Terlibat dengan pertanian semenjak berumur 16 tahun dengan membantu keluarga mengusahakan tanaman sawit, dusun durian, tanaman balak sentang & jati mas dan mengusahakan tanaman padi secara komersil lebih 135 ekar di Seberang Chenor. Berpendidikan dalam bidang pertanian di Sek. Men. Teknik Pertanian Chenor dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Bharu dalam Jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian). Selepas itu saya mengikuti Program Inkubator Usahawan Tani hampir setahun dalam bidang fertigasi. Pada tahun 2007 saya mengikuti Farmer Leader’s Training Program In Japan selama setahun di Fukuoka dan Koibuchi Gakuen Ibaraki, Japan. Setelah pulang saya meneruskan aktiviti pertanian saya di TKPM Kg. Bunian Chenor & TKPM Kg. Serengkam, Maran, Pahang. Seluas 30 ekar.
1 comment:
Salam Taufiku San...
saya di johor.
dimana saya boleh dapatkan jentera kubota kecil yang banyak pilihan dan harga berpatutan?
Post a Comment