Monday, January 16, 2012

Tanaman Terung Bulat - Update Jan 12

Rasanya kami tak pernah memaparkan tanaman yang kami tanam di kawasan tanaman yang baru iaitu di TKPM Kg. Serengkam, Maran yang seluas 20 ekar. Tanaman utama kawasan tersebut ialah nangka madu, sementara menunggu nangka mengeluarkan hasil kami menanam sayur-sayuran sebagai tanaman sampingan. Sepanjang tahun lepas banyak cabaran yang perlu kami tempuhi untuk menjayakan kawasan tanaman tersebut, daripada hutan belantara tanah tersebut ditebus guna sebagai tapak tanaman. Pada masa sekarang kami akan cuba secara berperingkat akan menaiktaraf tapak tersebut menjadi lebih sempurna supaya penghasilan tanaman dapat dipertingkatkan. Jika ada kelapangan kelak kami akan membuat sedikit preview mengenai kawasan tanaman seluas 200 ekar ini serta kemudahan-kemudahan yang terdapat disini dimasa akan datang.


pam air untuk sistem siraman



Tanaman Terung Bulat.

Gambar terung diambil 10 hari yang lepas (6 jan 2012), pada masa sekarang terung telah berbuah dan hasil akan mula dipasarkan selewat-lewatnya seminggu daripada sekarang. Keluasan tanaman terung ialah 10 ekar, satu cabaran sebenarnya menanam tanaman terung seluas ini kerana ia memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi, walaupun kami mempunyai bilangan pekerja lebih daripada 10 orang tetapi disebabkan kebun berjauhan antara satu sama lain sukar untuk membahagikan tugas dan kerja. Pada masa akan datang kami akan cuba membina junjung di kawasan ini pula, dimana kami merancang akan menanam tanaman seperti timun, peria dan petola pula.



2 comments:

sbi3013b21-4554.blogspot.com said...

Salam Dik......bagaimana dengan buah nangka ada masalah karta isi tak??Hp 0179918699. Boleh menyelesaikan masalah karat dengan campuran khusus...Azmi

Baldeve said...

Kat mana boleh beli pam air macam ni ?

Related Posts with Thumbnails