Lebih sebulan blog ini tidak dikemaskini, ini kerana pada masa sekarang kami terlalu sibuk dengan menguruskan kebun dimana cili, peria dan terung sedang mengeluarkan hasil. Selain itu masalah kekurangan pekerja membuatkan kami sentiasa sibuk... pada hujung bulan lepas (april) 2 orang pekerja telah berhenti... tetapi alhamdulillah pada minggu lepas kami berjaya mendapat 5 orang pekerja baru dan menjadikan kesemuanya ada 7 orang pekerja pada masa ini.
Pada masa yang sama juga keluarga saya telah berpindah ke Jengka... jadi setiap hari saya terpaksa berulang alik dari Jengka ke Chenor ..ini membuatkan masa banyak dibazirkan ....... lebih sejam digunakan untuk pergi dan balik. Untuk mengelakkan masa banyak dihabiskan di jalanraya... saya mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah lagi rumah pekerja untuk saya tinggal dan bermalam di kebun.... jadi lepas ini bolehlah saya memberikan sepenuh komitmen kepada projek di kebun.
Aktiviti yang dirancang dan dilakukan pada bulan ini ialah, pada masa sekarang kami sedang melakukan kerja penyediaan tapak untuk tanaman nangka seluas 20 ekar di Kg. Serengkam dimana kerja pembersihan menggunakan jengkaut sedang dijalankan. Setelah kerja² tersebut selesai kami akan memulakan proses menanam nangka madu. Selain itu dijangkakan pada bulan hadapan kami akan memulakan tanaman terung seluas 5 ekar di kawasan tanaman nangka madu di Paya Bedong pula.

kerja-kerja membina rumah pekerja
Tanaman Labu
Labu telah mula dipindahkan ke batas pada 2 minggu yang lepas, keluasan tanaman labu ialah 2 ekar. Projek tanaman labu ini merupakan projek recycle... dimana, batas yang digunakan untuk tanaman labu tersebut ialah batas yang digunakan untuk tanaman timun yang lalu. Dengan cara ini kami dapat menjimatkan kos dan menjimatkan masa untuk penyediaan tapak. Setelah timun habis mengeluarkan hasil tempohari, kami mendapati batas tersebut masih berkeadaan baik dan masih lagi banyak terdapat baja asas (tahi ayam) pada batas tersebut... jadi kami mengambil keputusan untuk menanam labu memandangkan tanaman labu merupakan tanaman yang tidak banyak masalah dan mudah untuk dijaga. Walaupun silver shine pada batas sudah mulai koyak ia tidak menjadi masalah untuk tanaman seperti labu, ini kerana labu merupakan jenis tumbuhan yang menjalar dan menutup bumi...secara tidak langsung ia juga berfungsi untuk menghalang bertumbuhan rumput. Kami mengsasarkan tanaman labu ini akan mengeluarkan hasil sekurang²nya 10 tan.
No comments:
Post a Comment