Thursday, June 11, 2009

Peria, Cili, Bendi dan labu Update Jun 09

Pada masa sekarang 3 ekar kawasan sudah ditanam dengan cili, bendi dan labu. Tanaman tersebut di tanam di atas batas peria yang telah runtuh tempohari, memandangkan batas peria masih elok dan banyak lagi baja yang terdapat pada batas tersebut kami mengambil keputusan untuk menggunakan kembali batas tersebut. Secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos dan masa untuk penyediaan tapak. Untuk tanaman peria pula kami merancang menanam seluas 4 ekar dan pada masa ini pancang-pancang telah didirikan untuk kawasan seluas 2 ekar. Untuk musim kali ini kayu ukuran besar digunakan untuk mendirikan junjung untuk mengelakkan dari musnah dipukul ribut seperti tempohari, oleh kerana kayu terlalu besar kami terpaksa membeli auger yang berharga RM3,500.00 untuk di pasang pada traktor dan digunakan untuk mengorek lubang untuk mendirikan pancang² tersebut. Tanaman peria akan mula di tanam selewat-lewatnya 2 minggu dari sekarang.



auger digunakan untuk mengorek lubang


pancang² kayu yang telah didirikan sebagai junjung tanaman peria


timbunan kayu untuk membina junjung baki 2 ekar kawasan lagi


tanaman bendi ditanam di atas bekas batas peria



4 comments:

judin said...

Salam
Tahniah anak muda
Bangga melihat anak MALAYSIA berjaya
dan menjadi contoh pada yang tercari cari maksud kehidupan.
Teruskan usaha anda.

sourplum said...

besar jgk modal nk beli auger tu kn

Taufiku San said...

terima kasih judin,

saya belum berjaya lagi..masih bertapak dalam bidang ini...insyaallah dengan doa saudara saya akan berjaya suatu hari nanti.

Taufiku San said...

Auger tu terpaksa beli...kalau tak camner nak tanam kayu..mahu patah pinggang kalau nak gali....uhuuukkkk

Related Posts with Thumbnails