Wednesday, September 19, 2012

Akhirnya Update Juga

Assalamualaikum semua.... sudah lama rasanya tak update blog, alasannya masih sama.. tiada masa nak ambil gambar dan nak mengarang kat blog. Selama blog ini wujud rasanya tahun ini merupakan tahun paling tak aktif.....paling kurang post. Kami ingin meminta maaf jika tidak sempat hendak menjawab sebarang komen atau email anda semua. Untuk entry blog ini dan 2 atau 3 entry lagi adalah sebahagian koleksi² gambar dan aktiviti² 3 atau 4 bulan yang lepas dan sempat dirakam...itu pun pakai handphone jer....jika sebelum ini kalau nak update blog kami menggunakan dslr untuk memastikan kualiti gambar dan memberi kepuasan kepada pembaca sekalian. Kerana sibuk juga kadang apabila hasil tanaman keluar... sehingga 50 bakul sehari pun tidak sempat nak diambil gambar untuk dibuat simpanan lebih² pada masa itu kena kejar trip lori........... sedikit kisah dan aktivi sepanjang 4 bulan terakhir ini:-

Tanaman - Kami menanam tanaman seperti timun berapa pusingan, terung dan bendi, Pada masa sekarang pula terung bulat masih lagi mengeluarkan hasil dan timun pula baru habis mengeluarkan hasil. Tanaman cili pula telah berbunga dan dijangka akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi.



Tapak baru - kami telah meneroka tapak baru iaitu di Jengka 11, pada masa sekarang kami telah menanam cili di kawasan tersebut. Selain daripada itu juga kami meluaskan kawasan tanaman sayur di tapak projek tanaman nangka madu...jika sebelum ini kami menanam sayur² seluas 5 ekar di kawasan itu pada masa sekarang kami cuba menambah keluasan sebanyak 10 ekar lagi. Antara sebab utama kami meneroka kawasan baru ialah untuk merehatkan sekejap tapak tanaman di TKPM Kg. Bunian ini kerana tapak tersebut digunakan secara tidak henti² selama bertahun² dan kami perhatikan kualiti tanah tersebut telah menurun dan memerlukan rehat serta dipulihkan semula.
 



Pemasaran - Jika sebelum ini kami hanya menumpukan kepada aktivi di kebun sahaja tetapi mulai tahun ini kami telah meneroka pasaran dan tujuaannya ialah untuk memastikan hasil tanaman kami dapat dipasarkan dengan baik, mengurangkan peranan orang tengah dan memaksimumkan hasil jualan. Semenjak akhir tahun lepas kami telah berniaga secara haram (jual sayur halal tapi haram sebab tiada lot premis...jual dari atas lori) di pasar borong selayang dan pasar borong bandar jengka. Berbagai dugaan dan ugutan kami terima akhirnya kini secara sah kami mendapat lot premis di pasar borong selayang dan pasar borong bandar jengka. Kami adalah satu-satunya peniaga berkulit sawo matang diantara ratusan peniaga si mata sepet di pasar borong selayang.... doakan semoga kami terus sukses. Terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian & Industri Asas Tani dan FAMA yang sentiasa ada dibelakang  menyokong kami. Jika ada kelapangan kami akan buat preview pasal kedua² tapak ini.


Mentor Mentee - Pada masa sekarang kami ada menjalankan projek ala² mentor mentee dimana kami bekerjasama dengan pekebun dan pekebun baru. Kami memberikan bantuan teknikal dan pemasaran, projek ini masih baru dan diharapkan ianya sukses. Projek iin masih diperingkat awal dan jika ianya berhasil kelak, kami akan cuba mengembangkannya di masa akan datang.




:)

No comments:

Related Posts with Thumbnails