Monday, May 17, 2010

Cili Update May 2010

Hampir satu bulan cili telah mengeluarkan hasil, pada masa sekarang cili dipasarkan setiap 2 hari dan mengeluarkan hasil sekitar 250kg hingga 300kg setiap 2 hari. Harga ladang untuk cili pula sekitar RM5 untuk 1Kg. Pertumbuhan cili pula tidak menghadapi masalah yang teruk, ia membesar dengan baik cuma masalah sekarang ialah tidak sempat untuk mengutip hasil cili sepenuhnya, ini kerana terlalu sibuk dengan mengutip hasil tanaman yang lain. Ketinggian pokok cili makin meningkat pada masa sekarang ketinggian pokok sudah sama paras dengan kepala. Diharapkan pokok cili dapat bertahan lebih lama dan mengeluarkan hasil sehingga ogos nanti.


pokok cili sudah meninggi paras kepala
(sila abaikan model disebelah)



2 comments:

Saiful said...

Salam Taufik, boleh tau benih cili apa yang digunakan? Kod dan nama pengeluar? Macam mana dengan ketahanan terhadap serangan penyakit kulat dan jangkitan serangga dari kebun sebelah?

Anonymous said...

nie cili jenis apa? x macam cili besar.. ala2 mcm cili api n coili akar....

jenis daun dan ketinggiannya tidak pernah sy tgk sebelum ini...

Related Posts with Thumbnails