Monday, November 28, 2011

Tanaman Cili & Nangka Madu

Harga cili melambung sehingga RM15 untuk 1kg... untunglah sesiapa yang ada mengeluarkan cili pada masa sekarang, mengikut perancangan kami sepatutnya menanam cili sekitar bulan ogos dahulu dan hasilnya boleh dipasarkan bermula okt yang lalu. Malangnya kerana terlalu sibuk menjayakan tanaman sayur dan nangka madu dikawasan yang baru di Kg. Serengkam seluas 20 ekar menyebabkan kami tidak cukup masa dan pekerja untuk menanam cili seperti yang dirancangkan.

Bermula pada bulan ini kami kami melakukan kerja² penyediaan tapak untuk tanaman cili di tapak tanaman nangka madu di Kg. Paya Bedong, kawasan tanaman nangka madu adalah seluas 5 ekar, sebelum ini kami pernah juga menanam cili di kawasan ini, dimana 2 batas dibina antara baris² pokok nangka madu. Memandangkan pokok nangka madu makin membesar hanya 1 batas sahaja dapat dibina antara baris² tersebut. Mengikut anggaran hampir 2 ekar sahaja pokok cili yang boleh ditanamam dikawasan tersebut. Cili dijangka akan mengeluarkan hasil pada penghujung feb atau awal mac tahun hadapan.

5 comments:

matt said...

a'kum nak tanya skit pasal paiping yg sesuai untuk tanaman cili boleh

Qaiza said...

saya adalah pembekal chitosan,oligo & plant bag yang amat sesuai dalam pertanian (fertigasi/konvensional)

Unknown said...

Saya ada seorang sahabat yang ingin memeperkenalkan produk baja untuk sesiapa yg mempunyai ladang pertanian.terdapat banyak kebaikan baja ini yang diberi namanya IMO5.penghasilan baja ini hasil kerjasama bersama jabatan pertanian.antara kebaikanya adalah baja ini mampu mengembur tanah dgn sendirinya dan kos untuk baja ini sangat lah berpatutan ....untuk maklumat lanjut pihak TUAN-TUAN dan PUAN-PUAN boleh menghubungi di talian ini 0177967193 terima kasih.

fannyhaake said...

Wynn vs. Hard Rock Casino: Which is Better? - KTNV
Both the Hard Rock and Hard Rock casinos 수원 출장마사지 feature casino table games and live entertainment. Both will feature live dealer 김천 출장안마 games 경상남도 출장마사지 like 강릉 출장마사지 Wheel of 경산 출장안마 Fortune

Related Posts with Thumbnails