Wednesday, October 5, 2016
Wednesday, March 2, 2016
Saturday, July 4, 2015
Agroville Update Julai 2015
Assalamualaikum semua, lebih setahun tak update blog... mungkin zaman sekarang bukan zaman blog dah kot :) ...... sejak tahun lepas (2014) kami tidak menanam sayur-sayuran dan pada masa sekarang kami telah menumpukan kepada jenis tanaman kekal dan berjangka masa panjang seperti sawit, getah, pisang dan lain² lagi. Pada masa sekarang kami (agroville) telah berkolaborasi dengan syarikat milik keluarga kami iaitu Jelapang Chenor Sdn. Bhd. Pada masa ini kami memberi tumpuan untuk menjayakan dan membaik pulih tanah² milik keluarga dengan tanaman kekal dan berjangka masa panjang. Mungkin apabila semuanya selesai nanti kami akan memulakan semula tanaman sayur-sayuran. Untuk melihat perkembangan terkini projek boleh lihat di laman facebook Jelapang Chenor Sdn. Bhd. Antara projek yang telah dan sedang dijayakan sejak tahun lepas adalah.... tanaman getah (3 ekar), tanaman sawit & baikpulih dusun durian (17 ekar) dan pada masa sekarang kami sedang menjayakan tanaman pisang (80 ekar).
Projek tanaman getah
Projek tanaman sawit & baikpulih dusun durian
Projek Tanaman Pisang
Video projek tanaman pisang
Monday, May 19, 2014
Projek Tanaman Pisang & Nanas
Assalamualaikum semua, sudah lama tidak update blog rasanya... tidak sempat untuk meluangkan masa mengemaskini blog...... jadinya banyak perkara terlepas dan tidak dapat dikongsikan kepada semua.
Pada masa sekarang kami sedang menjayakan projek tanaman pisang dan nanas, luas kawasan yang akan diusahakan ini seluas 70 ekar. Projek ini telah dimulakan sejak penghujung tahun lepas lagi di mana kawasan ini dipenuhi dengan pokok kayu yang besar dan pada masa sekarang tapak projek telah dibersihkan dan diratakan. Banyak juga pelaburan yang telah kami laburkan untuk projek ini untuk kos membersihkan kawasan, merata dan membuat parit keliling. Kami berharap projek ini akan berjaya dan berjalan lancar seperti apa yang dirancangkan.

Gambar sebelum dan semasa
Gambar selepas
Gambar parit keliling
Subscribe to:
Posts (Atom)