Pada 2 minggu yang lepas saya telah menerima insentif pengeluaran hasil berjumlah RM1,246.00 dari Jabatan Pertanian yang telah di sampaikan oleh Dato' Tan Aminuddin B. Ishak iaitu Exco Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Pahang semasa Majlis Bersama Pelanggan Jabatan Pertanian Peringkat Daerah Maran. Sebelum ini wang insentif terus masuk dalam akaun bank sahaja tapi untuk yang kali ini istimewa sedikit dapat "cek besar" hehe. Insentif RM1,246.00 adalah insentif untuk bulan mac iaitu pengeluaran sebanyak 15,000 kg peria dan cili. Untuk makluman semua kerajaan memberi insentif sebanyak RM81 untuk setiap 1,000 kg hasil tanaman yang dikeluarkan oleh petani, untuk keterangan lanjut boleh rujuk pada Jabatan Pertanian berhampiran dengan anda.
anak buah dengan "cek"
.
6 comments:
besar nye cek
kawaii akachan~
Berkat Usaha gigih saudara pasti membuahkan hasil..Ditambah hubungan baik dengan setiap agensi..Ada keberkatanNya
Tahniah
sourplum.....
camner nak isi dalam mesin cek deposit ..?????? @#@#$@#^&
Kawaii akachan???? tgk ler siapa pak sedara dia....huhuhhhhh
penawar rindu.... terima kasih atas sokongan anda
Post a Comment