Monday, February 6, 2012

Tapak 3 Preview - TKPM Kg. Serengkam Maran

Ini adalah tapak projek kami yang ke-3, berkeluasan 20 ekar di TKPM Kg. Serengkam Maran. Lokasi projek ini berhampiran dengan Bandar Maran... 10 minit dari Bandar Maran dan kira² 30 minit daripada tapak projek 1 dan 2. Tanaman utama kawasan ini ialah nangka madu dan tanaman sayur-sayuran sebagai tanaman sampingan. Kawasan tanaman ini telah dibuka pada tahun 2009, tetapi pada masa itu beberapa infrastruktur tidak siap sepenuhnya.

Pada sekitar mac atau april 2010 pula kami telah menanam nangka madu dikawasan tersebut, banyak terdapat masalah pada peringkat awal untuk mengusahakan kawasan tersebut, antaranya ialah banyak anak pokok nangka madu dimusnahkan oleh binatang buas, kesuntukan masa dan kesibukan menguruskan kebun sedia ada menyebabkan projek disini terhenti seketika. Masalah kekurangan pekerja juga adalah penyebab utama projek disini terganggu. Penyediaan tapak untuk kawasan ini juga merupakan satu cabaran yang besar dan mengambil masa yang panjang, yang mana tapak projek ini pada asalnya merupakan kawasan hutan banyak tunggul² kayu perlu dibuang dan akar² kayu perlu dibersihkan. Untuk membersihkan kawasan tersebut kami telah menggunakan 1 unit jentolak (JCB) dan 2 unit traktor. Membersihkan kawasan ini juga banyak cabaran yang ditempuhi dimana jentera² tersebut selalu rosak kerana kesukaran dan melakukan kerja-kerja yang berat.

Alhamdulillah... pada penghujung tahun lepas hampir kesemua kawasan kawasan telah dibersihkan dan 10 ekar terung bulat telah ditanam dan kami dalam proses untuk menanam semula pokok² nangka yang telah mati. Dalam tahun ini juga kami merancang akan menanam sepenuhnya kawasan tanaman ini dengan sayur-sayuran seperti terung bulat, terung mini, bendi dan cili, selain daripada itu kami merancang akan membina junjung / para untuk tanaman seperti peria, timun & petola.


pemandangan di tapak projek


rumah pam


pam air & sistem saliran


kolam takungan air


pusat pengumpulan hasil

No comments:

Related Posts with Thumbnails