Jenis Tanaman : Rock Melon, Timun, Cili, Tomato dan lain² lagi
Koleksi gambar projek ini semasa Kursus Inkubator Usahawan Tani setahun belajar fertigasi di Pusat Kecemerlangan Serdang (CoE), Jabatan Pertanian Malaysia di Selangor. Banyak perkara yang diperlajari di situ termasuklah penggunaan Smart Valve Autoport, penggunaan hormon, sistem pembajaan, kawalan penyakit dan lain² lagi. Semua hasil tanaman dipasarkan ke Tesco, One Utama, Carrefour, Pasar Borong Selangor dan jualan secara terus ke Pasar Tani sekitar Serdang dan Putrajaya.
Antara pengalaman dalam bidang Fertigasi ialah bila memasang dan menyiapkan sistem Teknik Smart Valve Autoport untuk Tun Dr. Mahathir Mohammad di kediaman beliau di Putrajaya. Selain itu memasang, menyiapkan dan menanam menggunakan sistem Teknik Smart Valve Autoport di atas bangunan IRIS Corporation Berhad di Technology Park dan projek tersebut di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bergambar bersama Tun Mahathir semasa memasang dan menyiapkan sistem fertigasi (autoport) di kediaman beliau.
.
.