasil dapat dipasarkan pada minggu ke-2 bulan May 2008 ini. Siapa ada tips untuk meningkatkan hasil tanaman timun atau labu sila berikan tips anda di ruangan comments... pendapat anda amat di alu-alukan.









Related Posts with Thumbnails