Monday, May 17, 2010

Terung Mini Update May 2010

Tanaman terung mini telah mengeluarkan hasil dan mula dipasarkan pada minggu lepas. Kadar hasil tertinggi untuk terung dalam tempoh masa seminggu ini ialah 150kg iaitu pada hari semalam (16 may). Terung mini akan dipasarkan hasilnya setiap hari dan kami mengsasarkan purata hasil terung mini di antara 250kg hingga 300kg setiap hari. Masalah utama tanaman terung mini ialah pokok mati dan berjangkit dari sepokok ke sepokok yang lain... tetapi alhamdullilah masalah itu tidak berlaku kepada kami ini mungkin kerana penjagaan dan kerja² meracun yang berjadual. Tetapi untuk tanaman terung mini ini kami menghadapi masalah ulat pengorek buah...walaubagaimanapun ia masih boleh dikawal. Sasaran utama kami untuk tanaman terung mini ialah untuk memastikan ia hidup dan mengeluarkan hasil dalam tempoh yang lama sekurang²nya sehingga september ini.


terung mini




3 comments:

Anonymous said...

kebun terung yang sangat bersih dan kemas....

Anonymous said...

Ada produk baru meningkat fotosintesis. Byk demo disawah padi.Sudah test di Chenoh utk pisang. Sdg cuba fertigasi rock melon Sdr Kamarul ksecoharvest. Nama produk Fotogen100, blh google website wrbiosystem.com.

Yahya Zainal Abidin said...

Topiku san,
Omedeto gozaimasu
Anatano yasai tottemo e desu
Erai desu
Da kara,
Gambate kudasai.

Related Posts with Thumbnails