Saturday, March 19, 2011

Peria & Cili Musim Ke- 2 2011

Kami dalam proses penyediaan tapak untuk tanaman peria dan cili musim ke-2. Benih peria dan cili telah disemai dan dijangkakan akan dipindahkan selewat-lewatnya 2 minggu daripada sekarang. Selain itu kerja² penyediaan tapak sedang giat dijalankan dimana pada masa sekarang kami sedang melakukan kerja mengapur, penyediaan baja asas seterusnya membina batas dan menyiapkan sistem siraman. Kami berharap agar semua kerja² tersebut selesai dalam 2 minggu ini.


Cili & Peria Update Mac 2011

Peria

Peria mula ditanam pada bulan feb yang lepas, pada masa sekarang buah peria sudah mula berputik dan hasil pertama akan mula dituai pada minggu hadapan. Keluasan tanaman peria ini ialah seluas 2 ekar. Perkembangan pertumbuhan peria sangat baik dan kami menjangkakan keluaran hasil sekurang-kurangnya 35,000 kg untuk musim kali ini. Cuaca yang cerah dan jarang hujan pada sekarang juga banyak membantu perkembangan pertumbuhan peria, ini kerana tanaman seperti peria sangat sensitif dengan hujan kerana boleh menyebabkan jangkitan kulat pada pokok. Pada musim ini juga kami membalut buah peria tidak seperti kebiasaan buah peria tidak dibalut, terdapat sedikit peningkatan harga jualan jika buah tersebut dibalut.






Cili

Tanaman cili ini ditanam di tapak 1 dengan keluasan 2 ekar dan cili tersebut telah dipindahkan ke batas pada bulan januari yang lepas. Cili telah mula berputik dan hasil pertama dijangka akan dipetik satu bulan daripada sekarang. Pertumbuhan pokok cili juga baik dan mencapai sasaran yang kami tetapkan pada masa ini. Selain itu tanaman cili ditapak nangka madu seluas 5 ekar juga masih mengeluarkan hasil sehingga kini tetapi sudah berada pada penghujung musim dan kami menjangkakan hasil boleh dipetik sehingga penghujung bulan ini sahaja.




*gambar pokok peria dan cili nampak layu ini kerana gambar diambil pada waktu tengahari
Related Posts with Thumbnails