Keluasan 5 Ekar
Ini pengalaman pertama tanam cili atas tanah sebelum nih tanam cili menggunakan teknik fertigasi. Jumlah pokok cili yang di tanam antara 15,000 - 20,000 pokok. Nak tanam cili untuk kawasan yang luas dan bilangan pokok yang banyak perlu "kuat semangat" hehe....... saya cuma sempat membuat projek cili ini pada peringkat permulaan sahaja. Ini kerana terpaksa ke Japan selama setahun dan projek cili ini diteruskan oleh ahli keluarga.
Di masa akan datang kami akan menanam cili lagi tetapi menggunakan kompos sepenuhnya seperti yang saya pelajari di Japan. Dimana penyakit cili biasanya berpunca daripada tahi ayam.. dengan kompos, penggunaan mikrorganisma dan beberapa kaedah lagi yang saya pelajari di Japan semua penyakit berpunca dari tahi ayam dapat dihapuskan. Tetapi projek ini memakan masa sedikit di mana kami perlu mengadakan tempat untuk memproses kompos dan mengumpul beberapa lagi meterial.
Koleksi gambar cili musim 2007
No comments:
Post a Comment