Monday, February 6, 2012

3 In 1 (Nangka Madu + Cili + Terung )

3 tanaman dalam 1 kawasan, inilah tanaman cili yang kami tanam di kawasan tanaman nangka madu. Kami menanam cili antara baris nangka madu dan kami juga menanam terung di antara jarak nangka dengan nangka. Cili telah berbunga dan telah mengeluarkan buah, kami menjangkakan hasil akan mula dipetik pada bulan mac nanti.



Tanaman Terung Bulat - Update Feb 12

Ini gambar terkini (03 feb 12) projek tanaman terung bulat seluas 10 ekar, terung bulat telah mengeluarkan hasil pada minggu lepas. Pada hari semalam sahaja 18 bakul (720kg) terung telah berjaya dipetik daripada 75% kawasan tanaman. Jangkaan kami hasil kutipan akan meningkat dalam tepoh 2 minggu lagi dan kami mensasarkan hasil sebanyak 40 hingga 50 bakul (1,600kg hingga 2,000kg) setiap hari.




Tanaman Nangka Madu.


Inilah pokok nangka madu yang kami tanam di sini (seluas 20 ekar), banyak juga pokok yang mati kerana dimusnahkan oleh binatang buas. Kami dalam proses untuk menanam semula / sulam pokok yang telah mati.





Tapak 3 Preview - TKPM Kg. Serengkam Maran

Ini adalah tapak projek kami yang ke-3, berkeluasan 20 ekar di TKPM Kg. Serengkam Maran. Lokasi projek ini berhampiran dengan Bandar Maran... 10 minit dari Bandar Maran dan kira² 30 minit daripada tapak projek 1 dan 2. Tanaman utama kawasan ini ialah nangka madu dan tanaman sayur-sayuran sebagai tanaman sampingan. Kawasan tanaman ini telah dibuka pada tahun 2009, tetapi pada masa itu beberapa infrastruktur tidak siap sepenuhnya.

Pada sekitar mac atau april 2010 pula kami telah menanam nangka madu dikawasan tersebut, banyak terdapat masalah pada peringkat awal untuk mengusahakan kawasan tersebut, antaranya ialah banyak anak pokok nangka madu dimusnahkan oleh binatang buas, kesuntukan masa dan kesibukan menguruskan kebun sedia ada menyebabkan projek disini terhenti seketika. Masalah kekurangan pekerja juga adalah penyebab utama projek disini terganggu. Penyediaan tapak untuk kawasan ini juga merupakan satu cabaran yang besar dan mengambil masa yang panjang, yang mana tapak projek ini pada asalnya merupakan kawasan hutan banyak tunggul² kayu perlu dibuang dan akar² kayu perlu dibersihkan. Untuk membersihkan kawasan tersebut kami telah menggunakan 1 unit jentolak (JCB) dan 2 unit traktor. Membersihkan kawasan ini juga banyak cabaran yang ditempuhi dimana jentera² tersebut selalu rosak kerana kesukaran dan melakukan kerja-kerja yang berat.

Alhamdulillah... pada penghujung tahun lepas hampir kesemua kawasan kawasan telah dibersihkan dan 10 ekar terung bulat telah ditanam dan kami dalam proses untuk menanam semula pokok² nangka yang telah mati. Dalam tahun ini juga kami merancang akan menanam sepenuhnya kawasan tanaman ini dengan sayur-sayuran seperti terung bulat, terung mini, bendi dan cili, selain daripada itu kami merancang akan membina junjung / para untuk tanaman seperti peria, timun & petola.


pemandangan di tapak projek


rumah pam


pam air & sistem saliran


kolam takungan air


pusat pengumpulan hasil

Related Posts with Thumbnails